Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Thursday, January 26, 2006

Sunrise di Penang

InsyaAllah hari ini hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang selama seminggu bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina 2006.

Esok diriku akan bercuti, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan di rumah Seremban, mak merequest agar diriku dapat bercuti esok hari. insyaAllah jika tiada aral melintang seusai solat isyak nanti akan ku bertolak pulang ke Seremban.

Di sini kupastekan serba sedikit gambar sunrise ketika diriku di Penang tempoh hari.







Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk bulan Januari 2006.
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
----------------------------------------------------------
(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.(Al-Isra':77)

Wednesday, January 25, 2006

Insan Tidak Berakal

Alhamdulillah setelah hamper seminggu bertugas di JB dan Penang hari nie kembali semula ke pejabat, insyaAllah akan menyelesaikan beberapa tugasan di pejabat hari ini sambil memerhati progress kerja di Kapar Power Plant thro’ panggilan telefon.

Apa yang membuatkan ku terasa tidak senang hari ini adalah apabila membaca satu email dari seorang sahabat. Sakit hati, kecewa dan pelbagai rasa yang kurang enak ku rasa selepas membaca artikel dibawah ini.

Terkejut apa lagi, musykil pon ada, terfikir-fikir kenapa indvidu seperti ini dibenarkan membicarakan suatu perkara yang batil di kaca tv. Tidakkan stesen tv berkenaan sedar akan bahayanya statement yang keluar dari individu-individu yang tidak berakal ini.

Kenapa kukatakan mereka ini tidak berakal. Banyak sebabnya sebenarnya,cuma mungkin tak sempat hendak ku tulis dalam waktu singkat rehat pejabat ku ini. Tapi asbab yang ku nampak yang boleh menyebabkan mereka ini jatuh dalam kategori orang tidak berakal adalah kerana menyatakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah tp cuba diputar belitkan oleh mereka atas dasar memuaskan hawa nafsu semata-semata-mata.

Mereka sepatutnya melihat hukum Allah ini sebagai satu sistem secara menyeluruh, bukan hanya melihat satu bahagian dan terus mengatakan ini tak releven, ini tak adil dan sebagainya. Hukum Allah yang memberi manfaat kepada manusia dan alam semesta. Hukum Allah jika mereka faham saling berkaitan antara satu sama lain dan memberi manfaat kepada manusia dalam usaha manusia memakmurkan bumi Allah. Dalam memahami hukum-hukum Allah, direct translatioan semata-mata tidak memadai jika tiada ilmu.

Apa pon personally den amat terasa dengan tindakan tv3 memberi ruang kepada mereka untuk bersuara. Begitu juga golongan tidak berakal ini diberi ruang seluas-luasnya dalam akhbar Mingguan Malaysia dalam satu kolumn akhbar berkenaan.

Diriku amat berharap golongan individu tidak berakal ini tidak diberi ruang untuk menulis di akhbar perdana atau tv-tv di Malaysia. Idea-idea mereka yang jijik ini hanya akan mengundang kebinasaan kepada Islam dan Malaysia. Jangan dek kerana tekanan sesetengah pihak, pihak media sanggup menjadi pak sanggup dalam usaha menghancurkan pemahaman Islam di dalam masyarakat Malaysia.

Akhirul kalam, kita telah diberi peringatan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran dalam menangani golongan-golongan seperti ini, Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat:6)

Marilah kita memanjatkan du’a agar golongan ini dan kita semua beroleh taufik dan hidayah Allah agar senantiasa dalam limpah rahmatNya. Wallahu ‘alam.

Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali
Wednesday, January 11 @ 12:57:38 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari Jumaat lalu.

Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja.
Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja.

Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung.
"Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang jahil tentang Islam," katanya.
Menurut beliau, dari segi hukum orang yang mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada nas yang jelas.

Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam.

Beliau berharap pihak kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak akan merosakkan akidah mereka.

"Saya sedih kumpulan seperti ini diberi peluang bercakap tentang hukum Islam.
Kumpulan seperti ini jika bercakap tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya.
Tambahan pula katanya, umat Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah.

Menurut beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam.

Sebaliknya tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea barat atau mereka yang memusuhi agama Islam.

