Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, February 27, 2004

Sambutan Maal Hijrah & Walimah Aliff

In the Name of ALLAH The Most Gracious and Most Merciful

Segala puji bagi ALLAH Pencipta dan Penguasa seluruh alam. Selawat dan salam kepada Rasullah SAW, ahli keluarganya, para sahabat, tabi’in dan seluruh umat Islam yang mengikutinya sehingga ke akhir zaman…

Alhamdulillah….dengan izinNYA dapat diriku menulis untuk hari ini sesudah sekian lama, kira-kira 1 minggu rasa nya tidak sempat menulis…

Kedatangan tahun baru Hijrah 1425, ibarat selembar daripada lembaran hidup yang akan kita lalui bersama. Ibnu ‘Athaillah al-sakandari dalam kitab al-Hikamnya ada berkata :
“ Sesiapa yang permulaan langkahnya bersinar cemerlang, bererti begitu jugalah kesudahan perjalanannya”

tahun 1424 telah berlalu meninggalkan kita semua, masa terus berlalu, masa meninggalkan kita….
Terlalu banyak di dalam KalamNYA, Allah bersumpah dengan waktu,
Demi masa….
Demi waktu dhuha…
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang…
Dan ada lagi yang tak dapat diriku pertambahkan di sini kerana kurang mengingati ke semua nya…..

Kesibukan menyelesaikan urusan membuat kan diriku tak sempat untuk menambah weblog ini…alhamdulillah…dalam kesempatan yg ku kira akan sempit ini Allah mengurniakan diriku kesempatan untuk menulis….insyaALLAH aku akan menulis pengalaman dan pengisian yang kuperolehi sepanjang minggu sambutan maal hijrah yang ku kira agak hectic dibuat nya…..alhamdulillah penat-penat pon dapat ku laksanakan….alhamdulillah….syukur alhamdulillah….

Seperti kita semua maklum Ahad, 22 Februari 2004 merupakan tarikh pertukaran tahun hijriyah…dari 1424 ke 1425 ….
Bulan-bulan Islam dikira berdasarkan qamariah (perhitungan bersandarkan peredaran bulan mengelilingi bumi) manakala Gregorian calendar are based on syamsiah (matahari)…
Bermakna 1425 tahun Junjungan Besar Muhammad SAW telah berhijrah dari Makkah al-Mukaramah ke Madinah al-Munawarah yang bercahaya yang sememang nya membawa sinar dalam perkembangan Islam….Subhanallah….betapa HEBATNYA perencanaan ALLAH untuk agamaNYA ini …alhamdulillah…..

Apakah itu hijrah? Hijrah berierti berpindah, apa yang dimaksudkan disini ialah perpindahan Baginda SAW bersama para sahabat-sahabat dari Mekah ke Madinah yang berlaku pada bulan September 622 Masihi bagi tujuan menegakkan Agama Islam.

Tahun perkiraan Islam ini adalah penetapan Baginda Rasullah SAW sebagaimana yang tercatat di dalam kitab Assamarikhi Al-Hafiz As-Sayuti yang mengatakan Rasullah SAW memerintah tarikh itu ditulis ketika Baginda SAW sampai di Madinatul Munawarah, juga tersebut dalam kitab Assyuti oleh Ustaz Azzayadi disebutkan bahawa Rasullah SAW memerintahkan Saidina Ali KWJ menulis tarikh Hijrah ketika Baginda SAW menulis surat kepada kaum Nasaran Najan.

Apakah Hikmah dari penghijrahan Baginda SAW?
Dengan peristiwa Hijrah Baginda SAW, jelaslah kepada kita bahawa Baginda SAW akhir nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa risalah ini telah mengikut jejak langkah nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini dengan berhijrah. Diantaranya seperti Nabi Musa as berhijrah dari Mesir ke Madyan.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong Baginda SAW berhijrah ke Madinatul Munawaah, Yang pertama ialah tekanan kuat dari orang Quraisy menyebabkan orang-orang Islam tidak tertahan lagi dengan pelbagai seksaan yang mereka lakukan.

Yang kedua ialah sikap orang-orang arab yang begitu keras menentang dengan kejam menyebabkan Baginda SAW mendapati begitu sukar untuk meneruskan usaha penyebaran Islam kepada orang-orang Arab.

