Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Saturday, December 09, 2006

Puisi Melayu

Satu pagi Isnin sewaktu dalam perjalanan ke ofis setelah lama tidak ke ofis dek kerana sering outstation diriku berpeluang untuk mendengar buah bicara Pn Siti Fatimah, yakni fellow di IKIM di dalam kereta. Satu topic yang agak menarik dibincangkan diantara Pn Siti dan Ustaz Zamri. Ianya berkisar dengan topik melayu.

Alhamdulillah setelah mengemail pihak ikim, mereka sudi untuk berkongsi puisi ini. Pihak ikim telah mengemail puisi ini kepada saya, ucapan terima kasih saya ucapkan buat Pn Siti Fatimah dan PA nya kerana segera mengemail puisi ini kepada saya.

Saya pastekan puisi ini tanpa sebarang tujuan untuk menghina bangsa saya sendiri, saya merupakan seorang yang sayangkan bangsa saya sendiri, lebih2 lagi bangsa saya yang sayangkan Islam. Puisi ini saya kongsikan untuk muhasabah kita bersama. Kita lihat sama-sama adakah kita mewarisi ciri-ciri yang terdapat di dalam puisi ini, jika ia, sama-sama lah kita berusaha menghindarinya.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler manari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! Dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, Cuma baca bila nak halau hantu.

-------------------------------------------------------------
"............ Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Al-Anfal:53)

Wednesday, December 06, 2006

Motivasi Mutiara Dr Danial : Islam Bukan Agama Pengganas

Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan, para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Ramai orang termasuk pembesar-pembesar negara di seluruh dunia memperingati 11 September yang telah berlalu. Mereka memperingatinya dengan menyatakan kebencian mereka terhadap keganasan dan perbuatan-perbuatan yang ganas. Apa yang jelas ialah kita semua apatah lagi kita yang beragama Islam, kita sepatut dan sewajarnya membenci dan menjauhi sebarang keganasan.

Namun 11 September merupakan suatu titik hitam, bukan sangat bagi keganasan tetapi bagi Islam. Sebab yang tertonjol selepas kejadian itu ialah Islam dikaitkan dengan keganasan. Al-quran dikatakan sebagai kitab yang di penuhi dengan ayat-ayat yang merangsang keganasan sehingga ada golongan di barat yang menulis buku tentangnya. Kemudian yang tertonjol nama-nama di persada dunia yang dikaitkan dengan isu keganasan ialah orang Islam seperti Osama bin Laden dan Saddam Hussain.

Amerika menjadikan Osama bin Laden sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan. Afghanistan hampir-hampir hancur dan rakyatnya terus menderita pada hari ini. Tetapi Osama bin Laden masih lagi tidak di ketahui di mana dia berada sekarang. Iraq di serang sebab kononnya Saddam Hussain sebagai bekas pemimpin Iraq telah menyimpan senjata-senjata pemusnah yang hebat. Iraq di serang. Hari ini Iraq kacau bilau dan di penuhi dengan pancaroba. Saddam Hussain telah di tangkap tetapi senjata pemusnah tidak di temui dan malah tidak akan di temui sebab ia tidak pernah ada di Iraq sehingga ke hari ini.

Maka nama Islam telah menjadi kotor tetapi yang jelas pengganas yang sebenarnya kita pun tidak tahu siapa yang sebenarnya. Kita anti keganasan dan tidak ada masalah tentang kalimat kita anti keganasan tetapi siapa pengganas yang sebenarnya. Sebab itu ramai orang pada hari ini di barat yang terfikir mungkinkah wujud di sana konspirasi untuk mengaibkan Islam. Mungkinkah di sana wujud satu konspirasi untuk mengaibkan umat Islam. Sudah ada orang-orang besar di barat yang berpemikiran seperti itu. Mereka telah menjelajah dunia untuk berceramah tentang isu yang hendak mereka bangkitkan ini iaitu berkemungkinan bukan Islam dan umatnya pengganas tetapi golongan lain.

