Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, January 24, 2004

“Dan Barangsiapa yang berjihad, maka lain tidak jihadnya itu adalah untuk dirinya.Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Kaya dari semesta alam." (Al-ankabut:6)

Apakah erti jihad? Dr Hamka dalam Tafseer Al-Azhar nya menguraikan erti jihad seperti berikut.Erti sebenar kata jihad ialah bekerja keras, bersungguh2, tidak mengenal kelalaian. Siang dan malam, petang dan pagi. Berjihad agar Islam terus maju, jalan Allah tegak dgn utuhnya. Berjuang dgn mengorbankan tenaga, harta benda dan kalau perlu jiwa dan raga.

Jihad yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan diri insan itu sendiri. Keuntungan yang pertama yang akan diperolehinya di dunia ialah bertambah tinggi darjat jiwanya. Bertambah banyak pengalaman dan ilmunya dalam menghadapi pancaroba kehidupan di dunia ini. Apatah lagi di Akhirat kelak, orang yang telah berjuang menegakkan Keadilan dan Kebesaran Allah akan mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah, menerima pahala dan ganjaran amalannya yang tidak dapat kita nilai. Oleh yang demikian jangan lah kita menyangka, jika seseorang itu tidak mahu berjihad bahawa Allah akan rugi. Allah Maha Kaya di atas seluruh alam in, Dia tidak berkehendakkan alam, melainkan alam lam yang berkehendakkan Allah, terutamanya makhluk manusia ini. Jika kita tidak berjihad yang rugi bukan lah Allah melainkan diri manusia itu sendiri.

Imam Ibnul Qayyim membahagi tingkat-tingkat jihad itu kepada beberapa peringkat di dalam melawan musuh. Menurut Ibnul Qayyim musuh Islam digolongkan kepada 4 musuh besar, yakni:

1. Jihad menghadapi orang kafir yang hendak merosakkan Islam atau hendak merosakkan aqidah kita sendiri.
2. Jihad menghadapi syaitan dan iblis, musuh turun temurun yang bersama-sama nenek moyang kita keluar dari syurga. Nenek moyang kita Adam a.s dan kita keturunan beliau ditugaskan menjadi khalifah Allah di muka bumi, sedang syaitan dan iblis bertekad untuk memusuhi kita selagi dunia ini didiami oleh manusia.
3. Musuh yang ketiga ialah kaum munafiq, lawan yg padalahirnya berupa kawan. Musuh yang pada kulit nya mengaku menjadi pembantu.
4. Dan musuh yang paling dahsyat dan hebat sekali menurut Ibnul Qayyim ialah hawa dan nafsu kita. Yang sentiasa berada dalam diri kita sendiri.Yang kita tidak dapat melihatnya dan kita selalu condong kearah nya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home