Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, March 03, 2004

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Terima kasih saudara Muhannad…
atas keizinan lagu Alarm me – Jalan Dakwah…Syukran Bro!

Alhamdulilah…..ari nie attend satu lagi interview….
betul-betul nervous…
Alhamdulillah…inilah interview pertama ana yg menggunakan totally bahasa Melayu alhamdulillah…..
Dah lah pakai bahasa melayu…
Still gak nervous lagi tu….
Astaghfirullah…..mungkin sbb tidur lewat kut semalam….
Dipanggil membantu oleh abg Shidan…

Tahap nervous ana memang obviouslah ana rasa…
Sampaikan technical question yang senang pon ana tak bulih nak jawab…
Mungkin sbb soalan tu spontan …tu yg buat ana nervous tu ..
Normally we are used to unspontaneous question …. Mcm dalam exam….
kalau abg yg interview tu ada ziarah weblog ana nie kasi chance lah yer??? hehehe :)

Lepas usai interview bila masuk kereta jer ana try figure out balik the technical question..alahai kenapa aku bulih jawab plak nie..td tak nak jawab…takper lah… ada hikmah nyer tu yg kita tak tahu….
Astaghfirullah….hanya mampu berdoa dan bertawakal sahaja selepas ini untuk position di Seremban ini….
Ana prefer kalau dapat kerja di Seremban….sbb senang nak tolong abi n ummi, senang sikit ummi, tak payah depa fikir nak antar my little sis ke sekolah, ke tuisyen, ke aktiviti kadet polisnya….kalau tak sian kat ummi ..penat nak kene antar…..

Pengajaran yang ana perolehi dari seisi interview ari nie….
Be prepared…..tak kira lah whether the question will be on paper or spontaneously…
Biasanya bila attend interview, technical question nie byk on papers…

Tapi one question arise….mcm mana kita nak prepare apa yg bakal ditanya….especially soalan yg spontan nie…
Sbb semasa kita belajar byk yg dipelajari…
Tp which part akan ditanya??
Itu satu persoalan yang sering menghantui orang yang menghadiri interview…
Disebabkan kita tak tahu jadi baiklah kita banyak berdoa dan bertawakal moga-moga ALLAH mempermudahkan urusan kita…
Disamping itu diri ku mestilah lebih bersedia ….
Disamping tu pesanan untuk diriku JANGAN NERVOUS….

Elemen berdoa n bertawakal adalah penting setiap kali kita menghadiri interview dan usai interview…hampir setiap hari IKIM.fm perdengarkan surah al-ghafir:60….
Maka kita sama-samalah berdoa akan segala urusan kita dipermudahkannya….
InsyaALLAH…ada lagi incoming interview….do’akan ana berjaya yer sahabat….ameenn…..

Sambutan Maal Hijrah Surau Al-Amin....
Penceramah Jemputan : Datuk Hassan Din Al-Hafiz
Masa : Lepas Maghrib...
Bagi yang berpeluang menghadirinya marilah sama-sama kita menghadirinya....
insyaALLAH ... jika tiada aral melintang ana akan ke sana bersama abg Shidan a.k.a abg Superman...
MALU

“Dari Abu Mas’ud bin Amru Al-Anshari Al-Badri rh berkata: Telah bersabda Rasullah SAW : Diantaea para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (hingga kini) : Jika engkau tidak malu, buat lah sesuka hati mu.” (HR Bukhari)

Hadis ini merupakan satu sindiran yang mempunyai unsur tegahan. Sifat malu adalah merupakan salah atu sifat yang terpuji dan mulia. Sifat malu juga akan dapat membezakan sifat manusia dengan makhluk ALLAH yang lain. Manusia dikurniakan oleh ALLAH dengan akal. Ini membolehkan kita membezakan antara haq dan batil.

Sesuailah, kiranya sifat malu itu menjadi sifat makhluk yang bernama Bani Adam, kerana Bani Adam itu diciptakan Tuhan untuk menguasai alam yang fana ini ( mentadbir). Jika Bani Adam tidak memiliki sifat malu, nescaya dunia yang diwarisinya ini akan menjadi kucar-kacir.

Yang Malu dan Tak Malu

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa sifat malu adalah antara sifat baik yang harus disifati oleh manusia yang waras fikirannya dan lurus perjalanannya. Manusia belum boleh dianggap sempurna akhlakny, selagi belum bersifat dengan sifat malu.

Sabda Rasullah SAW : Sifat malu itu segala-galanya baik. Sifat malu itu mendatangkan yang baik semata-mata.

Namun manusia ada yang bersifat pemalu dan tak malu. Ini merupakan satu lumrah. Akan tetapi orang-orang yang bersifat pemalu itu tentulah bilangan nya lebih ramai, jika tidak pasti manusia tidak akan mencapai tamaddun seperti yang kita miliki di masa kini. Walaubagaimanapon pengaruh tidak malu itu tetap mencabar susunan masyarakat dunia hari ini terutamanya dalam masa akhir-akhir ini. Yang menjadi lebih mengaibkan dan kurang sedap didengar sifat tidak malu ini telah hadir dalam diri golongan orang-orang professional dan juga mereka yang mempunyai pendidikan yang boleh dikategorikan tinggi. Dimanakan silapnya semua ini????

