Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Friday, January 28, 2005

Rasakan Kelazatan Persaudaraan


"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah SAW melalui Anas r.a, "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan
seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah SAW dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka Sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." (Al-Hujurat : 10) Sementara itu, Rasulullah SAW bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keEsaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?


Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.

Artikel diperolehi dari admin raudhah.com

--------------------------------------------------------------
" Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
" (Al-Qasas : 73).

Wednesday, January 26, 2005

Mencuba Bloglet


Hari nie sebelum balik, terasa ingin mencuba satu features baru untuk blog ana. Cuba pakai bloglet.com untuk letakkan satu item yang membolehkan pembaca-pembaca blogku melanggan blogku.

Cewah….
Macam glamer aje kan?
Secara peribadinya ana rasa features nie agak menarik untuk dicuba.
Dengan cara ini kita bulih memastikan bila sahabat2 blogger kita mengupdate blognya. Dan ana juga ada mengsubscribe beberapa blog sahabat.

Marilah cuba dan marilah mensubscribe blog ana. TQ.


Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. " (Ali Imran : 104).

Email


Kenapa ya kadang-kala terdetik di dalam hati kita apabila ada insan-insan yang mengforward email-email berunsur dakwah yang kita telah familiar kita akan berkata di dalam hati kecil, argh!! Aku pernah dapat dah email nie, takpo lah takyah lah baca. Dah pernah baca.

Kita sewajarnya bersyukur kerana masih ada insan-insan yang sudi berkongsi ilmu mereka walaupon sedikit. Kita wajar bersyukur kerana masih ada orang yang mahu menyampaikan kebaikan kepada kita. Tapi kenapa kita memandang remeh akan usaha-usaha mereka. Kenapa kita memandang usaha mereka sebagai kecil dan tidak membawa impak yang besar dalam diri individu yang menerimanya? Sebenarnya semuanya bermula dengan hati. Jika hati kita menerima sesuatu itu dengan rasa gembira dan terbuka, insyaAllah kita akan berasa seronok dengan peringatan dari sahabat-sahabat kita.

Bagi diriku, pengulangan pembacaan merupakan suatu yang berfaedah, kita dijadikan Allah dengan adanya sifat pelupa. Jadi ada baiknya sahabat-sahabat mengingatkan kita. Pembacaan yang dilakukan berulang kali akan menjadikan bahan yang dibaca tertanam di dalam jiwa kita.

Kepada sahabat-sahabat yang sering menghantar email-email, sms-sms mahupon offline YM message tazkirah kepada ana, ana dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Peringatan kalian amat dihargai. Teruskan usaha murni kalian.

Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. " (Ali Imran : 104).

Presentation


It was a horrible presentation by me during my Decision Making class just now. Even though it was a group presentation, I would rate my presentation as the worst among my group members. Alhamdulillah, I got two great group members.

Why do this happen? I reckon it was my mistakes. I was not really prepare, during my undergrad years presentation is a task that will put enormous pressure for us as a student. In order to perform well in the presentation normally we’ve been preparing for the best. Sometimes it takes us several days to practice and practice to ensure everything run smoothly.

Alhamdulillah, I have a good lecturer. A very supportive lecturer, that do not put much pressure on their student. It was just me to be blame for not being really prepared. InsyaAllah, for the incoming presentation I will not create the same mistakes.

Waktu kelas tadi ana ada terima sms yang agak mengejutkan dari seorang kawan yang berbangsa Batak (bukan beragama Islam). Kami sama-sama belajar di di Kolej Mara Banting dan Universiti Tenaga Nasional dahulu. Dia membawa perkhabaran bahawa ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Satu perkhabaran yang agak mengejutkan. Dan petang tadi seorang Blogger ada menghantar offline msg yang menyatakan onyangnya (taraf moyang) yang tinggal berjiranan di rumahnya telah kembali ke rahmatullah menghadap Pencipta alam. Al-Fatihah untuk moyangnya.

Betapa kematian itu suatu yang tidak dijangka. Suatu yang hampir dengan kita. Baru malam hari raya ari tu diriku menelefon kawanku yang berbangsa batak itu setelah lama tidak menghubunginya. Sempat ku bertanya khabar orang tuanya. Dan dia menyatakan orang tua nya sihat. Tadi dapat sms dari dia mengatakan ayahnya sudah tiada. Terkejut dan sedih melihatnya. Moga beliau tabah.

Posting ditulis malam tadi, tapi tak berpeluang untuk diuploadkan. Di siang hari baru berpeluang untuk mengupload. Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). (Al-Qasas :56)

Tuesday, January 25, 2005

Manhaj Pertengahan dan Meninggalkan Sikap berlebihan dalam Agama.


Di antara hal yang harus dijaga untuk menyatukan barisan para aktivis Islam atau mengurangkan pergeseran sesama mereka ialah mengikuti manhaj ‘pertengahan’, yang mencerminkan tawazun (keseimbangan) dan keadilan, jauh dari sikap berlebihan atau mengurangi ajaran. Umat Islam ialah umat pertengahan dalam semua hal. Agama Allah, seperti dikatakan oleh salaf berada di antara sikap berlebihan dan kurang mempedulikan.

Imam Ali (r.a) berkata: “Hendaklah kamu berpegang kepada sikap pertengahan. Dengan sikap ini orang yang tertinggal harus menyusul dan orang yang berlebihan harus mundur”. Pertengahan merupakan orbit di mana tempat kembali bagi pihak-pihak yang telah jauh menyimpang ke kiri atau ke kanan.

Allah kerap mengingatkan kita agar sikap pertengahan iaitu jalan lurus pada setiap kali kita membaca surah al-Fatihah di dalam solat: “Tunjukilah kami jalan yang lurus” (Al-Fatihah : 6) Pertengahan ialah apa yang disebut oleh Allah di dalam firman Nya: “Inilah jalan Tuhanmu: (jalan) yang lurus” (Al-An’am : 126). Allah memerintahkan untuk mengikuti jalan yang lurus agar kalimat kita bersatu. Bukan mengikuti jalan atau sistem yang diserukan oleh manusia atau jin, baik yang berasal dari Barat mahupun Timur yang condong ke kiri ataupun kanan. Allah mengakhiri sepuluh wasiat dari surah al-An’am dengan firman Nya: “Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa”(Al-An’am :153)

Imam Ahmad di dalam musnadnya meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud (r.a), ia berkata: Rasulullah (s.a.w) membuat satu garis lurus dengan tangannya kemudian baginda bersabda: “Ini adalah jalan Allah yang lurus, kemudian membuat garisan di sebelah kanan dan kirinya lalu berkata: Setiap jalan dari jalan-jalan ini terdapat syaitan yang mengajak kepadanya lalu Nabi (s.a.w) membaca ayat tersebut di atas”. Disebutkan di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Jabir (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) meletakkan tangannya di “garis tengah” tersebut kemudian membaca ayat yang disebutkan tadi.