Yang ketiga, adanya ajakan dari penduduk-penduduk Madinah supaya Rasullah SAW berpindah sahaja ke Madinah untuk meneruskan tugas risalah Baginda SAW . Disana mereka sentiasa menanti-nantikan akan kedatangan Nabi SAW dan ingin memeluk agama baru itu. Bahkan mereka juga berjanji akan membantu Nabi SAW dalam hal penyebaran Agama Islam.

Yang keempat, adanya satu pakatan orang-orang Arab Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Dan sebab yang kelima merupakan asbab yang paling utama perpindahan Junjungan Besar Muhammad SAW ke Madinatul Munawarah. Ke empat-empat sebab itu merupakan asbab-asbab lahiriah sahaja. Ianya dipandang dari fakta-fakta zahir. Adapun sebab yang paling utama ialah perintah Allah SWT. Allah sahajalah yang memerintahkan Nabi SAW supaya berpindah ke Madinah kerana Nabi SAW tidak akan melakukan sesuatu melainkan menerima wahyu dari ALLAH.

Terdapat beberapa sebab mengapa orang-orang Madinah mudah menerima Agama ini;
Yang pertama ialah, terdapat golongan di Madinah beragama dengan nabi-nabi dan kitab-kitab terdahulu, iaitu orang-orang yahudi. Tiap kali berlaku perselisihan dan pergaduhandi antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Aus Khazraj, orang-orang Yahudi telah mengugut mereka dengan mendakwa nabi yang telah dijanjikan dalam kitab meerka telah lahir sekarang. Kami akan ikut mereka dan kami akan bunuh kamu. Perkataan ini menjadi ingatan kepada puak Aus dan Khazraj ketika sekumpulan daripada mereka seramai 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan mengerjakan haji di Makkah. Mereka telah bertemu dengan Rasullah SAW dan telah mendengar seruan yang dibuat oleh Rasullah SAW. Mereka berpandangan sesama sendiri dan kesemua meerka sepakat mengatakan inilah Nabi yang disebut-sebutkan oleh orang-orang yahudi. Mereka membuat keputusan menerima dakwah Baginda SAW sebelum orang-orang Yahudi.

Asbab yang kedua ialah, dalam usaha mencari jalan menamatkan peperangan Bu’ath yang berlaku begitu lama antara Aus dengan Khazraj yang hampir-hampir melumpuhkan kehidupan harian kegiatan seluruh penduduk. Mereka tekah menemui jalan tersebut dengan tolak ansur antara 2 golongan dan bersetuju menjadikan Aus sebahagian pemimpin mereka. Ketika usaha ini hendak dilaksanakan mereka menerima seruan Muhammad SAW. Mereka sepakat menerima Muhammad SAW sebagai penyelamat mereka.

Asbab yang ketiga ialah kewibawaan yang ditunjukkan oleh pendakwah yang dihantar oleh Rasullah SAW, Nus’ab b Umir seorang pemuda yang kacak dan mempunyai sifat pendakwah, memiliki kepimpinan, dapat menguasai ayat-ayat al-quran dengan baik mempesonakan orang-orang Ansar

Asbab yang kelima ialah hubungan kekeluargaan sebelah ibu, hubungan rasullah SAW dengan Bani Najar, kekeluargaan sebelah ibu.

Rasullah SAW telah berjaya membangunkan Madinah dengan beberapa faktor, yang pertama ialah dengan pembinaan masjid.
Yang kedua mengikat persaudaraan di antara orang Ansar dan Muhajirin.
Yang ketiga Perjanjian dengan masyarakat Madinah termasuk golongan Yahudi dan lahirnya Piagam Madinah.
Dan yang Kempat Membina ekonomi Islam…

Dipanjangkan oleh : Sahibus Samhah Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin Sheikh Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus bersempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Bandar Baru Senawang 1 Muharram 1425 (7.30 pm)


Alhamdulillah …begitu lah serba sedikit pengisian yang dapat diri ini kongsikan bersama…..

Minggu lepas memang agak memenatkan bagi diriku….
Ini kerana aku terpaksa berkejar-kejar….
Hehehe…bukan main kejar-kejar macam zaman kanak-kanak dulu yer…
Jangan salah anggap plak…

Minggu lepas kerajaan Negeri Sembilan mengadakan Ekspo Maal Hijrah 1425 bertempat di padang Majlis Perbandaran Seremban….
Alhamdulillah …… ana terlibat secara tak langsung….
Alhamdulillah…rezeki company ada untuk sambutan maal hijrah pada tahun ini…
Kami terpaksa menyiapkan backdrop dan juga buntings untuk sambutan maal hijrah…
Kami juga diminta membantu kerja-kerja pemasangan dan penurunan backdrop pada ekspo tersebut…
Macam biasalah….bila ada kerja-kerja urgent macam nie …. Mata kami terpaksa disengkang bagi memastikan tugasan berjalan lancar….alhamdulillah Allah mempermudahkannya walaupon agak penat…..lebih dipenatkan lagi ana terpaksa berkejar ke rumah sahabat yang juga merangkap jiran ana untuk membantu majlis walimahnya….