Nota Kaki:
1. Jadual Kuliah sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk bulan Januari 2006.
2. Jadual Kuliah Dr Asri Zainul Abidin untuk bulan Februari 2006 di sekitar Lembah Klang.
----------------------------------------------------------
Mereka telah mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, lalu Kami timpakan azab seksa kepada mereka sebagai seksaan dari Yang Maha Perkasa, lagi Maha Kuasa.(Al-Qamar:42)

Tuesday, January 17, 2006

Kuliah di BBB & Kajang

Alhamdulillah, semalam dapat email dari Abang akmal. Untuk pengetahuan kalian abg Akmal adalah antara insan gigih yang berusaha mengumpulkan maklumat mengenai kuliah-kuliah di sekitar Bandar Baru Bangi dan juga Kajang.

Terima Kasih tidak terhingga buat abang Akmal kerana sanggup bersusah payah menyediakan jadual kuliah. Moga usaha murni abang Akmal diberkati oleh Allah. insyaAllah.

Jika berhajat untuk melihat jadual kuliah di sekitar BBB dan Kajang anda bolehlah mengklik link di bawah …..

1. Jadual Kuliah sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk bulan Januari 2006.
--------------------------------------------------------------

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).(Al-Anbiyaa' : 88)

Sunday, January 15, 2006

DMAZA

Untuk entry kali ini kuletakkan rakaman audio kuliah Dr Asri di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) pada 14 Januari 2006.

Sekalung ucapan terima kasih buat sahabatku Rafian yang merekodkan kuliah ini, nie semua buek den ghaso nak boli mp3 player nie. insyaAllah nanti akan ku beli juga mp3 player yang bulih record nie.

Untuk pengetahuan kalian, file ini formatnya adalah wav, diriku terasa tidak berkesempatan untuk menukarnya kepada format mp3.

Dan seperkara lagi, rakaman audio ini hanya akan berada di sini dalam jangka masa seminggu sahaja dari hari ini, insyaAllah pada hari Sabtu depan file ini akan kupadamkan. Ini adalah kerana bagi mengelakkan kehabisan bandwidth di hosting yang kutumpang. Selepas dipadamkan dari hosting, sesiapa yang berminat boleh lah menghubungiku melalui email.

Seperti biasa untuk mengdownload rakaman audio berkenaan sila right click mouse button anda pada link dibawah dan save target as
Audio Kuliah Dr Asri di KGPA, 14 Januari 2006

--------------------------------------------------------------

Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. (Al An'aam : 97)

Thursday, January 12, 2006

Kuliah Bulanan Dr Asri January 2006

Assalamualaikum warahmatullah ….

Bersama ini saya sertakan jadual kuliah Dr. Asri disekitar Lembah Klang untuk kebaikan bersama.

Sama-samalah kita ambil peluang ini untuk cuba menghadirkan diri ke kuliah beliau. Belia yang jauh sanggup turun untuk berkongsi ilmu apakan kita yang berada di Klang Valley ini. Moh poie kuliah !!!!

14 January 2006 [SABTU]
Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KGPA) Bukit Kiara Off Jalan Damansara
10.00 pagi
Kitab : Riyadh al-Solihin

14 January 2006 [SABTU]
Masjid al-Syakirin, Bandar Utama
Selepas Maghrib
Kitab : Riyadh al-Solihin

15 January 2006 [AHAD]
Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay
10.00 pagi
Kitab : Riyadh al-Salihin

15 January 2006 [AHAD]
Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya
Selepas Maghrib
Kitab : Sahih al-Bukhariy

Wallahu ‘alam …..

--------------------------------------------------------------

Syaitan itu menjanjikan kepadamu dengan kemiskinan, dan menyuruh kamu berbuat keji, dan Allah menjanjikan kepadamu suatu keampunan daripadaNya dan kurnia, dan Allah luas kurniaanNya, lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah:268)

Wednesday, January 11, 2006

Khutbah 'Idul Adha 1426 - Umat Islam Perlu Siap Berkorban Jika tidak Ingin dikorban.

Balik dari Seremban sebelum melabuhkan diri untuk tidur sempat membaca email2 yang sudah didownload tatkala di Seremban tadi.