Ibnu Katsir menyebutkan dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: “Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Nya” dan firman Nya : “...tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya” (As-Syura : 13), ia berkata: Allah memerintahkan kaum mukminin untuk berjamaah dan melarang mereka berselisih serta berpecah-belah. Kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka bahawa umat-umat terdahulu binasa kerana perdebatan dan perbalahan di dalam agama Allah. Ibnu Katsir berkata: Perkataan seperti itu juga dikatakan oleh mujahid dan ulama lainnya.

BINASALAH ORANG-ORANG YANG BERLEBIHAN

Di antara hal yang perlu disebutkan dalam kaitannya dengan mengikuti jalan tengah ini ialah meninggalkan sikap berlebih-lebihan dalam agama. Sikap ini merupakan faktor terpenting bagi tercapainya persatuan dan keakraban sesama aktivis Islam. Sikap berlebih-lebihan akan mengakibatkan kehancuran sebagaimana disebutkan Nabi (s.a.w) kepada para sahabatnya. Dari Ibnu Mas’ud (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan”(HR Muslim) Tiga kali Rasulullah (s.a.w) menyebutkan hadis ini sama ada sebagai berita tentang kehancuran mereka ataupun sebagai doa untuk kehancuran mereka.

Orang-orang yang berlebih-lebihan ini, seperti dikatakan oleh Imam Nawawi, ialah orang-orang yang ucapan dan perbuatan mereka terlalu dalam dan melampaui batas.

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud: “Jauhkanlah dirimu dari berlebih-lebihan (tanaththu’) dan perpecahan” yakni berlebih-lebihan dalam membaca berbagai macam qira’at (An Nihayah, Ibnu Atsir, 5/74, terbitan Isa Al-Halabi, Tahqiq Ath Thanahi)

Ulama lain mengatakan: “Yang dimaksudkan orang-orang yang berlebih-lebihan ialah orang yang berlebih-lebihan dalam ibadah mereka sehingga keluar dari tatacara syari’at dan mengikuti bisikan keraguan syaitan”. Dikatakan: Mereka ialah orang yang terlalu dalam menanyakan perkara-perkara pelik yang jarang terjadi. Di antaranya terlalu banyak menyebutkan cabang-cabang suatu permasalahan yang tidak ada dasarnya di dalam al-Qur’an ataupun as-Sunnah. Permasalahan yang sebenarnya jarang terjadi tetapi terlalu banyak perhatian yang diberikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dari itu ialah membahas masalah-masalah tertentu yang kita diperintahkan syariat untuk mengimaninya tanpa mencari ‘bagaimana’nya. Di antaranya membahas sesuatu yang tidak punya bukti seperti pertanyaan tentang hakikat hari kiamat, ruh dan sebagainya.

Ulama yang lain berkata: Contoh berlebih-lebihan ialah memperbanyakkan pertanyaan sehingga orang yang ditanya memberikan jawapan ‘tidak boleh’ setelah sebelumnya memfatwakan “boleh”. Kesemuanya ini termasuk kesusahan (haroj) yang telah dijauhkan Allah dari agama Islam. Islam adalah agama yang didasarkan kepada prinsip “memudahkan bukan menyulitkan dan memberikan khabar gembira bukan membuatkan orang lari”.

Sabda Nabi (s.a.w) dari Ibnu Abbas: “Jauhkanlah diri kamu dari berlebih-lebihan dalam agama kerana orang-orang sebelum kamu hancur hanya sebab berlebih-lebihan dalam agama” (HR Ahmad, Nasa’I, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

Sikap berlebih-lebihan dalam agama ini akan mendorong kepada sikap menyulitkan masalah-masalah kecil dan bersempit dada kepada setiap orang yang berbeza pendapat. Sebaliknya sikap toleransi dan keterbukaan adalah satu faktor tumbuhnya keakraban dan persatuan.

Semangat inilah yang menjadikan para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, dapat mentoleransikan perbezaan-perbezaan dalam masalah juz’iah dan tidak bersempit dada terhadap pendapat mereka yang berbeza.

Bahkan mereka mengelak diri dari orang-orang yang sengaja sibuk mencari masalah-masalah kecil (perbezaan furu’). Mereka menolak pertanyaan-pertanyaan yang tidak akan melahirkan satu manfaat kecuali kesulitan dan permasalahan besar.

Al-Qur’an sendiri mengingatkan akan prinsip ini dalam ayat berikut: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu al-Qur’an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun” (al-Maidah : 101)

Nabi (s.a.w) juga melarang banyak bertanya yang akan mengakibatkan kesulitan dan keberatan atas kaum muslimin. Sabdanya: “Orang Muslim yang paling besar kesalahannya ialah seseorang yang menanyakan sesuatu yang tidak diharamkan kemudian kerana pertanyaannya sesuatu itu menjadi diharamkan”(HR Bukhari)

“Janganlah engkau tanyakan kepadaku sesuatu yang aku biarkan untuk kamu kerana orang-orang sebelum kamu hancur hanya kerana banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka dengan para Nabi mereka. Apabila aku melarang kamu dari sesuatu maka jauhilah dia dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu maka lakukanlah mengikut kemampuan mu dan jika aku mencegah kamu dari sesuatu maka tinggalkanlah ia." (HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Hadis ini mengisyaratkan tentang Bani Israil dalam kisah penyembelihan lembu dan pertanyaan mereka yang berlebih-lebihan. Bagaimana bentuknya? Bagaimana warnanya?Dan sebagainya. Sekiranya mereka terus menyembelih lembu yang mana saja setelah diperintahkan kali pertama, itu sudah tentu cukup. Tetapi mereka mempersulitkan diri maka Allah pun mempersulitkan mereka.

Anas (r.a) meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w)pernah ditanya oleh para sahabat dengan pertanyaan yang bertubi-tubi sampai membuat Rasulullah (s.a.w) marah. Kemudian beliau naik mimbar lalu bersabda: “Janganlah kalian bertanya tentang sesuatu kepadaku hari ini kecuali apa yang telah aku jelaskan kepada kalian”. Anas (r.a) berkata: “Kemudian aku layangkan pandangan ke kanan dan ke kiri tiba-tiba setiap orang mengusap mukanya dengan pakaiannya kerana menangis. Kemudian Umar (r.a) bangkit lalu berkata: “Kami telah redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai Agama dan Muhammad sebagai Rasul. Kami berlindung kepada Allah dari fitnah” (Mutafaq ‘alaih)

Peristiwa ini menjadi pelajaran berharga bagi para sahabat sehinggakan selepas itu mereka tidak lagi bertanya kecuali hal-hal yang memang patut ditanyakan. Hal ini nampak dari pertanyaan-pertanyaan mereka kepada Nabi (s.a.w) yang dicatat oleh al-Qur’an, tidak lebih dari tiga belas pertanyaan yang sebahagian besar berkenaan dengan masalah-masalah praktis.