Abag shidan and kak zana merupakan antara orang yang paling penat ku lihat menyelesaikan tugasan mendesign backdrop dan juga bunting yang diminta oleh para peserta ekspo…terpaksa kami bersengkang mata untuk menyelesaikan tugasan….

Ekspo bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Isnin…
Setiap hari backdrop mainstage terpaksa ditukar untuk majlis-majlis tertentu….
Pada hari Sabtu….abg shidan and ana terpaksa memasang backdrop pada sebelah petang bagi program kembara nasyid bersama hijjaz di sebelah malam nya…alhamdulillah dapat juga kami menaikkan backdrop itu sebelum Asar….dan alhamdulillah kerana tugas pemasangan nyer amat mudah dan tidak susah seperti biasa….
Ini kerana depa pakai plywood…..
Alhamdulillah…tugas menurunkan backdrop juga agak mudah….tak lah susah seperti yang dijangkakan….
Pada mulanya kami menyangka penurunan backdrop agak sukar kerana terdapat main backdrop yang terpaksa dikekalkan dibelakang backdrop majlis pada hari itu…
In simple word, there are two layers of backdrops, the function (eg malam kembara nasyid and talk show) backdrop should be removed after the function had finished while the main backdrops should not be removed for the entire expo period…

Majlis pada malam sabtu boleh ana dan pihak penganjur kategorikan malam kemuncak, yang mana acaranya ialah program talk show….
The talk show program is quite unique…
The panelist are SS Dato’ Hj Noh Gadot ( Mufti Kerajaan Johor), Dr Syarifah Hayaati and Rabbani.
I am considering the talk show is quite unique because it implement new method of talk show…
After two or three hujah being spoken out, the Rabbani will stand up and sing their song..
Alhamdulillah…cara yang agak menarik….
The talk show entitle “Bicara Kasih”
Alhamdulillah…the crowd bulih tahan ramai malam tu….Chinese pon ada nampaknya….
Ada sorang amoi nie ana and abag shidan perhatikan duk dengar the talk show..alhamdulillah……semoga beroleh HidayahNYA…..

Ahad 22 Februari merupakan majlis walimah sahabat ana…
Alif Falatin Abdul Latif and his wife Sallehatun…
ini merupakan majlis di rumah alif....
alhamdulillah majlis dirumah zaujah nya dah selesai 2 minggu lepas...agak frust jugak ana tak dapat pi Terengganu ari tu...
Tapi tak per lah....ada hikmah nyer tu tak pi Terengganu...
Allah know what is the best....
Bulih tahan jugak ramai crowdnyer…..and bulih tahan jugak penatnyer kami orang-orang pangkal bekerja….
Majlis diadakan secara gotong royong….
Alhamdulillah…start dari hari khamis dah mula dah….
Alhamdulillah majlis berjalan lancar…..walaupon kami agak kepenatan bekerja hampi 3 hari ….
Syukur alhamdulillah…taman ana nie ramai lagi rupanya golongan remaja yang ana tak kenali…mereka sama2 membantu kami2 yang senior nie menjayakan majlis…..

Usai majlis misi baru bermula….
Proses mengedit video yang dirakamkan pada majlis itu bermula…
Astghfirullah…penat nyer bukan lah main….
Azam jer yang mampu mengatasi nyer…itu pon terlelap dikedai sahabat….
Abg shidan seperti biasa merangkap sifoo ku mengajar cara mengedit video bagi majlis walimah alif….
Alhamdulillah dah 80% siap….tinggal nak masukkan lagu yang sesuai…Cuma belom sempat nak menghabiskannya…
mempelajari sesuatu yang baru ini merupakan suatu perkara yang ku kira agak menyeronokkan...

InsyaALLAH nanti bila habis akan kami serahkan VCD nyer pd alif….

Alhamdulillah…..dapat jugak ana menulis….
Alhamdulillah……
Esok ada interview…du’akan kejayaan ana yer sahabat..TQ so much…

Wallahu ‘alam….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home