Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, February 05, 2004

Gejala Murtad

In the Name of Allah the Most Gracious and Most Merciful

Last week waktu ana surf portal ukhwah.com ana terjumpa dengan satu topic yg agak menyakitkan hati ana….
Isu MURTAD…………
astaghfirullahal 'azimmm.....
ana cukup sensitif dgn isu murtad nie....

dalam posting tu ada seorang sahabat pos kan address malay murtad….
astaghfirullahal 'azimmm.....
Ana cukup sakit hati bila membacanya….

tak tahu apa yg nak dikatakan......
sama-samalah kita berdoa agar emaan kita ditetapkan oleh ALLAH....
dan sama-samalah kita berdoa agar mereka diberi taufik dan Hidayah NYA agar kembali kepada kebenaran...insyaALLAH....

“……Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.” (al-‘Araaf:155)

astaghfirullahal 'azimmm...........
seram sejuk ana tengok depa nie.....
dah berani betul sekarang nie....

ini lah dia taktik org2 kafir memesongkan aqidah kita....

"….dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya” (al-Baqarah:217)

ada seorang lelaki nie yang telah murtad….
dia dah mengerjakan umrah....ana baca testimony dia....
sepatutnya lelaki nie fikir kebesaran Allah di sana...
bukannya mempertikaikan cara orang solat.....
Terlalu banyak kebesaran ALLAH untuk diperhatikan....
especially di Mekkah al-Mukarammah....
tp lain plak yg dia pikir.....astaghfirullah.....
terlalu byk kebesaran yg dapat kita perhatikan di sana....subhanallah.....
Salah satu yg si lelaki tak perhatikan agak nya ialah ibadah tawaf....

dia tak perhati ker Baitullah itu di tawaf oleh manusia setiap masa.... 24 jam sehari...kecuali waktu solat fardhu.....subhanallah...
adalah tidak wajar bagi dia untuk mempertikai kan cara kaum muslimin yg lain bersolat…
dia mempertikaikan terdapat pelbagai cara solat…
lalu dia bertanya dalam dirinya solat manakah yang di terima oleh ALLAH…
astaghfirullah…….
At a first place why did he think that way…..
Bagi ana tak masuk akal langsung untuk dia berfikir macam tu…..
Adakah wajar dia mempertikaikan samada solat nyer selama ini diterima atau tidak….
Hanya kerana cara solatnya lain dari orang lain….
Sepatutnya dia patut bermuhasabah samaada solatnya di terima oleh ALLAH dari segi ibadatnya bukan membandingkan dengan cara ibadat itu dilaksanakan….
Astaghfirullah…….

Bila ana baca testimony si lelaki nie….
Terus dalam benak ana terfikir peristiwa di Masjid Qiblatain…..
Di mana di masjid itu lah Baginda SAW menerima wahyu agar menghadapkan wajah Baginda SAW dan seluruh orang2 yang beriman ke Masjidil Haram ketika mendirikan solat ….

Apabila Wahyu ini turun, ada segelintir manusia, yakni golongan MUNAFIK, yang diketuai oleh Abdullah B Ubay mempersoalkannya…..
Mereka mempersoalkannya, kenapa qiblat harus di tukar….
Dan persoalan yang paling bahaya yang diutarakan oleh kaum munafik ini ialah….
Bagaimanakah solat sahabat2 mereka yang telah syahid atau meninggal sebelum ini, yang mana mereka menghadapkan muka mereka ke Masjidil Aqsa ketika mendirikan solat?
Adakah solat mereka sia-sia??

Jawapannya …Solat mereka TIDAK SIA-SIA sama sekali…
Solat mereka tetap diterima oleh ALLAH SWT….
Maha Suci ALLAH….Subhanallah…..

Bagi memperteguhkan lagi keimanan kaum muslimin….
Maka turunlah wahyu ini…

“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” (Al-Baqarah:142)

TIMUR dan BARAT kepunyaan ALLAH…..
Dalam konteks lelaki murtad ini….
Samalah dia mempertikaikan sebagaimana kaum munafik yang 1400 tahun dulu telah mempertikaikannya….
Alasan yang diberikan oleh lelaki ini memang tidak bulih dipakai…n sudah ketinggalan zaman….
Ianya telah berlaku dalam sejarah 1400 yang lalu….

inilah akibatnya bila orang yg mengerjakan umrah tanpa ilmu....

astghfirullah..........


“Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.”(al-Baqarah:16)

golongan murtad nie tergolong dalam golongan ni...

sama-samalah kita sentiasa berdoa agar emaan kita ditetapkan oleh ALLAH....
dan sama-samalah kita berdoa agar mereka diberi taufik dan Hidayah NYA agar kembali kepada kebenaran...insyaALLAH....

wallahu 'alam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home