Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, February 19, 2004

Ibadah Nawafil

In the Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Alhamdulillah…hari ini diriku dikurniakan kesempatan untuk menulis secebis 2 perkataan yang ana rasa bulih dikongsi bersama dan dijadikan tauladan oleh kita semua, especially diriku ini….

Ana ingin berkongsi satu hadis qudsi yang mungkin kita telah selalu dengar, tetapi pada pendapat jika semakin banyak kita mendengar insyaALLAH pemahaman kita akan lebih bertambah dalam perkara yang kita selalu dengari…samalah dengan dalam kita menelaah pelajaraan, semakin selalu kita menelaah semakin kita memahami topic yang kita pelajari…

Sesungguhnya ilmu ukhrawi ini merupakan satu bekalan kta untuk kita bawa ke negeri abadi…
Dalam membawa bekalan ke negeri abadi biar lah kita semua menjadi seorang ‘Abid…

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, telah berkata Rasullah SAW : Sesungguhnya Allah telah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi waliKU (orang yang setia kepadaku), nmaka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKU dengan sesuatu yang lebih Kucintai daripada ia menunaikan semua yang Kufardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah sentiasa bertaqarrub kepadaKU dengan nawaffil ( ibadah sunat) sehingga AKU mencintainya, nescaya jadilah AKU (seolah-olah); sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andai kata ia memohon kepadaKU pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKU pasti akan Kulindunginya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

disini ana ingin berkongsi perkara yang kedua dan ke bawah…dari “….Dan tiada seorang hambaKU…”hingga ke akhir…insyaALLAH
insyaALLAH jika ada kesempatan ana akan cuba mengupas berkenaan wali ALLAH…

Hadis ini diperdengarkan kepadaku oleh Dr Jahid tempoh hari, apabila beliau mengupas hadis ini diri ini tertanya apakah sudah cukup diri ini dengan ibadah-ibadah nawaffil…
Sudah cukup kah diri ana dengan solat-solat sunat….
Puasa-puasa sunat….

Solat-solat sunat sahaja terdapat banyak yang disediakan oleh ALLAH kepada hambaNYA-hambaNYA….
Tapi sudah cukup kah diri ini dengan solat-solat sunat yang ALLAH jadikan sebagai bonus untuk kita agar kita lebih taqarrub kepadaNYA..

Bagaimanakah kita hendak mendapat cinta ALLAH…..cinta hakiki…
Dan hendaklah sentiasa bertaqarrub kepadaKU dengan nawaffil ( ibadah sunat) sehingga AKU mencintainya….
Itulah jawapan nya…..adakah diri ana ini sentiasa menyempurnakan solat-solat sunat, perkara-perkara sunat yang membawa di kita lebih hampir kepadaNYA….
Astaghfirullah…..

Memang tidak dinafikan, kita melatih diri kita untuk melakukan perkara-perkara sunat..tetapi diri ana ini terasa terlalu kerdil, kemampuan untuk beristiqamah dalam melakukan ibadat-ibadat sunat kadangkala terbantut oleh urusan duniawi yang bersifat fana…

Penghujahan yang diberikan oleh dr Jahid menyentak ana, terlintas difikiran ana sudah cukupkah?jawapan yang pasti yang boleh ana berikan untuk diri ana ialah tidak….masih belom cukup lagi dan ana berdoa biarlah agar perasaan cukup itu tidak hadir dalam diri ana…dengan merasakan kita sudah cukup itu tandanya ada penyakit hati dalam diri kita…

Mu’az B Jabal r.a selalu menangis di malam hari mengenangkan adakah ibadat yang dilakukannya itu ikhlas hanya kepadaNYA….
Itu para sahabat( kata diriku)…inikan diriku yang terlalu banyak kealpaan dalam hidup ini …
Pastinya meraskan sesuatu ibadat yang kita lakukan itu sudah cukup merupakan satu penyakit hati yang besar yang kalau kita telah alaminya pasti sukar untuk dibersihkan jika kita tidak menyedarinya…

Alhamdulillah…ibadat fardhu kita semua laksanakan…..tapi adakah kita beristiqamah dalam melakukan perkara sunat….astaghfirullah….
Dengan melakukan nawaffil inilah kita akan merasakan cinta ALLAH….

Marilah kita bersama-sama berdoa agar ALLAH mempermudahkan kita dalam melakukan ibadah-ibadah sunnah…
Sesungguhnya ALLAH lah yang mengurniakan kita taufik dn hidayahNYA agar kita sentiasa taqarrub kepadaNYA…
Tanpa taufik dan hidayahNYA mana mungkin kita hampir kepadaNYA…

InsyaALLAH jika ada kesempatan ana will write more regarding this topic…
Due to several commitment at the moment I could write a lengthy discussion…insyaALLAH….


Wallahu ‘alam….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home