Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Tuesday, January 20, 2004

“Apakah mengira manusia bahawa mereka akan dibiarkan berkata:”Kami telah beriman.”Padahal mereka masih belum diuji lagi?” (Al-Ankabut : 2)


Adakah iman kita telah diuji?Ayat ini merupakn satu ayat pertanyaan. Pertanyaan yang bersifat penyangkalan. Kita sering merasakan dengan menucap dua kalimah syahadah dan melaksanakan seluruh rukun Islam dan menimani kesemua Rukun Iman kita merasakan kita telah menjadi seorang yang beriman atau seorang muslim.

Sesungguhnya persoalan iman ini merupakan sesuatu persoalan yg besar dan hanya diketahui oleh Allah kedudukannya, siapakah di antara kita merupakan hamba-hambaNYA yang beriman.

Setiap orang yang beriman akan diuji, sesuai dgn intipati ayat di atas. Jika pada zaman Rasullah SAW dan para anbiya’ diuji dgn kaum-kaum yg kufur pd nikmat Allah, tapi kita kini diuji dgn apa? Mari lah kita sama-sama berfikir…

Sesungguhnya ujian yang dilalui oleh Baginda SAW merupakan satu dugaan yg ‘mega’ . Keperitan Baginda SAW menyebarkan Nur Islam sememangnya susah untuk kita gambarkan. Kepayahan Baginda SAW di awal usaha dakwah, di Mekah di Thaif even ketika di Madinah ketika Islam telah bertapak dgn agak kukuh Baginda SAW masih berdepan dgn kepayahan, kepayahan yg lebih sukar, memerangi golongan munafik. Siapa yg tidak kenal Abdullah b Ubay yang selalu berusaha menjatuhkan Baginda SAW. Kecekalan Baginda SAW membolehkan kita mengecapi nikmat yang paling manis ketika ini, yakni nikmat emaan.

Apakah kita yang kebanyakan lahir dalam keluarga Muslim benar-benar dapat melaksanakan ajaran Islam seperti yang dituntut. Adakah kita telah diuji? Kita diuji dgn pelbagai dugaan dalam mewarnai kehidupan kita sebagai insan. Tetapi percayalah sebagai mana hebat pon dugaan yang kita lalui dugaan yang kita lalu tidak lah sehebat dugaan yang dilalui oleh para anbiya’

Bertambah tinggi darjat iman seseorang bertambah besarlah cubaan yang harus direntas.

“ Manusia yang lebih sangat ditimpa percubaan ialah nabi-nabi, kemudian orang-orang soleh, sesudah itu menurut perbandingan demi perbandingan. Dicubai seseorang menurut ukuran keagamaan nya, bertambah tebal agamanya, bertambah hebatlah cubaannya.” ( HR Tirmidzi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Wallahhu ‘alam……..


“Ketaatan dalam melakukan perintah agama merupakan rezeki kurniaan Allah kepada hambaNYA.”
(Kuliah Maghrib, Dr Jahid Sidek)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home