Demikian juga jawapan mereka terhadap setiap pertanyaan yang diajukan. Mereka selalu memberikan jawapan yang memudahkan, tidak menyulitkan, memberi khabar gembira, tidak membuat orang lari sebagaimana wasiat Rasulullah (s.a.w) kepada mereka.

Prinsip umum yang dianut oleh para sahabat (r.a)ialah tashil (memudahkan) dan usamahah (toleransi) dalam masalah furu’iah. Mereka menghindari kajian yang rumit dan terlalu mendalam, sehingga tidak membuat kemudahan menjadi kesulitan dan kelapangan menjadi kesempitan. Padahal Allah telah meniadakan hal itu dari agamaNya: "Dan tidaklah Dia menjadikan untuk kamu suatu kesempitan dalam agama”(Al-Hajj : 78)

Al-’Allamah ad-Dahlawi di dalam kitabnya Hujjatullahi al-Balighah menjelaskan kemudahan dan kesederhanaan para sahabat dalam memahami dan mengamalkan Islam ini. Katanya: “Rasulullah (s.a.w) melakukan wudhu dengan disaksikan oleh para sahabat kemudian para sahabat mengikuti tanpa dijelaskan bahawa ini rukun dan itu sunnah. Rasulullah (s.a.w) solat dengan disaksikan oleh para sahabat kemudian mengikut cara solat sebagaimana yang mereka lihat. Rasulullah (s.a.w) melaksanakan haji kemudian mereka pun melaksanakan haji sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Demikian hampir seluruh amaliah Rasulullah (s.a.w). Beliau tidak menjelaskan bahawa fardhu wudhu ada enam atau empat. Juga tidak sehingga dinyatakan sah atau batal. Demikian pula para sahabat. Jarang sekali mereka bertanya tentang hal-hal semacam ini.

Dari Ibnu Abbas (r.a), ia berkata: “Aku tidak melihat suatu kaum yang lebih baik dari para sahabat Rasulullah(s.a.w). Mereka tidak pernah bertanya kepadanya kecuali tentang tiga belas masalah sehingga Nabi (s.a.w) meninggal. Ketiga belas masalah itu semuanya tersebut di dalam al-Qur’an di antaranya: “Mereka bertanya kepada mu tentang berperang di bulan haram”. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar”(Al-Baqarah : 217)

Ibnu Abbas berkata: “Mereka tidak pernah bertanya kepadanya kecuali tentang sesuatu yang bermanfaat bagi mereka”. Ibnu Umar berkata: “Janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak terjadi kerana aku pernah mendengar Umar bin Khatab melaknati orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak terjadi”. Al-Qasim berkata : “Sesungguhnya kalian bertanya tentang sesuatu yang tidak kami ketahui dan mengkaji terlalu mendalam hal-hal yang tidak pernah kami kaji. Kalian bertanya tentang banyak hal yang tidak aku ketahui. Seandainya telah diajarkan kepada kami tentang hal-hal itu, pasti kami tidak boleh menyembunyikannya”. Dari Ubaidah bin Yasar al-Kindi, ia ditanya tentang seorang wanita yang meninggal di tengah suatu kaum yang tidak mempunyai wali (pemimpin), lalu ia menjawab: “Aku belum pernah lihat suatu kaum yang menyulitkan diri seperti kalian dan bertanya seperti pertanyaan kalian”.

Artikel Oleh;
Dr Yusuf al-Qardhawi
Fiqh Ikhtilaf : Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam yang dibenarkan dan dilarang


--------------------------------------------------------------
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). (An-Nisaa' : 31)

Masjid Rembau



Solat Sunat Idul 'Adha tahun ini kami tunaikan di Taman Guru. Pada mulanya plan hendak pulang ke Pedas pada awal pagi raya, tapi perubahan jadual plak dilakukan oleh abah pada minit-minit akhir.

Perjalanan pulang ke Seremban semalam pon bulih tahan juga ujiannya. Percaya atau tidak, Bangi-Seremban mengambil masa 2 1/2 jam. Itulah realitinya, macam 2 tahun lepas jugak keadaan trafiknya di malam raya tahun ini. Terpaksa pulang lewat sedikit pada malam raya tempoh hari kerna ado paper yang nak diuruskan. A bit tough.

Alhamdulillah....selesai solat Idul Adha, balik ke Pedas pula. Ramai jugak family tahun nie yang duk berkampung di rumah arwah Wan. Seusai solat Jumaat jumpa Hakim di Masjid Jamek An-Nur, Rembau. Memang dah diplan pon kan Kim. Salam perkenalan Kim. Moga ukhuwah terus terjalin.

Dalam minggu lepas juga, adik den aka doBot poie membeli kamera barunya. Kamera lama nya telah uzur dan tidak berupaya beroperasi pada kadar yang optimum. :D

Mula-mula kami pi kedai kamera memang dalam hati dah nak beli Ixus 30, tapi bila sampai di kedai kami dapati ada good bargain, Konica-Minolta. 5.0 MP. Adik den boli lah. Macam ni lah ghupa kamera adik den. Moga kamera yang nie bulih lah bertahan lebih lama.



--------------------------------------------------------------
"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan - itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan - itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan - itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan - itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji." "Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."
-Imam Hassan al-Banna -

Thursday, January 20, 2005

Malaysia - 9 Zulhijjah, Saudi - 10 Zulhijjah


Assalamualaikum warahmatullah …

Khutbah terakhir Junjungan Besar Muhammad SAW memang selalu dibaca dan dijadikan pedoman oleh kita oleh umat Islam keseluruhannya.
Bagi diriku tidak menjadi satu yang berat untuk dibaca berulang kali, kerana setiap pembacaan yang dilakukan insyaAllah kita akan lebih memahami dan mengingati pesanan Baginda SAW.

Dulu diriku pernah mengdesign khutbah ini dalam bentuk bunting sewaktu berkerja di Seremban dan alhamdulillah khutbah yang telah siap diprint ada juga yang dapat diberikan pada sahabat2 secara percuma, tapi tak banyaklah yang dapat den berikan secara percuma.