Alhamdulillah, ada satu email yang membuat hatiku tertarik untuk membacanya, email tersebut adalah email Teks ucapan Khutbah Hari Raya ‘Idul Adha 1426, tapi dari masjid atau surau mana kurang pasti pula. Apa-apa pon isi khutbah cukup menarik untuk kita sama-sama hayati. Di bawah ini kupastekan teks khutbah berkenaan, moga sama-sama beroleh manfaat. insyaAllah.

-----------------------------------------

Allahu Akbar 9x, Walillahilhamd
Muslimin Rahimakumullah

Alhamdulillah, puji dan syukur kita panjatkan ke hadirat Allah Subhanahu wa ta'ala, yang telah melimpahkan nikmat-Nya kepada kita. Di pagi hari yang mulia ini, kita diberi kesempatan untuk menyambut dan merayakan 'Idul Adha 1426 H. Umat Islam di seluruh belahan bumi, tak terkecuali yang ada di negeri ini, juga sedang merayakan hari yang agung ini dengan alunan takbir, tahmid, tasbih, dan tahlil. Gema takbir itu pun diperintahkan untuk terus dikumandangkan selama hari tasyrik, tanggal 11, 12 , dan 13 Dzulhijjah.

Allahu Akbar 3x, Walillahilhamd

Sementara itu, jutaan umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji, pada hari ini sedang berkumpul di Mina. Iring-iringan mereka bergerak dengan perlahan, sejak dari Jumratul 'Ula, Jumratul Wustha, hingga Jumratul 'Aqabah. Mereka yang datang dari berbagai penjuru dunia, dengan beragam suku, bangsa, bahasa, dan warna kulit, bersatu padu dengan langkah yang sama untuk memenuhi panggilan Allah Subhanahu wa ta'ala.

Keaneka-ragaman suku, bangsa, bahasa, dan warna kulit itu ternyata tak lagi membezakan mereka, satu sama lain, kerana sesungguhnya mereka telah dipersatukan dengan kesatuan aqidah dan hukum yang diturunkan oleh Allah, yang sedang mereka praktikkan dalam manasik haji mereka.

Allahu Akbar 3x, Walillahilhamd
Muslimin Rahimakumullah

Pada hari Raya 'Idul Adha ini pula jutaan ekor haiwan korban disembelih sebagai wujud ketaatan pada perintah Allah Subhanahu wa ta'ala. Perintah untuk mengorbankan harta yang paling kita cintai sekalipun, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabiyullah Ibrahim 'Alaihi wa sallam dengan begitu indah, beliau menunaikan perintah Allah untuk menyembelih putera tercintanya, Ismail 'Alaihi wa sallam.

Sebuah pengorbanan yang luar biasa. Betapa tidak. Putera yang sudah dinantikan dan didambakan kelahirannya, yang diharapkan kelak menjadi penerus keturunan dan perjuangannya, yang baru tumbuh menjadi pemuda yang cerdas, tampan, dan menawan, justeru diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala untuk disembelih. Inilah bentuk pengorbanan yang luar biasa dari diri Nabi Ibrahim 'Alaihi wa sallam. Juga pengorbanan luar biasa dari diri Nabi Ismail 'Alaihi wa sallam, yang telah rela menyerahkan jiwa dan raganya untuk mengabdi kepada Allah.

Pengorbanan tersebut, Ma'asyiral Muslimin Rahimakumullah. sesungguhnya merupakan kesan dari kecintaan dan ketaatan yang sempurna dari seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa ta'ala, Sang Maha Pencipta, sebagaimana firman Allah:

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu memberikan (mengorbankan) apa yang kamu cintai." (Q.S. Ali Imran [03]: 92)

Kecintaan dan ketaatan adalah dua hal yang tak dapat dipisahkan. Imam Al-Baidhawi berkata, "Cinta adalah keinginan untuk taat", sementara, al-Zujaj berkata, "Cinta manusia kepada Allah dan Rasul-nya adalah mentaati keduanya dan redha kepada semua perintah Allah dan ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya." Lebih lanjut, kecintaan dan ketaatan kepada Allah tidak mungkin boleh diwujudkan tanpa pengorbanan. Jadi, tak ada cinta tanpa ketaatan, dan tak ada ketaatan tanpa pengorbanan.

Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim 'Alaihi wa sallam dan Ismail 'Alaihi wa sallam, merupakan teladan bagi kita akan wujud kecintaan dan ketaatan yang sesungguhnya kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. Kerana itu, jika kaum Muslim ingin mewujudkan kecintaan dan ketaatan yang sebenarnya kepada Allah Subhanahu wa ta'ala, maka perlu siap untuk berkorban. Berkorban dalam hal ini, tentu tidak sekadar menyembelih haiwan korban, tapi berkorban dalam erti yang luas. Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:

"Katakanlah, Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (At-Taubah: 24)

Dalam ayat ini, kita diperintahkan untuk menempatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya di atas kecintaan kepada yang lain. Ertinya, di saat Allah Subhanahu wa ta'ala memerintahkan sesuatu yang menuntut pengorbanan baik berupa harta, keluarga, mahupun perniagaan yang kita cintai, kita perlu siap melakukannya. Pengorbanan inilah yang akan mendatangkan balasan dari Allah berupa keredhaan, ampunan, pertolongan, kemenangan, dan kemuliaan. Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:

"Kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang Mukmin. (Al-Munaafiquun : 8)

Muslimin Rahimakumullah.

Jika kita nilai sejujurnya keadaan umat Islam saat ini, maka keadaannya amatlah jauh dari harapan. Umat yang semestinya hidup sejahtera di bumi yang kaya-raya ini, faktanya justeru hidup sengsara dalam kemiskinan dan kemelaratan. Kes kebuluran dijumpai di berbagai tempat. Angka pengangguran terus meningkat. Beban hutang luar negeri makin menjerat, dan beban kos sara hidup pun terus meningkat. Inilah sekilas gambaran keadaan umat di dalam negeri. Adapun keadaan umat Islam di luar negeri, keadaannya tidak jauh berbeza.

Di berbagai negeri, umat Islam berada dalam keadaan tertindas dan terjajah. Tengoklah apa yang terjadi atas saudara kita yang ada di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pattani, Australia, Perancis, Cina, Uzbekistan, dan sebagainya. Semuanya ini terjadi kerana umat Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Kelemahan inilah yang dimanfaatkan oleh negara-negara Imperialis untuk menjajah kaum Muslim, baik secara langsung mahupun tidak.

Adapun kelemahan umat Islam itu sendiri pada dasarnya kerana lemahnya pemahaman mereka terhadap Islam. Lemahnya pemahaman ini adalah kesan daripada lemahnya praktik penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Ini dapat dilihat dari fakta kehidupan kaum Muslim saat ini. Mereka beribadah haji dengan aturan Islam, solat dengan aturan Islam, menikah-kahwin dengan aturan Islam, tetapi mereka tidak mengelola sumber hasil buminya dengan aturan Islam, tidak mengatur ekonominya dengan aturan Islam, tidak mengatur sistem pertahanan dan keamanannya dengan aturan Islam, tidak menjalankan politik dalam dan luar negerinya dengan aturan Islam. Inilah yang menjadi penyebab lemahnya umat Islam.

Jika umat Islam lemah, mereka hanya akan menjadi korban. Korban ketamakan dan kerakusan negara-negara Imperialis yang selalu ingin mencengkamkan hegemoninya atas negeri-negeri Muslim.

Agar hal ini tidak terjadi, tentu umat Islam perlu kuat. Jika ingin kuat, umat Islam perlu hidup dengan Islam secara kaffah. Ertinya, perlu menjadikan Islam sebagai acuan dalam nengatur seluruh aspek kehidupan mereka, baik dalam urusan peribadi, keluarga, masyarakat, mahupun negara. Inilah kunci kejayaan umat dalam meraih kemuliaan. Kemuliaan di sisi Allah khususnya, dan di mata umat serta bangsa-bangsa lain pada umumnya.

