Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, February 14, 2004

Tanpa tajuk

In the Name of ALLAH The Most Merciful Most Gracious….

Alhamdulillah……2 hari lepas merupakan kali pertama kaki ku menjejakkan kaki ke tg malim untuk tempoh yg agak lama….
Lebih kurang 5 jam jugak lah kami di sana…
Pemergian ke Tg Malim dgn satu tujuan…
Menghantar sepupuku mendaftar ke Politeknik Tg Malim….
Alhamdulillah dia diberi peluang meneruskan pengajian nya ke politeknik setelah berasa agak kecewa melihat sahabat2 nya yg lain meneruskan pengajian…

Sepupu ku merupakan intake yang kedua for this semester….alhamdulillah….
Diri sy menumpang gembira kerana melihat dia berjaya ke politek, alhamdulillah…kegembiraan dan kesedihan kedua2 nya terpancar di wajah anak muda ini…..

Anak muda yang ku kira gigih….
Membantu ibunya …..walaupon diusia remaja… Mungkin sahabat2 yang membaca weblog ana ini terasa hairan sedikit kenapa pula ana yang menghantar nyer ke politeknik ….. apa yang special sgt with this guy sampai ana nak tulis something about him in my weblog….

Sebenarnya anak muda yang sy maksudkan ini merupakan seorang anak yatim…
Beliau merupakan anak sulung di dalam keluarganya…
Dan dia merupakan ketua keluarga nya ….
Beliau lah yg membantu bondanya meringan kan beban bonda nya….

Ayah nya telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 3 tahun yang lepas….
Selepas kematian ayahanya dia lah yang menjadi ketua rumah mereka…
Ibunya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa ketika itu….
In fact sehingga kini…..

Alhamdulillah ….Sumber pendapatan yang diperolehi oleh ibunya ialah dengan mengasuh kanak-kanak and belas ehsan orang…
Selapas tamat pengajian tingkatan 5…
Kegigihan Syafiee bekerja memang membuat sy kagum….bekerja di kilang bagi membantu ibunya..

Seorang anak yg bijak menjaga hati bondanya….
Pemergian nya ke politeknik menambahkan kepiluan dan kegembiraan di hati bondanya…
Manakan tidak sedih anak yang selama ini dijadikan tempat pergantungan dan tidak pernah berpisah sejak dilahirkan akan berada jauh melanjutkan pelajaran…

Alhamdulillah…..
Rezeki shafiee untuk melanjutkan pelajaran ada…..
Tp dr segi kewangan memang tidak mencukupi untuk dia melanjutkan pelajarannya….
Alhamdulillah….dari belas ihsan orang ramai shafiee dapat mengumpul wang sebanyak RM 760 untuk pendaftarannya ke poly….The amount mungkin bagi kita nampak mcm tak berapa byk…
Tapi cuba kita bayangkan dgn wang hasil mengasuh kanak2 yang berjumlah RM300 (total sum) adakah kita rasa ianya mencukupi….alhamdulillah masih ada masyarakat yang prihatin dgn permasalahan mereka….

“……dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik……”(al-Baqarah:83)

“Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.(Ad-Dhuha:9)”

Wajah shafiee juga nampak bersemangat untuk belajar….moga2 dia istiqamah dalam menuntut ilmu..insyaALLAH….
Alhamdulillah…Allah mengurniakan diriku idea untuk memberi kata2 perangsang kepadanya tatkala kami sama2 menunggu menyelesaikan beberapa urusan….

Sampai di poly tg malim lebih kurang jam 11 pagi dan urusan kami di sana usai lebih kurang jam 6 ptg…alhamdulillah….
Alhamdulillah….the environment of the school was impressive…
Remind me of my old days at Kolej Mara Banting….
In fact this polytech are better than my school…
Alhamdulillah….

Detik yang paling sukar kulupakan ialah detik perpisahan kami semua bersama shafiee…
Diri ini tak mampu mengikut ibunya naik ke bilik ke atas….tak sampai hati ana…alhamdulillah biliknya cantik sgt…jeles ana…(maklumlah poly baru)…all the facilities are new and fresh!!!
Alhamdulillah usai finishing talk bondanya dan shafiee kembali turun kebawah menuju ke kereta ana….
As a normal human being pasti perasaan sedih terpapar di wajah mereka…

Detik2 perpisahan sudah hampir….
Ku terus berpesan pada shafiee agar rajin2 belajar…dan yang paling penting jangan lupa ALLAH…jaga solatmu…..biarlah kita mencari ilmu untuk mendapat keredhaanNYA…bukan untuk senang dapat kerja best bila grad, kerja best jatuh no 2,3,4 or even 10 selepas mencari keredhaan ALLAH, carilah ilmu keranaNYA…

Alhamdulillah usai segalanya kami pulang ke seremban….
We make a pit stop at Masjid Uniten performing solat ….. n later continue our journey to Seremban….
Alhamdulillah sampai seremban jam sudah menunjukkan pukul 945 kut….around that rasa nya, if im not mistaken….

And alhamdulillah, the next day kami berususan serba sedikit dengan institusi Zakat NS dan Baitulmal NS bagi membantu meringankan beban Shafiee dan bondanya..insyaALLAH mudah-mudahan dipermudahkanNYA….

Malam nyer pula merupakan trip ana menghantar bonda syafiee pulang ke Melaka….
MasyaALLAH….bulih tahan penat …..
Alhamdulillah…urusan selesai saya pon kembali ke seremban…

“….dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha:114)

Wallahu ‘alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home