Mari kita sekali lagi renungkan pesanan Baginda SAW. Di sini hanya dilampirkan isi khutbah Baginda SAW. Peringatan Khutbah ini diberikan oleh sahabat seupisku. Tq Zaid.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan."

“Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini."

“Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci."

“Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

“Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi."

“Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

“Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang."

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu."

“Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil."

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu."

“Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."

“Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."

“Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu."

“Kerjakanlah ‘ibadat haji’ jika kamu mampu."

“Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain."

“Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh."

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan."

“Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

“Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru."

“Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu."

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya."

“Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain."

“Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku."

“Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu.”

Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.

Nota kaki;
- Dikesempatan ini ingin mengucapkan Salam ‘Idul Adha kepada sahabat2 yang mengunjungi blogku dan juga muslimin dan muslimat seluruh dunia.
- Kullu 'Amm wa Antum bi Khair..
--------------------------------------------------------------
"Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu)." (Al-‘Anfaal:40)

Wednesday, January 19, 2005

Bro HF - Memintas Fiqh Lintasan Agama


Assalamualaikum Warahmatullah ...
Hari nie terasa ingin berkongsi artikel tulisan Bro Hafiz Firdaus lagi yang terdapat dalam majalah i bulan ini. Menarik juga untuk dicerna artikel ini agar kita lebih bersedia menghadapi golongan orang2 yang mendukung manhaj Islam Liberal nie. Personally, I admire Bro Hafiz Firdaus, the way he think and put his idea on paper is superb(alhamdulillah). He regenerate his reader minds to think like he do. Syukran Saudara HF.

SALAH satu daripada dasar utama aliran Islam Liberal ialah fahaman semua agama adalah sama. Fahaman ini masyhur dikenali di sisi mereka sebagai Fiqh Lintas Agama, yang bermaksud kefahaman yang menghubungkan semua agama. Sebelum ini dalam artikel yang berjudul Kerukunan, Bukan Kesamaan Antara Agama (Majalah i edisi Ogos 2004), penulis telah mengemukakan dalil dalil al Quran bahawa Islam tidak mengiktiraf semua agama sebagai sama. Yang diiktiraf oleh Islam hanyalah kehidupan aman damai di antara pemeluk-pemeluk agama yang berlainan.

Tulisan ini cuba memintas, yakni menganalisa dan menjawab beberapa ayat al Quran yang lazim dijadikan hujah oleh tokoh-tokoh Islam Liberal untuk membenarkan fahaman Fiqh Lintas Agama yang mereka bawa. Ayat paling masyhur yang mereka peralatkan ialah firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya orang orang yang beriman, dan orang orang Yahudi dan orang orang Nasrani, dan orang-orang Shabi’en, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) Hari Akhirat serta beramal salih, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”(al Baqarah : 62)

Berdasarkan ayat ini tokoh-tokoh aliran Islam Liberal mendakwa semua penganut agama seperti kaum Yahudi, Nasrani (Kristian), Shabi'en dan Islam adalah sama dan benar. Dalam konteks yang lebih luas tambah mereka agama lain seperti Buddha, Hindu dan sebagainya adalah juga sama lagi benar. Para penganutnya boleh dipanggil sebagai orang yang beriman dan mereka akan peroleh pahala atas setiap amal salih yang mereka kerjakan. Demikian hujah tokoh tokoh aliran Islam Liberal terhadap ayat di atas.

Sejauh manakah kebenaran hujah mereka? Marilah kita mengkaji secara mendalam kedua-dua ayat di atas. Ayat tersebut menyentuh tentang empat umat. Umat yang pertama adalah "orang orang yang beriman" yang bermaksud umat Muhammad s.a.w.. Mereka disebut sebagai "mukminin (beriman)" kerana keimanan mereka yang besar lagi kuat. Lebih dari itu mereka juga beriman kepada seluruh para nabi yang terdahulu dan kepada hal-hal ghaib yang akan terjadi. Bagi mereka ganjaran pahala terhadap segala amal salih yang mereka kerjakan, tiada kebimbangan kepada mereka dalam kehidupan ukhrawi yang akan datang (Hari Akhirat) serta tiada kesedihan kepada mereka. dalam kehidupan duniawi masa kini. Demikian terang al Imam Ibn Katsir rahimahullah (774H) [Muhammad Nasib al Rifa'iy Taysir al ‘Ali al- Qadir li Ikhtisar Tafisir ibn Katsir (Maktabah al Ma'arif, Riyadh 1989)

Umat kedua adalah kaumYahudi yang merupakan umat Nabi Musa 'alahissalam manakala umat yang ketiga adalah kaum Nasrani yang merupakan umat Nabi Isa 'alahissalam. Umat keempat adalah kaum Shabi’en. Para ahli tafsir memiliki beberapa pendapat tentang siapakah mereka. Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menerangkan bahawa mereka adalah satu kaum yang pada awalnya menyembah pelbagai patung. Lalu kemudian sampai agama Nasrani di tengah tengah mereka sehingga akhimya mereka terbahagi kepada dua golongan, yang pertama adalah mereka yang berada di atas agama yang benar (hanif) serta mentauhidkan Allah manakala yang kedua adalah mereka yang syirik kepada Nya. [al-Raad ‘ala al-Manthiqiyyin] (Dar al Ma’refah, Beirut).

Tujuan Allah SWT menurunkan ayat 62 surah al Baqarah dapat difahami dengan mengkaji ayat-ayat sebelumnya di mana Allah telah menerangkan sikap tercela umat-umat tersebut yang enggan beriman dan beramal dengan ajaran tulen yang dibawa oleh nabi-nabi mereka.Namun di sebalik sikap yang tercela itu Allah menerangkan bahawa di kalangan mereka terdapat sebahagian yang tetap beriman dan beramal soleh berdasarkan ajaran tulen yang dibawa oleh nabi masing-masing. Kepada mereka inilah Allah akan berikan ganjaran pahala, terhadap segala amal soleh yang mereka kerjakan serta tiada kebimbangan kepada mereka dalam kehidupan ukhrawi mahupun kesedihan dalam kehidupan duniawi. Adapun pada masa setelah pengutusan Muhammad SAW, sebagai Rasul Allah yang terakhir, tiada lagi pilihan kepada. kaum kaum ini kecuali mengikut ajaran Islam yang dibawa, oleh Baginda. Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.” (Al 'Imran: 191) "Dan siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada Hari Akhirat kelak dari orang orang yang rugi." (Al-‘Imran :85)

Beza Yahudi, Nasrani dan Shabi’en dengan Orang Beriman.

