Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, April 02, 2004

Alhamdulillah …….
Dapat juga hari ini menulis sesuatu setelah sekian lama tidak dapat menulis…..
Setelah hampir beberapa lama tiada pc ….. akhirnya diri ini diberi satu pc oleh kompeni.
Banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang diriku tidak menulis …..

Peristiwa yang paling tidak dapat aku lupa kan ialah kembali nya Syeikh Ahmad Yassin ke rahmatullah….
Cukup membangkit api kemarahan yang ada dalam diri ku …..
Semoga ruh nya dicucuri rahmat oleh Allah… insyaAllah ….

Apakah salah beliau sehingga beliau diperlakukan sebegitu?
Kenapakah rejim zionis / yahudi laknatullah terlalu takut kepada seorang yang tidak berupaya untuk berjalan di atas kakinya sendiri itu….
Tiada perasaan belas kah terhadap insan yg ‘paralyzed’ ?
Mana mungkin satu bangsa yang zalim ada perasaan belas ……
Dimanakah pulis dunia yg kononnya mencanang propaganda anti-terorrist??
Kenapa tiada tindakan diambil ke atas rejim yang telah mengakui yang mereka terlibat dalam pembunuhan itu???
Ada pesalah tetapi tiada hukuman ke atas pesalah….

Jelas kepada kita sekarang United State Of America merupakan pengganas …….
Tidak layak bagi mereka mendakwa negara mereka merupakan negara yang membebaskan negara dari ancaman pemerintahan kuku besi …..
Yahudi yang telah terang-terangan mengaku mereka membunuh Sheikh Ahmad Yassin tidak dikenakan apa-apa tindakan …..
Sememangnya kedua-dua negara dan puak ini merupakan puak yang melampaui batas ….

Marilah sama-sama kita berdu’a agar Allah mengurniakan kemenangan kepada seluruh muslimin dan muslimat di dunia ini dan berdu’a agar usaha puak-puak yang melampaui batas ini untuk menghancurkan Islam akan GAGAL…….

Last 18th of March is my abi 55 birthday…..
Selamat ari jadi ke 55 my lovely + tegas abah…..
Hati diri ini tersentuh bila membaca sms yg diutuskan oleh my abi dipagi suboh 18 march 2004…..

“ Terima kasih kepada kamu berdua. Pada hari jadi abah yang ke 55 ini abah doakan kamu berdua menjadi manusia yg berguna kpd agama dan masyarakat. Jgn disia-siakan usia muda. Juga abah mendoakan kamu berdua mempunyai sifat anak yg soleh.”

Terasa bagai nak tertitis airmata ana pagi tu bila membaca sms dari my abi…..
Semoga my abi sentiasa sihat dan sentiasa diredhaiNYA…ameennn…

Wasiat Rasullah SAW kepada Saidina Ali

Pada suatu hari Rasullah SAW berwasiat kepada Saidina Ali kwj yang antara nya :
Wahai Ali, bagi orang mukmin ada tiga tanda
1. Tidak terpaut hatinya pada harta dunia.
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang alim ada tiga tanda
1. Jujur dalam berkata-kata
2. Mnjauhi segala yang haram.
3. Merendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur ada tiga tanda
1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpa nya.

Mari kita sama-sama semak diri kita......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home