Kategori sifat Malu

Terdapat satu hadis dhaif yang tidak dapat sy ketengahkan disini sumbernya kerana kekurangan sumber maksudnya : jika Allah kehendakkan kecelakaan ke atas seseorang hambaNYA, nescaya dicabutkan daripadanya perasaan malu. Apabila seseorang itu sudah tidak berperasaan malu lagi, maka ia akan melakukan perbuatan dengan sewenang-wenangnya, menurut kehendak hati dan hawa nafsunya. Ketika itulah ia akan mendapat kutukan Tuhan dan menerima seksaan yang berat…

Sifat malu boleh dikategorikan kepada 3, antaranya
1. Malu kerana menjaga tertib diri dan sopa-santun
2. Malu kerana mencegah perkara-perkara yang mungkar
3. Malu kerana belajar sesuatu hokum syariat.

Malu kerana menjaga tertib diri dan sopa-santun

Apabila kita bergaul dengan orang ramai, kita memang dituntut untuk menjaga tertib dan kesopanan dalam percakapan, dalam pelakuan dan dalam gerak-geri. Disitulah letaknya tinggi rendah budipekerti dan akhlak seseorang.
Orang yang tidak malu atau tidak bersopan mengucapkan kata-kata yang keji atau berkelakuan rendah dalam majlis-majlis atau perkumpulan orang ramai, tentu peribadinya dicela dan tidak dihormati, malah dihina dan dibenci. Oleh yang demikian sebagai seorang muslim kita hendaklah sama-sama menjaga diri dalam pergaulan dengan masyrakat.

Malu kerana Mencegah perkara-Perkara Mungkar

Dalam kehidupan kita seharian kita tidak akan terleps dari melihat perkara-perkara mungkar yang berlaku dihadapan kita atau dibelakang kita. Berdiam diri tanpa melakukan apa-apa menunjukkan keimanan kita masih rendah. Setiap muslis bertanggungjawab mencegah perbuatan mungkar dengan sedaya upaya, sama ada dengan tangan, percakapan atau hati.

Ahli keluarga dan Sahabat-sahabat merupakan manusia yang rapat dengan kita, kadangkala kita merasa malu untuk menegur mereka jika kita dapati mereka melakukan kesilapan. Perasaan ini harus kita kikis agar kita dapat membawa mereka kejalan yang diredhaiNYA. Jika kita tiada perasaan terhadap mereka apabila mereka melakukan kesilapan ini menunjukkan kita seakan-akan redha dengan apa yang dilakukannya. Bagi masyarakat disekeliling kita, bagi yang tidak berkemampuan untuk menegur, cegah lah dengan hati. Dan salah satu cara yang boleh kita laksanakan ialah mendoakan mereka agar mematuhi dan mentaati perintah ALLAH. Itulah selemah-lemah iman.

Malu kerana Belajar Hukum Syariat.

Malu yang tidak harus dilakukan ialah malu kerana hendak bertanya sesuatu hokum agama yang kita tidak ketahui, sedangkan ia sering kita laksanakan. Umpamanya solat, zakat, puasa, haji dsb. Maka dalam hal-hal seumpama ini kita tidak seharus nya malu. Ini boleh dikategorikan sebagai malu yang tidak kena pada tempatnya. Perkara-perkara ini keseluruhannya berkaitan dengan hal-hal agama dan ibadat, kita seharus nya berusaha untuk mendapat kan sebanyak mungkin ilmu bagi menjelaskan kekaburan atau kesamaran yang kita lalui. Jika kita membuat sesuatu ibadat dengan cara yang silap, tentulah ibadat kita akan tertolak. Ini bakal mengundang bahaya besar bagi kita kelak di Yaumul Qiyamah.

Hakikat Malu Yang Sebenarnya

Adapon hakikat malu yang khusus ialah malu kepada our Khaliq. Malu kepada ALLAH. Allah telah menciptakan kita dari tiada kepada ada, dan kemudian diberikannya kita pelbagai nikmat yang tidak terhitung oleh kita, mata, telinga, hidung, segala jenis pancaindera, rezeki kurniaan NYA yang melimpah ruah, nikmat sihat, dan terlalu banyak untuk digarapkan disini. Jadi perasaan malu itu harus lah ada terhadap ALLAH. Apakah wajar kita melakukan kemungkaran dan melanggar segala perintahnya setelah DIA mengurniakan nikmat infiniti ini? Jika kita manusia yang tahu mengenang budi dan pandai menghargai nikmat yg dikurniakan oleh ALLAH ini sudah pasti kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menghindari segala perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanNYA. Malah jika kita benar-benar menghargai nikmat kurniaannya, kita akan ruku’ dan sujud serta patuh dengan segala perintahNYA.

Sabda Rasullah SAW : Bersikap malulah kepada ALLAH dengan sebenar-benar malu! Para sahabat menjawab : alhamdulillah, kita semua memang bersifat malu terhadap ALLAH. Berkata Nabi SAW Bukan itu yang saya maksudkan.Tetapi malulah kepada ALLAH dengan hakikat malu itu ialah: Bilamana anda memelihara kepala dan apa yang didengarnya, anda memelihara perut apa yang dikandungnya, dan anda mengingati maut dengan bencananya. Maka barangsiapa yang telah berbuat demikian, maka dia telah malu kepada ALLAH dengan sebenar-benar malu. (HR Tarmidzi)

KESIMPULAN HADIS

Sebagai seorang muslim kita harus ada perasaan malu terhadap Pencipta kita, dengan mematuhi segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

Perasaan malu sesama manusia juga perlu hadir dalam diri setiap insan dengan menjaga kesopanan sesama manusia.

Wallahu ‘alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home