Untuk menutup keganasan orang lain mereka menuduh Islam. Sudah ada suara-suara seperti itu. Sebagai contoh yang di suarakan oleh Collins Piper yang telah mengarang banyak buku dan antara yang terbaru ialah The High Priests Of War. Perancang-perancang sebenarnya dan beliau dengan berani mengatakan bahawa bukan orang Islam yang menjadi pengganas di sebalik keganasan yang berlaku pada hari ini. Ada golongan lain yang jahat yang telah merancang keganasan ini dan mereka menuduh Islam sebagai agama yang melahirkan pengganas tetapi sebenarnya bukan Islam dan bukan umat Islam.

Anda perlu membaca tulisan-tulisan Collins Piper dan rakan-rakannya dengan analisis yang tajam di penuhi fakta untuk menyedarkan kita bahawa apa yang sedang berlaku pada dunia sekarang. Siapa pengganas yang sebenarnya. Ada golongan yang setelah mengkaji ini telah memeluk agama Islam. Sebab mereka menyedari ada konspirasi di sebalik sana dan mereka menyedari juga bahawa Islam adalah agama yang baik dan umat Islam secara umumnya ialah umat yang baik dan mereka bukan pengganas. Antaranya ialah seorang yang pernah datang ke Pulau Pinang. Seorang wanita yang merupaka seorang wartawan terkenal yang pernah berkhidmat di BBC iaitu Yvonne Ridley yang sekarang merupakan seorang muslimah. Seorang yang telah memeluk Islam dan lantang mengatakan bahawa pengganas yang sebenarnya bukan orang Islam.

Jadi kita sebagai umat Islam jangan tertipu. Namun kita perlu merangsang diri kita agar kita tidak menjadi pengganas. Pengganas tidak mengenali agama dan bangsa. Bila kita kaitkan dengan Islam, kita harus mengatakan Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi pengganas. Sebaliknya agama Islam menyuruh umatnya menjadi seorang yang bijaksana, lemah lembut dan seumpamanya. Cuba kita perhatikan firman Allah yang bermaksud, “ Dengan rahmat daripada Allah wahai Muhammad kamu berlemah lembut dengan mereka. Andaikata kamu bengis dan bersikap keras hati dengan mereka, mereka akan lari daripadamu ”.

Itu dia nabi dan pengasas agama kita. Nabi Muhammad saw yang di puji Allah sebab baginda berlemah lembut. Tidak bengis dan keras hati dengan orang lain. Itu dia yang sebenarnya di perturunkan kepada umat Islam agar kita itu berlemah lembut, mempunyai perasaan belas kasihan, perasaan rahmah dan jauh sekali menjadi seorang pengganas.

Marilah sama-sama kita hidup dengan aman apatah lagi kita di Malaysia, kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. Mari kita hidup secara aman. Kita sebagai orang Islam menghormati agama lain dan kita juga mahu agama lain menghormati Islam.

Jangan ajar orang Islam tentang bagaimana beragama Islam. Bila kita menghormati agama Islam dan orang Islam pula menghormati agama lain insyaallah itulah yang Islam mahu. Akhir kata jangan lupa firman Allah swt dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “ Wahai manusia kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berpuak-puak dan juga berkelompok- kelompok agar kamu berkenal kenalan antara satu dengan yang lain. Bukan berbunuh-bunuhan antara satu dengan yang lain. Orang yang paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa ” . Bukan orang yang berumah besar dan bolih memberi mahar yang tinggi ketika berkahwin. Yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa.

Ini konsep Islam. Islam bukan keganasan. Itulah yang hendak kita tekankan pada pagi yang permai ini. Semoga Allah memberkati anda insyaallah.

