Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, January 13, 2004

Hati Menjadi Mati

Syaqiq Al Balkhy berkata: Adalah Ibrahim bin Adham r.a berjalan di pasar Basrah, maka dia dikerumuni oleh orang-orang dan mereka semua bertanya kepadanya.

“Hai Abu Ishaq, Allah Ta’ala telah berfirman: “Mintalah kamu sekelian kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan…(Ghafir:60),”dan kami sekalian sejak satu tahun telah berdoa tetapi belum dimakbulkan.

Kata Ibrahim: “Hai ahli Basrah, hati kamu sekelian telah mati dan tertutup oleh sepuluh perkara, bagai mana doa kamu boleh dimakbulkan :

1. Kamu sekalian mengetahui tentang ALLAH tetapi kamu belum tunaikan hakNYA.
2. Kamu sekalian telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak melaksanakannya.
3. Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh tetapi kamu masih mentaati dan menyetujui ajakannya.
4. Kamu sekalian mengatakan kamu umat Nabi Muhammad SAW tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu mendakwa diri akan masuk syurga tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk ke Syurga.
6. Kamu mendakwa diri selamat dari neraka tetapi kamu melemparkan diri kedalamnya.
7. Kamu mengatakan mati itu perkara yang benar tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib teman-temanmu tetapi kamu tidak melihat aib dirimu sendiri.
9. Kamu sekalian telah makan dan merasakan nikmat ALLAH tetapi kamu tidak mahu bersyukur.
10. Kamu sekalian telah menguburkan mayat-mayat tetapi kamu tidak mengambil tamsil darinya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home