Umat Yahudi, Nasrani dan Shabi'en tidak boleh dipanggil sebagai "orang yang beriman" kerana kedua-dua ayat di atas tidak memanggil mereka dengan gelaran sedemkian. Perhatikan terdapat pemisahan yang jelas antara permulaan ayat "Sesungguhnya orang orang yang beriman"dengan yang sesudahnya "dan orang orang Yahudi, dan orang orang Shabi’en, dan orang orang Nasrani”. Jelas bahawa ayat ini terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama adalah "orangorang yang beriman" yang hanya. khusus ditujukan kepada umat Muhammad s.a.w.. Yang kedua adalah umat Yahudi, Nasrani. dan Shabi'en, mereka disyaratkan kepada keimanan yang benar terhadap Allah dan Hari Akhirat serta beramal salih secara tulen sebagaimana yang diajar oleh nabi nabi mereka. Hanya apabila syarat syarat ini dipenuhi barulah mereka dapat dipanggil sebagal orang-orang yang beriman. Pada masa kerasulan Muhammad s.a.w., yakni ketika turunnya ayat 62 surah al-Baqarah, kebanyakan daripada mereka sudah memiliki iktikad yang menyeleweng manakala amalan mereka telah diubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri. Oleh itu mereka tidak lagi dianggap sebagai orang yang beriman kecuali segelintir kecil yang memeluk Islam setelah jelas kepada mereka akan kerasulan Muhammad.

Untuk memantapkan lagi kefahaman para pembaca, berikut dinukilkan tafsiran ayat 62 surah al-Baqarah daripada seorang tokoh ilmuwan yang terkenal di Timur Tengah, iaitu Syaikh Sa'id Hawwa rahimahullah(1989M). Beliau sendiri di tempatnya telah terdedah kepada fahaman Fiqh Lintas Agama, sekalipun ia di sana tidak dipanggil dengan nama tersebut, manhajnya tetap sama juga, iaitu kesamaan antara agama. Justeru dalam mengupas tafsiran ayat di atas, beliau bukan sahaja menerangkan maksudnya yang sebenar tetapi juga menjawab serta menolak tafsiran "kesamaan antara agama" yang didirikan daripada ayat tersebut. Syaikh Sa'id Hawwa dalam kitab tafsirnya al Asas fi al-Tafsir (Dar al-Salam, Kaherah, 1999), menulis;

"Antara yang sedia dimaklumi adalah sesuatu umat tidak mungkin seluruhnya terjebak ke dalam maksiat (derhaka kepada ajaran agama), pasti ada di antara mereka individu yang bersungguh-sungguh dalam ketaatan. Mereka tidak terpengaruh dengan pelbagai kekeliruan yang dilakukan oleh orang lain (daripada kaum mereka). Lalu bagaimanakah kedudukan mereka di tengah umat mereka? Bagaimana nasib mereka terhadap,hukuman duniawi dan ukhrawi padahal mereka melaksanakan hak Allah? Ayat ini (al Baqarah:62) menegaskan bahawa keutamaan Allah disempurnakan ke atas orang-orang seumpama mereka dalam setiap umat. Bagi mereka keselamatan daripada hukuman duniawi dan hukuman ukhrawi.

..... Wajib diketahui dengan jelas bahawa yang dimaksudkan dengan orang-orang yang disebutkan dalam ayat di atas(Yahudi, Nasrani dan Shabi'en) adalah orang orang yang beriman kepada Allah dan kepada Hari Akhirat dengan keimanan yang benar serta melaksanakan agama (sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, inilah maksud firman Nya):

....sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (bedman kepada) Hail Akhirat serta beramal salih ........

Agar tidak terjadi kekeliruan pemahaman, saya tegaskan bahawa sekarang tidak ada lagi orang yang akan selamat, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani, Shabi'en, Majusi ataupun yang lainnya kecuall apabila dia beriman kepada Muhammad s.a.w. atau jika belum sampal kepadanya dakwah (tentang Islam, di mana urusan mereka diserahkan kepada Allah). Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim (Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya): "Demi nyawaku yang berada di Tangan-Nya, tidaklah seorangpun daripada umat ini yang mendengar (dakwah) saya, baik dari kalangan Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia tidak beriman dengan yang aku ditutuskan dengannya (Islam) melainkan dia masuk penduduk neraka"

Berdasarkan ini, maka orang Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang Yabudi yang hidup sebelum Nabi Isa as yang tidak ikut mengerjakan maksiat, malah mereka bersungguh-sungguh dalam keimanan. Adapun orang Yahudi yang tidak beriman dengan Nabi Isa setelah baginda diutus maka dia tercela. Yang dimaksudkan dengan orang Nasrani (dalam ayat di atas) adalah orang Nasrani yang hidup sebelum kerasulan Muhammad SAW. Yang bersungguh-sungguh dengan keimanan mereka yang sahih serta mengerjakan amal salih dan mereka tidak,menyimpang karena mengikut penyimpangan manusia(orang lain). Adapom setelah kerasulan Muhammad s.a.w. maka seluruh orang Nasrani tercela, apabila mereka tidak memeluk agama Islam (termasuk juga orang Yahudi, kerana kedua-dua mereka, kaum Yahudi dan Nasrani adalah daripada kalangan Bani Israil). Demikianlah, juga dengan orang Shabi'en, mereka selamat sampai diutusnya Muhammad s.a.w, karena(sebelum itu) mereka, tidak ikut serta mengerjakan kesesatan yang dilalukan oleh kaumnya, adapun setelah kerasulan Whammad S.a.w. maka kesemua mereka Yang tidak beriman akan tercela, tegas Syaikh Sa'id Hawwa.

Timbul persoalan seterusnya, kenapakah ayat 62 surah al-Baqarah hanya menyebut keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat? Adakah memadai dengan dua keimanan ini sahaja? Pakar tafsir Indonesia masa kini Syaikh Muhammad Quraish Shihab menerangkan sebabnya:

"Pensyaratan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat seperti bunyi ayat di atas bukan bererti hanya dua rukun iman itu sahaja yang dituntut daripada mereka, akan tetapi (kerana) kedua-duanya adalah istilah yang biasa digunakan oleh al-Quran dan Sunnah untuk makna iman yang benar, dan mencakupi semua rukunnya. Memang akan menjadi sangat panjang apabila semua objek keimanan disebut satu demi satu. Rasulullah s.aw. dalam percakapan sehari-hari iannya sering menyebut sekadar keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Misalnya sabda baginda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia menghormati tetamunya." Di ketika yang lain baginda bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau (jika tidak, hendaklah dia) diam" dan masih banyak yang seumpama." [Tafisir al-Mishbah (Lentera Hati, Djuanda 2000)]

Al-Quran Tidak Mengkafirkan Orang Bukan Islam

Dalam usaha menegakkan fahaman Fiqh Lintas Agama, tokoh-tokoh Islam Liberal mendakwa bahawa apabila bercakap dengan kaum Yahudi dan Nasrani, al-Quran tidak memanggil mereka "Wahai kaum kafir..." tetapi memanggil mereka "Wahai Ahli Kitab". Demikian juga apabila bercakap dengan kaum penyembah berhala, al-Quran tidak memanggil wereka "Wahai kaum musyrik..." tetapi memanggil mereka "Wahai manusia..." Ini semua menunjukkan bahawa al-Quran tidak menghukum mereka kafir mahupun sebagai ahli neraka.