Untuk meraih kemuliaan itu, tentu umat perlu berjuang. Untuk boleh berjuang, umat perlu siap berkorban. Sebab, tak pernah ada kemuliaan tanpa perjuangan, dan tak pernah ada perjuangan tanpa pengorbanan. Jadi, sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kita. Apakah kita mahu berkorban untuk meraih kemuliaan, atau justeru akan menjadi korban, akibat kelemahan kita, kerana kita tidak mahu berkorban.

Allahu Akbar 3x, Walillahilhamd
Muslimin Rahimakumullah

Ingatlah, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

"Sesungguhnya darah-darah kalian dan harta-harta kalian merupakan kemuliaan bagi kalian, sebagaimana kemuliaan hari kalian ini, di bulan dan di negeri kalian ini." (HR. Muslim dari Jabir).

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam ini menjelaskan bahawa darah dan harta, termasuk kekayaan alam negeri-negeri Muslim, sesungguhnya merupakan kemuliaan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala. Kesemuanya wajib dijaga dan dipelihara untuk kemaslahatan dan kesejahteraan umat. Tidak dibenarkan pihak manapun untuk merampas kekayaan tersebut dan menodai kemuliaannya. Jika hal ini terjadi, maka umat wajib mempertahankannya, meskipun perlu mengorbankan harta dan jiwa mereka sekalipun. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda:

"Siapa saja yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia (terbunuh) sebagai syahid." (HR. al-Bukhari dari 'Abdullah bin 'Amr).

Muslimin Rahimakumullah

Demikianlah, tanpa pengorbanan, kemuliaan takkan pernah boleh diraih. Kerana itu, jika umat ini benar-benar cinta kepada Allah dan mahu mengambil teladan dari Nabi Ibrahim dan Ismail 'Alaihi wa sallam, maka mereka perlu siap dan rela berkorban dalam menempuh perjuangan. Adapun agenda perjuangan umat saat ini adalah:

Pertama, memantapkan aqidah dan keimanannya. Kedua, mengkaji dan memahami Islam secara kaffah. Ketiga, berperan aktif membangun kesedaran umat terhadap Islam secara kaffah. Keempat, memperjuangkan penerapan Islam secara kaffah tanpa kekerasan, sebagaimana metod dakwah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Kelima, menyatukan seluruh kaum Muslim di seluruh dunia di bawah naungan Khilafah Rasyidah 'ala minhaj an-nubuwwah, sehingga bendera Rasulullah Lailaha Illa-Llah Muhammadurrasulullah berkibar kembali di muka bumi.

Jika semua agenda ini dapat terlaksana, insya Allah kemenangan dan kemulian akan boleh diraih oleh umat Islam. Ketika itu terjadi, umat benar-benar akan bertakbir dalam kemenangan, bukan dalam kekalahan, sebagaimana yang dikumandangkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam:

Allah Maha Besar, Tiada Dzat yang berhak disembah kecuali Allah, Dia benar-benar telah menepati janji-Nya (untuk memenangkan Islam dan ummatnya), menolong hamba-Nya serta memuliakan tentara-Nya, dan mengalahkan tentara-tentara pasukan sekutu (kafirin) dengan sendiri-Nya.

Allahu Akbar 3x, Walillahilhamd
Muslimin Rahimakumullah

Akhirnya, kita berharap semoga para jama'ah haji berhasil meraih haji mabrur. Di tempat yang mustajab, mereka berdoa untuk dirinya, keluarganya, dan seluruh kaum Muslimin agar segera mendapatkan pertolongan Allah SUBHANAHU WA TA'ALA, dan dimenangkan atas musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka. Semoga para pemimpin mereka juga tersedar, baik pemimpin keluarga, masyarakat, organisasi, mahupun negara, termasuk semua pemuka umat; bahawa mereka semua wajib berkorban untuk meraih kemuliaan Islam. Semoga kita dijadikan sebagai bahagian dari barisan orang-orang yang rela memberi pengorbanan demi kecintaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala dalam rangka menegakkan Islam secara kaffah, yang akan menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepada-Mu, memohon ampunan-Mu; sungguh kami tidak berani mengkufuri-Mu; kami benar-benar mengimani-Mu dan melepaskan diri dari siapapun yang durhaka kepada-Mu; Ya Allah, hanya kepada-Mu kami menyembah, untuk-Mu kami solat dan sujud, kepada-Mu kami melangkah dan berlari; kami mengharapkan kasih sayang-Mu, dan kami takut terhadap azab-Mu; Sungguh, azab-Mu yang benar-benar dahsyat terhadap kaum Kafir itu pasti juga akan ditimpakan pada yang lain; Ya Allah, azablah orang-orang Kafir yang menghalang-halangi jalan-Mu, mendustakan rasul-rasul-Mu; Ya Allah, ampunilah orang-orang Mukmin (lelaki dan perempuan) juga orang-orang Muslim (lelaki dan perempuan).