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara

-------------------------------------------------------------

Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.(Taha : 6)

Tuesday, December 05, 2006

Seminar Semarak Aqidah Umat

Seminar yang warga Seremban tidak wajar lepaskan.
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke :

Seminar Sehari – “Semarakkan Aqidah Umat”

AHAD 17 Disember 2006
Jam 8:30 pagi
Di Masjid Bandar Baru Senawang


Perasmian oleh Sohibus Samahah Dato’ Murtadha bin Hj Ahmad, Mufti N.Sembilan

Barisan ahli panel dan penceramah :
1. Dato Seri Dr Harussani Zakaria – Mufti KerajaanNegeri Perak
2. Tuan Hj Mohd Azmi bin Abdul Hamid – Presiden TERAS
3. Yg Bhg Prof Dr Abdul Aziz Bari – Pensyarah Undang-Undang UIAM

Anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dengan TERAS Pengupayaan Melayu

-------------------------------------------------------------

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.(Al-Kahf : 47)

Akal, Ilmu dan Makrifat

Bagi melepaskan diri dariada sebarang tipu daya, tiga perkara perlu diutamakan yakni akal, ilmu dan makrifat. Menurut Imam Ghazali akal adalah kekuatan pemikiran semulajadi yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia supaya dengannya manusia dapat mengenali hakikat suatu perkara.

Nabi SAW mementingkan akal sehinggakan apabila beliau diberitahu kehebatan ibadah seorang individu, baginda SAW akan bertanya berkenaan dengan akal orang tersebut. Apabila sahabat mengatakan akalnya baik, Nabi SAW berkata, “Demikianlah yang aku harapkan.” Apabila sahabat memberitahu perkara sebaliknya, Nabi SAW berkata “Tidak Sampai.” Hadith ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi.

Ilmu pula adalah pengetahuan yang membolehkan manusia mengetahui dengan jelas jalan yang dapat mendekatkannya dengan Allah dan jalan yang menjauhkannya dari Allah. Di samping itu, ilmu menunjukkan pada individu itu bahaya disekelilingnya, halangan serta tipu daya yang bakal dihadapi di dalam perjalanan.

Makrifat pula berkaitan dengan empat perkara iaitu mengenal Tuhan, diri, dunia dan akhirat. Apabila keempat-empat perkara ini dikenali dengan betul, keutamaan individu mennjadi tepat, matlamat hidup tercapai dan keredhaan Allah diperoleh.

Artikel oleh Dr Danial Zainal Abidin.

-------------------------------------------------------------

Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya (HR Muslim)

Sunday, December 03, 2006

Enjin

Sewaktu keluar dari Pangkalan TLDM Lumut nampak 4 biji treler yang membawa 4 biji enjin kapal perang milik milik TLDM.

Waktu dalam perjalanan pulang ke site office nampaklah treler ini ditengah perjalanan. Apalagi berpeluang lah mengsnap gambar ini.

Thank U for the wonderful gift honey. Sonang bonar den nak amik gambar.


-------------------------------------------------------------

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal : 60)

Friday, December 01, 2006

Tanpa Tajuk

Alhamdulillah ……

Satu pagi Selasa (28/11/2006) kami diuji dengan pukulan ombak, hanya beberapa jam selepas itu kami dipermudah oleh Allah azzawajalla…. Allah mudahkan hingga kini, alhamdulillah. Kadang-kadang bila kita berada dalam mode kenikmatan dan mode masalah selesai, kita lupa untuk berterima kasih pada Allah. Maha Suci Allah yang mempermudahkan urusan kami. Teringat satu ayat dalam Quran satu du’a hambaNya yang dimuliakan, walaupon dipuncak dunia, hambaNya tidak lupa untuk bersyukur, “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” (Al-Naml:19)

Syukur alhamdulillah, itulah ucapan yang mampu kami suami isteri ucapkan. Setiap kepayahan pasti akan ada kemudahannya. Setiap ujian pasti kita mampu hadapinya.

Ummu mujahid Thank U, honey.

-------------------------------------------------------------

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Buruuj : 11)