Ini adalah dakwaan yang salah. Memang benar bahawa apabila bercakap dengan kaum ahli kitab atau penyembah berhala, al-Quran memangil wereka sebagai "Wahai Ahli Kitab... , dan "Wahai manusia...". Semua ini tidak lain adalah kaedah hikmah dalam berdakwah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk."(al-Nahl : 125).

Jika kita memanggil orang yang ingin kita dakwah dengan gelaran yang bersifat negatif pasti ia akan menggagalkan usaha dakwah kita sejak daripada saat yang awal. Oleh itu al-Quran mengajar kita bahawa hendaklah dipanggil orang yang ingin kita dakwah dengan gelaran yang bersifat positif, guna melembut dan menjinakkan hati mereka ke arah Islam.

Walau bagaimanapun dakwaan, bahawa al-Quran tidak mengkafirkan kaum ahli kitab atau penyembag berhala adalah salah. Sila rujuk ayat berikut: "Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata." (al Bayyinah : 1) .Demikian juga dakwaan mereka bahawa kononnya al-Quran tidak menghukum kaum ahli kitab atau penyembah berhala dengan azab neraka. Sila rujuk ayat berikut. "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. " (al-Bayyinah :06).

Demikian penjelasan ringkas terhadap ayat al-Quran dan dakwaan yang lazim dikemukakan oleh tokoh-tokoh Islam Liberal. Tidak dinafikan bahawa masih terdapat beberapa ayat lain yang mereka pergunakan. Ape jua ayat yang digunakan, manhaj mereka tetap sama iaitu memperalatkan beberapa ayat yang sesuai dengan fahaman mereka sambil mengabaikan ratusan ayat lain yang bertentangan malah membatalkan fahaman mereka.

Sebenarnya fahaman Fiqh Lintas Agama hanya baru dari sudut nama manakala dari sudut manhaj ia sudah lama wujud. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para tokoh musyrik Kota Makkah juga cuba untuk "menyamakan" antara agama nenek moyang mereka dengan agama Islam yang dibawa oleh baginda. Terhadap percubaan ini Allah SWT telah menurunkan ayat berikut:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."(al-Kafirun : 1-6)

Ayat ayat surah al-Kafirun ini adalah sesuai dan tepat untuk semua tempat dan zaman, sama ada terhadap tokoh-tokoh musyrik Makkah di zaman Rasulullah s.aw. atau kepada tokoh-tokoh aliran Islam Liberal masa kini.


Nota kaki:
-Esok malam raya di Malaysia, tapi malam esok ana ada test, du'akan den mumtaz yo.
-Hakimmmmm .... I'm coming for you this Idul adha. insyaAllah.

--------------------------------------------------------------
" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." (Al-A'raaf:54)

Monday, January 17, 2005

Deep Impact launched


Assalamualaikum warahmatullah ….

Waktu tulis posting nie tengah injury time kat opis nie. Oleh yang demikian memang tidak berhajat untuk menulis panjang.

Mungkin ramai di antara kita yang pernah menonton filem propaganda US berjudul Armageddon dan juga Deep Impact.

Di sini sekadar ingin berkongsi maklumat yang diperolehi beberapa hari lepas. Cuma hari ini baru mendapat kepastian.

NASA melancarkan telah melancarkan kapal angkasa Deep Impact mereka pada 12 January 2005 pada 1347 EST.


Apa itu kapal angkasa deep impact, secara ringkasnya boleh dikatakan misinya adalah lebih kurang sama seperti cerita Armageddon. Depa nie nak pi korek komet Tempel 1 dan dijangka akan melepaskan impactornya pada 4th of July 2005. Nak jugak pada tarikh 4th of July, takde tarikh lain lagi ker?

Mari kita bersama-sama melihat resultnya nanti ya.

Untuk bacaan lanjut sila klik di link ini : Deep Impact launched

Wallahu 'alam ..... Sekadar berkongsi berita.
--------------------------------------------------------------
" Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). " (Al-Anbiya’ : 33).

Friday, January 14, 2005

TNB oh TNB


Assalamualaikum warahmatullah ….
Hampir separuh Malaysia dalam keputusan bekalan elektrik lagi semalam. Kenapa dan mengapa, mungkin kita sebagai orang yang tidak terlibat secara langsung akan tertanya2.

Kenapa ya tiap kali terputus bekalan elektrik pihak media terus menjadi TNB?
Kenapa tiada yang mencari Independent Power Producer (IPP)?

Why don’t the media reporting that TNB is not the only organization involved in managing that particular power plant?

Sian TNB, hopefully the burden will not put solely on TNB. Sekadar meluahkan apa yang dirasa.
--------------------------------------------------------------
" Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya. Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan. " (Yunus : 55-56).

Tuesday, January 11, 2005

Luahan hati selepas lunch


Assalamualaikum warahmatullah ….
Kenapa ya masih ada ramai orang yang mempertikai derma yang dinampakkan oleh seseorang individu atau pertubuhan-pertubuhan terutamanya artis?

Siapalah kita untuk menilai keikhlasan mereka. Dari kita memperkatakan derma yang mereka hulurkan ada baiknya kita yang menghulur sama. Ramai juga staff2 ditempat ku bekerja (bukan tingkat den yo)dan juga orang-orang yang kadangkala kutemui (bila singgah diupis sahabat) mempertikai tindakan sesetengah individu yang menderma sambil muka mereka terpampang di dada akhbar atau berita.

Lebih2 lagi pada hari dimana Siti Nurhaliza menderma tempoh hari, kedengaran bunyi-bunyi sumbang yang mengecam tindakan Siti menghulurkan bantuan sambil disnap fotonya ketika dia menghulurkan cek. Saya bukan peminat Siti yer, saya antara orang yang tidak menyokong pembawakan Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanahair, baik imej atau pon kebolehan dia mennyanyi. Mengapa? Biarlah tidak dikongsi bersama buat masa ini.