Perbaikilah urusan mereka, satukan hati-hati mereka, serta jadikanlah iman dan hikmah dalam hati mereka. Terbarkanlah kepada mereka pemenuhan janji yang telah Engkau janjikan kepada mereka; menangkanlah mereka atas musuh-musuh-Mu dan musuh-musuh mereka. Duhai tuhan segala kebenaran, jadikanlah kami di antara mereka.

Wahai Rabb Yang mempunyai seluruh kerajaan, Engkaulah yang memberikan kerajaan kepada siapa saja yang Engkau kehendaki; Engkau cabut kerajaan dari siapa saja yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan siapa saja yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa saja yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mulah segala kebajikan itu berada. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka tunaikanlah ya Rabb, apa yang telah Engkau janjikan kepada orang-orang yang telah beriman dan beramal soleh bahawa Engkau sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Engkau telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Engkau akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Engkau redhai untuk mereka, dan Engkau benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Amin.


--------------------------------------------------------------

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur. ( Al-A`raf : 10 )

Saturday, January 07, 2006

Takut

Sifat takut hanya akan wujud dengan ilmu dan keyakinan. Jika ilmu ilmu yang dimiliki itu tidak diyakini dengan sepenuh hati , maka sifat takut tidak akan wujud. Tindakan terhadap maklumat yang dimiliki juga tidak akan wujud.

Contohnya jika kita diberitahu di dalam suatu lubuk terdapat seekor buaya yang ganas. Jika kita tidak yakin dengan maklumat yang diberikan itu, maka sudah tentu kita dengan selamba dan tanpa was-was akan mandi di kawasan tersebut. Tetapi jika kita yakin terhadap maklumat yang kita terima itu sudah pastilah kita tidak akan mandi di kawasan tersebut dan menjauhkan diri dari kawasan itu. Atau kita yakin dengan maklumat yang diberi tetapi kita tetap mahu mandi di kawasan tersebut. Itu bermakna kita mahu mencabar orang yang memberi maklumat dan juga mencabar sang buaya.

Persoalannya mengapa di kalangan umat manusia yang cinta akan kemaksiatan. Kenapakah masih banyak makhluk Allah yang bernama insan tidak takut dengan Allah SWT? Terdapat beberapa analisa kepada persoalan ini :

1. Ada di kalangan manusia yang tidak berilmu. Dia tidak tahu melakukan dosa dan maksiat itu dibenci oleh Allah. Dia juga tidak tahu balasan kepada perlakuan dosa ialah api neraka. Oleh itu golongan ini melakukan maksiat atas dasar kejahilan. Golongan seperti ini perlu menuntut ilmu. Hanya dengan ilmu yang diyakini dan dipraktikkan sahaja, maka golongan ini akan terselamat dari kemurkaan Allah azzawajalla. Allah SWT berfirman kepada golongan ini; ”Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan sifat jahil, kemudian mereka segera bertaubat. Dengan adanya sifat tidak tahu dan segera bertaubat itu, maka Allah menerima taubatnya, Allah itu mengetahui lagi bijaksana” (An-Nisa’:17)

2. Ada di kalangan manusia itu yang berilmu. Dia tahu apa yang dilakukan itu merupakan dosa. Dia juga tahu bahawa balasan terhadap pelakuannya adalah kemurkaan Allah SWT. Allah akan menghumbannya ke dalam neraka lantaran kedegilannya itu. Tetapi dia tetap melakukan dosa. Dosa yang dilakukannya berulang-ulang kali tanpa ada rasa sedikit pun bersalah kepada Allah. Golongan ini melakukan maksiat kerana dua sebab; yang pertama kerana dia tidak yakin dengan maklumat yang diterima. Oleh sebab itu dia terus bergelumang didalam kemaksiatan. Manusia seperti ini dikatakan tidak beriman, kerana dia tidak yakin dan tidak percaya perkhabaran yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasul.

