Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, January 26, 2004

Sifat Takbur mesti dijauhi.

Rasullah SAW bersabda : " Jauhilah kamu daripada sifat takbur. Sesungguhnya sifat takbur itu akan membawa keburukan dan keburukan itu akan membawa ke neraka" (HR Bukhari dan Muslim)

Takbur merupakan satu penyakit hati, oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berusaha menghapuskan sifat ini.

Mari kita renungkan panduan yang diberikan oleh Hujahtul Islam Imam al-Ghazali dalam usaha kita mengikis sifat takabur dalam diri kita.

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak belum dibebani oleh dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyak ilmunya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan mereka sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home