Keihklasan Siti bukan kita yang menilainya, ianya hanya layak dinilai oleh Pencipta kita. Dan tidak menjadi kesalahan untuk Siti atau sesiapa sahaja menampakkan sumbangan mereka pada mata masyarakat Malaysia hatta dunia sekali pon. Mungkin ada sesetengah dari kita yang lupa akan dalil membolehkan kita menzahirkan sumbangan kita. Kita sering diajar agar menyorokkan sedekah kita. Memang ia satu yang baik, tetapi janganlah sampai kita mengatakan orang yang menderma masuk tv nie tak ikhlas. Itu pada perkiraan ku agak keterlaluan.

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Baqarah : 271)

Jika hendak dibandingkan sedekah yang Siti hulurkan dengan sedekah yang kuhulurkan, berpuluh kali ganda banyaknya Siti hulurkan. Dengan jumlah yang Siti hulurkan dan juga semua yang menderma, insyaAllah sedikit sebanyak beban mereka yang merasai tsunami akan teringan.

Niat Siti atau mana-mana individu yang menderma sambil disnap fotonya oleh pemberita sewajarnya tidak dikritik. Tindakan mereka itu membolehkan mereka dicontohi oleh setiap individu. Contohilah mereka-mereka yang menderma dengan ikhlas.

Happy Birthday to Siti Nurhaliza and Pakdi. Den tahu besday Siti sobab baco blog pakdi.Pakdi nyer besday samo ngan Siti Nurhaliza.

Wallahu ‘alam.
--------------------------------------------------------------
" Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.. " (Al - Baqarah : 30).

Nama Allah pada tsunami - Berita Harian (11 Januari 2005)


Assalamualaikum warahmatullah ….
Keratan berita dari akhbar berita harian yang menarik perhatianku hari ini.
Sekadar cut n paste tanpa sebarang komen dari pemilik blog…

Nama Allah pada tsunami

COLOMBO: Pusat Pengajian Islam di ibu kota Sri Lanka berkata, tsunami yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember lalu adalah satu bentuk hukuman kerana manusia tidak menghiraukan larangan Allah.

Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas tsunami menyerang pantai barat Sri Lanka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.

“Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab,” kata Faizeen yang merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama Allah.

Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26 Disember lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan.

“Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman. Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya,” kata Faizeen.

Dia mengaitkan tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh sebagai hukuman kepada manusia enggan menurut perintah.

Faizeen, berkata seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di pantai timur Sri Lanka bermimpi tiga malam berturut-turut mengenai ombak besar yang akan melanda.

“Dia memberi amaran kepada penduduk kampung tetapi diketawakan. Dia meninggalkan Ulva pada pagi Ahad, 15 minit sebelum tsunami memusnahkan kampung itu,” katanya.

Faizeen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran bandar besar Batticaloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.

Kawasan pantai di banyak negara Asia yang dilanda ombak maut itu termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung Islam.

Maksiat seperti pelacuran dan amalan meminum minuman keras berleluasa, katanya.

“Allah menurunkan hukuman ringan seperti kerugian perniagaan. Jika tidak mengendahkan amaran itu, Dia akan menurunkan hukuman lebih besar iaitu kehilangan nyawa,” katanya. – AFP

“Jika kita masih lalai dengan peringatan itu, hukuman besar seperti gempa bumi dan tsunami akan datang,” katanya.

Seorang lagi pemimpin Islam Sri Lanka, Muhammed Fawmey, dari Barisan Pemuda Islam Antarabangsa, berkata dia juga percaya tsunami peringatan daripada Allah. — AFP

Gambar yang diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird
--------------------------------------------------------------
" Katakanlah: Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.. " (Al-‘Araaf : 188).

Monday, January 10, 2005

Artikel Hafiz Firdaus


Assalamualaikum warahmatullah …
Berjalan di alam siber ketika tak tahu nak buat apa di upis terjumpa dengan tulisan Bro Hafiz Firdaus ini. Cubalah baca, agak menarik buah fikiran beliau ini. Reaksi beliau juga agak menarik. Jom mari sama-sama baco..

Bro Hafiz Firdaus wrote : Tuhan terlepas satu hari
--------------------------------------------------------------
" Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia dan binatang-binatang korban dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. " (Al-Maidah : 97).

Saturday, January 08, 2005

Massive Black Hole


Hari ini hari Sabtu yang bekerja untuk diriku dan rakan setugas yang lain walaupun orang lain semuanya bercuti. Sektor kerajaan dan sector swata kebanyakannya bercuti hari ini untuk menggantikan cuti 1 Januari lalu yang jatuh pada hari Sabtu. Tapi kompeni dimana den berkerja tidak bercuti.

Pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk mengalihkan cuti yang jatuh pada 1 Januari lalu kepada 22 Januari, yang mana jatuh pada 11 Zulhijjah, yakni ‘Idul Adha yang kedua. Ini bermakna kami akan bercuti pada hari Sabtu (22 Januari) di mana sector kerajaan dan sebahagian sector swasta bekerja di ‘Idul Adha yang kedua. Terima kasih pada pihak pengurusan yang agak prihatin.

Sekadar ingin berkongsi suatu berita dari Berita Harian hari ini. MasyaAllah, sungguh mengkagumkan apa yang berlaku. Di luar jangkaun manusia. Most Powerful Eruption in the Universe Discovered.

Saintis kagum letupan besar di angkasa lepas


WASHINGTON: Saintis Amerika Syarikat mengesan letupan terbesar di angkasa lepas yang menyaksikan bahan menyamai 300 matahari disedut masuk ke dalam lohong hitam.

Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) dalam satu kenyataan semalam menyatakan, letupan yang berlangsung lebih 100 juta tahun itu menghasilkan tenaga yang menyamai beratus-ratus juta percikan sinaran gamma.

Penemuan itu dibuat alat pemantau NASA, Chandra X-ray yang mengelilingi bumi dan dikawal dari pangkalannya di Cambridge, Massachusetts.

Letupan besar itu dilihat dalam rakaman imej diambil Chandra yang memaparkan penghasilan gas oleh galaksi dikenali MS 0735.6+7421 yang terletak sejauh 2.6 bilion tahun cahaya dari bumi. Secara ringkasnya, setahun tahun cahaya adalah bersamaan jarak 10 trilion kilometer.

Saintis turut percaya kejadian itu adalah fenomena baru yang berlaku disebabkan penghasilan tenaga graviti yang menyebabkan sebahagian besar objek itu disedut lohong hitam berkenaan.

“Saya sendiri agak terkejut melihat bahan yang menyamai 300 juta matahari itu dapat disedut masuk,” kata Brian McNamara dari Universiti Ohio, ketua penyelidik yang turut menulis penemuan dalam isu terbaru Nature.