Sebab yang kedua mengapa golongan ini melakukan dosa adalah sengaja mahu mencabar Allah. Dia tahu bahawa Allah murka kepada manusia yang melakukan kemaksiatan. Tetapi dia tetap melakukannya kerana berhasrat untuk mencabar Allah. Manusia seperti ini ialah manusia kafir iaitu yang engkar kepada Allah SWT. Allah memberi peringatan kepada golongan ini “Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan. Hingga apabila salah seorang daripada mereka hamper mati, dia berkata “ Sesungguhnya sekarang ini aku bertaubat” Sedangkan taubat itu sudah terlambat. Dan begitulah juga halnya manusia yang mati dalam keadaan mereka tetap kafir. Bagi golongan manusia seperti itu, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (An-Nisa’:!8)
Wallahu ‘alam …..

Sumber : Artikel Milenia Muslim, Disember 2005.

--------------------------------------------------------------

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan dimasukkan oleh Tuhan mereka ke dalam rahmatNya; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (Al-Jaathiyah : 30)

Monday, January 02, 2006

PADI

Terasa lama sungguh tidak mencoret di dalam blog ini, sedih juga bila sekali sekala berkesempatan membuka blogku yang agak gersang tanpa pengisian. Tugasan yang tak kunjung habis sejak dari lewat Syaban hingga kini membuat diri tidak menang tangan untuk menulis. Dikesempatan ini diriku ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat dan juga pembaca-pembaca blogku dan juga individu-individu yang mengemailku yang mana tidak sempat kujawab.

Alhamdulillah, mungkin tugasan akan beransur berkurangan sedikit selepas ini, walaubagaimanapon sudah kedenganran satu projek yang menarik yang bakal kunjung tiba pada tahun 2006, berkemungkinan besar awal 2006, insyaAllah. LOI sudah berada di tangan dan sekarang ini kami menanti LOA nya pula.

Terasa rindu sangat hendak menulis, tetapi kekangan masa membuat diriku tidak berkesempatan untuk mencoret panjang, alhamdulillah kata-kata dalam sebuah artikel yang kubaca terus ku semat dalam dada untuk menjadi peringatan buat diriku yang sentiasa lupa. Antara kata Ust Hasrizal dalam artikelnya, kalau hendak menulis, si penulis hendaklah banyak membaca, bila si penulis banyak membaca barulah dia tahu apa yang hendak ditulis.

Bukan lah niat ku untuk bertukar arah dari seorang project engineer untuk menjadi penulis, bagiku dalam menulis di dalam blog pon kita hendaklah mempunyai ilmu untuk menyampaikan kepada pembaca, walaupon blogging adalah lebih kepada cetusan rasa seorang penulis atau boleh juga kita katakana diari online, walaubagaimanapon kadang-kala ada eloknya seorang blogger menyelitkan unsur ilmiah dalam penulisannya. Ini hanya buah fikiranku, terpulang kepada individu pemilik blog untuk menulis apa yang dikehendakinya.

Jika hendak dikongsikan segala pengalaman tugasanku selama hampir 4 bulan mungkin tidak terkata untuk kucoretkan disini.

Tapi dikesempatan ini ingin kukongsikan satu pengalaman kerja yang kuperolehi sekitar November lepas, pengalaman yang ku kira menjadikan diriku agar lebih bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah.

Pengalaman berada di Coal Yard area Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz membuatkan diriku seharusnya berasa berterima kasih kepada PADI (Pekerja Asing Dengan Izin). Pengalaman yang mengajarku jika bekalan elektrik terputus janganlah cepat mengeluh, sewajarnya kita harus bersabar tanpa mengeluh dengan dugaan terputus bekalan elektrik.

