Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, February 13, 2004

Gol Anti Hadis

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful...

alhamdulillah....
terasa nak tukar format penulisan plak rasa nya...
biar yang latest kat atas instead yang lama kat atas previously

2 hari lepas . alhamdulillah ... sy n seorang sahabat ada berbual satu isu yang agak menarik ....
waaupon pada pendapat saya ianya merupkan satu isu yang lama ....tapi ia nya bukan lah satu isu yang lapuk..malahan ianya merupakan satu isu yang membahayakan aqeedah umat Islam...
walaupon gerakan mereka sudah kelihatan agak slow di negara kita....
tp kegiatan meerka belom totally vanished....
di negara lain tak tahu lah ...

ada seorang sahabat saya di luar negara pernah berjumpa dengan golongan seperti ini...
golongan yang saya maksudkan ini ialah golongan anti hadis

Mereka ini adalah golongan yang sesat…
Rukun Islam yang pertama ….
Mengucap Dua Kalimah syahadah….
Mengandungi 2 elemen ….Yakni
1. Mengakui keEsaan ALLAH
2. Muhammad Pesuruh ALLAH….

Mana mungkin wujud golongan anti hadis jika mereka umat Islam….
Dalam kalimah syahdah sendiri telah menyatakan bahawa Muhammad Pesuruh Allah, ini telah membuktikan bahawa mengikuti ajaran Baginda SAW merupkan satu tuntutan kita as a muslim….

Mereka mendakwa mereka hanya berpegang kepada Al-quran sahaja….
Ini tidak masuk akal….
Bagi saya mereka tidak mengikut al-quran totally….
Mana mungkin mereka mengikut Al-quran jika mereka enggan mengikuti sunnah Rasullah SAW….in the Quran stated Muhammad is our role geratest model….
Marilah kita semua berusaha untuk mengikuti cara hidupnya…
Sumber yang kita ada adalah al-Quran dan Sunnah….

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzab:21)

jika mereka mengikut apa yang tersurat dalam al-quran sudah tentu mereka tidak akan mengadakan dakyah mereka ini….
Secara terang-terangan telah mengingkari ayat di atas…
Mengikuti jejak langkah merupakan satu cara kita beroleh keredhaan ALLAH swt duniawi dan ukhrawi…

Muhammad SAW merupkan junjungan Besar semesta alam….
Sedangkan Nabi Adam a.s sendiri bertawassul (supplicating Allah through intermediary) dengan nama Muhammad SAW, inikan kita manusia yang amat daif…
Siapalah kita yang hendak menafikan kemaksuman kita….
Terlintas juga difikiran saya, kenapa golongan anti-hadis ini tak cuba nak defy the gravity law…ialah….mereka sanggup defy something yang telah ditetapkan ALLAH.agaknya kalau depa defy this gravity law, mana agak nya depa nak hidup….

Muhammad SAW diutuskan ke dunia ini sebagai pembawa rahmat untuk seluruh makhluk…
Seboleh2 nya marilah kita mengikuti sunnah2 Baginda SAW….
Sama2 lah kita berdoa agar golongan anti-hadis ini kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya…

Dan sama-samalah kita berdoa agar kita semua tidak tergolong dalam golongan yang sesat….

Sy memohon agar sahabt2 yang membaca catatan saya ini menegur saya sekiranya apa yang saya tulis ini ada tersilap…penambahan fakta memang sgt-sgt dialu-alukan,
Sesungguhnya pencarian ilmu ini tiada noktah….
Segala yang baik itu sesungguhnya datangnya dari ALLAH dan segala kelemahan itu dating nya dari diri saya sendiri…

Muhammas SAW adalah manusia
Yang tidak serupa dengan manusia
Baginda SAW ibarat intan permata
Yang berada di antara bebatuan

Petikan : Abu Mazaya al-Hafiz, Sirah dan Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW, Al-Hidayah Publication.

Wallhu ‘alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home