PADI menupakan golongan majority di kawasan Coal Yard area, mungkin kalian tahu apa itu Coal Yard area. Inilah kawasan yang paling kotor dan kawasan yang paling tidak sihat untuk bekerja jika anda bertugas di Stesen Janakuasa. Arang batu yang terlalu kecil boleh membuat individu yang bekerja di kawasan ini mengalami kesan-kesan sampingan.

Kawasan yang penuh dengan debu-debu hitam. Tidak ramai orang-orang kita yang mahu bekerja dikawasan ini, dengan keadaannya yang tidak menyelerakan untuk bekerja membuatkan ramai orang tempatan tidak gemar dengan kerja-kerja ini.

Pengalaman memasang Sistem CO2 membuatku berpeluang kekawasan ini dengan lebih dekat, bukan tidak biasa dengan kawasan ini, Cuma kali ini diriku berpeluang untuk tampil lebih dekat ke kawasan ini yang sememangnya kurang hygienic.


Kulihat, PADI bekerja untuk memperolehi rezeki, ku lihat kegigihan mereka bekerja walaupon keadaan kawasan ini sangat merbahaya. Sewajarnya kita berterima kasih kepada mereka, sewajarnya kita tidak mengeluh jika bekalan elektrik yang terputus hanya beberapa seketika.

Ya keputusan bekalan elektrik bermakna kerugian berjuta malahan berbillion ringgit mungkin, tapi bagi syarikat yang tahu akan kepentingan bekalan elektrik ini tidak seharusnya bergantung 100% kepada apa yang dibekalkan, sewajarnya mereka mengadakan back up electric generator. Jika rumah kita terganggu bekalan elektrik dan jika kita tidak mahu bekalan terganggu ada baiknya kita letakkan genset di rumah kita. Tapi jika bekalan elektrik terputus beberapa minit janganlah kita mengeluh jika kuta tidak mampu menyediakan genset.

Sudah sewajarnyalah kita berterima kasih kepada golongan yang bekerja untuk kemudahan ini, Allah tempatkan mereka di bumi Malaysia untuk menyediakan perkara-perkara asas kita, dan wajiblah kita beryukur akan nikmat Allah ini. Allah menempatkan mereka di sini untuk mereka bekerja dan memudahkan kita. Kita sering terlepas pandang dengan perkara ini.

Seperkara lagi perkara yang benar-benar menarik perhatian ku sebulan yang lalu adalah isu Wahabi yang digembar-gemburkan oleh pihak media yang tidak bertanggungjawab secara tidak adil dan membabi-buta tanpa ada asas rujukan yang sahih.

Siap letak di front page lagi tu, apa motifnya pon den tak paham.

Dalam mencari ilmu kita perlu bersikap adil terhadap ilmu, kita perlu adil dalam ilmu yang digapai.

Mungkin akhbar itu tidak menulis nama tokoh2 ilmuwan yang terlibat tapi secara tidak langsungnya pemerhati-pemerhati sepertiku tahu siapa yang dimaksudkan oleh pihak akhbar berkenaan.

Tapi apa yang pasti tulisan mereka di akhbar bulih ku kira sebagai tidak berkualiti yang tidak ada nilai-nilai rujukan, mungkin mereka hanya menulis dengan hanya mendengar apa yang orang cerita kepada mereka tapi mereka sendiri tidak pernah pergi kepada orang yang didakwa dan mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

Sepanjang pemerhatianku, tidak pernah tokoh2 yang mereka dakwa begitu dan begini mengungkai kata-kata yang media perkatakan. Jelik dan kelakar bila pihak media mengatakan golongan ini tidak membenarkan berzikir, jika perkara ini berlaku bermakna golongan ini telah menidakkan Kalamullah, mana mungkin ASWJ menidakkan Kalamullah yang terang-terang nasnya dalam al-Quran menceritakan tentang kehebatan zikrullah.

Penulisan media menimbulkan kekeliruan kerana tidak ada unsur penyelidikan, sudah menjadi keharusan bagi pihak media mencari kebenaran sesuatu perkara dengan meneliti sesuatu perkara dengan kemas, perkara-perkara aqidah ini tidak sewajarnya ditulis tanpa ada penyelidikan yang adil, ditakuti menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat.

Wallahu ‘alam …..

--------------------------------------------------------------

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.(Al-Israa':30)