Tenaga yang dihasilkan menunjukkan lohong hitam dalam MS0735 itu berkembang secara dramatik dalam letupan itu.

Kajian sebelum ini mendakwa lohong hitam lain mencatat pembesaran yang kecil.

“Penemuan terbaru ini mengejutkan dan menarik,” kata penulis bersama, Paul Nulsen daripada Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di Cambridge. – AFP

Untuk Bacaan lanjut boleh pergi ke yang dinyatakan dibawah.

1. Most Powerful Eruption in the Universe Discovered

2. MS 0735.6+7421:Most Powerful Eruption in the Universe Discovered

3. Ohio University astronomer Brian McNamara and colleagues reported the discovery of the most powerful outburst known from a supermassive black hole


--------------------------------------------------------------
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak."(Ar-Rahman:37)

Thursday, January 06, 2005

Fiqh Ikhtilaf



Fiqh Ikhtilaf : Perbezaan Pendapat Antara Gerakan Islam yang dibenarkan dan dilarang, merupakan suatu karya Dr Q yang menarik untuk dibaca. Membincangkan perkara-perkara yang membawa kepada ikhtilaf dan betapa pentingnya satu kesatuan. Bak kata Ust Pahrol Mohamad Joui, Biar banyak persatuan tapi pastikan kita dalam satu kesatuan. Buku ini dibahagi kepada 3 bahagian.

Yang pertama, kesatuan adalah kewajipan, perpecahan adalah dosa. Bahagian kedua membincangkan landasan pemikiran fiqh ikhtilaf . Dan bahagian yang ketiga membincangkan asas moral dalam fiqh ikhtilaf.

Dikesempatan ini ingin berkongsi muqadimah yang dicoret oleh Dr. Q. Mana tahu dengan membaca intronya ada sahabat2 yang teruja untuk memiliki buku kecil ini. Saudara Muadz juga tempohari ada membicarakan topik fiqh ikhtilaf. Posting Bro Muadz berkenaan Fiqh Ikhtilaf

MUQADIMAH

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga dilimpahkan keatas Rasulullah SAW, keluarga, para sahabat dan orang orang yang mengikutinya

Amma Ba'du.

Bukanlah suatu yang membimbangkan saya jika kebangkitan Islam masa kini menghadapi musuh dari luar yang selalu mengintai dan melakukan berbagai konspirasi terhadapnya kerana itu merupakan sesuatu yang lumrah, sesuai dengan sunnatul tadaafu'(sunnah pertarungan) antara yang hak dan yang batil yang telah ditetapkan oleh Allah pada. kehidupan ini.

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang orang yang bersalah."(Al- Furqan : 31)

Firman Allah tentang sikap para musuh Islam dan umatnya:

"Dan mereka (orang orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian.)"(Al Baqarah : 217)

Tetapi, saya resah dan merasa tersentuh jika musuh itu datang dari dalaman kebangidtan Islam itu sendiri. Satu gerakan Islam melancarkan tipu daya terhadap gerakan Islam lainnya.

Saya tidak resah jika di dalam kebangkitan Islam terdapat berbagai madrasah, kumpulan atau jamaah yang memiliki manhaj tersendiri dalarn berkhidmat dan berjuang menegakkan Islam di muka bumi, sesuai dengan penentuan sasaran skala prioriti dan tahapnya.

Saya tidak termasuk orang orang yang bermimpi, menginginkan dan menyeru kepada satu jamaah atau satu gerakan Islam yang akan menghimpunkan semua aktivis Islam dalarn satu sistem dan di bawah satu pimpinan. Terlalu banyak halangan yang merintanginya, di samping keinginan yang memang tidak pada ternpatnya.

Dalam berbagai tulisan, saya telah nyatakan bahawa, tidak menjadi masalah adanya beberapa kelompok dan jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam, apabila itu merupakan ta'addudu tanawwu'(perbezaan yang bersifat variatif) bukan ta'addudu taarudh (perbezaan yang bersifat kontradik). Syarat lain adalah di antara semua pihak perlu ada hubungan kerja dan koordinasi sehingga saling menyempurna dan menguatkan dalam menghadapi masalah-masalah asas dan keprihatinan bersama harus mencerminkan satu barisan, laksana bangunan yang kukuh.

Tetapi betapa hati ini benar-benar tersentuh tatkala ada da'i dan aktivis Islam yang tidak menghargai masalah ini dan menyebarkan benih-benih perpecahan di mana saja ia singgah. Mereka sentiasa menyalakan api perselisihan dan perpecahan. Perhatiannya sentiasa tertuju kepada. tempat-tempat perselisihan, bukan kepada titik-titik persatuan. Mereka sentiasa mengagumi pendapat dan jamaahnya sendiri sambil menuduh jamaah yang lain.

Sebenarnya, perbezaan. pendapat itu sendiri tidaklah berbahaya, khususnya dalarn soal furu'(cabang) dan sebahagian usul (pokok) yang bukan asas. Tetapi
yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan rasul Nya kepada kita.

Oleh sebab itu, kebangkitan Islam dan gerakan Islam dengan semua kecennderungan dan madrasahnya sangat memerlukan kesedaran yang mendalam
tentang apa yang kami namakan sebagai Fiqh Ikhtilaf.

Ia merupakan salah satu daripada lima ilmu Fiqh yang harus ditekan dan diperhatikan kerana kita sangat memerlukannya. Kelima-luma fiqh itu ialah:

1. Fiqh Maqasid(sasaran), suatu fiqh(pengkajian) yang tidak hanya berhenti pada juz'ziyyat (cabang) dan kulit syariat saja, tetapi menembusi kulliyat dan sasaran-sasaran syariat dalam segala aspek kehidupan. Fiqh ini menyempurnakan langkah yang telah ditempuh oleh Imam Syatibi di dalam mufaqatnya terutarna memperhatikan maqasid ijtima'iah (sasaran sosial).

2. Fiqh Aulawiyat (keutamaan). Masalah ini pernah saya sentuh dalarn buku Ash Shahwah Al Islamiyah Bainal Mud wat Tatharruf. Masalah ini sampai sekarang masih memerlukan pengkajian lebih jauh, mengenal perincian dan aplikasinya ke dalam realiti.

3. Fiqh Sunan, yakni sunnah sunnah kauniah (sifat alam) dan ijtimaiyah(sosial) yang ditetapkan Allah di alam ini. Sunnah-sunnah itu bersifat."pasti" dan tidak berubah, seperti sunnah perubahan dan sebagainya.

4. Fiqh Muwazanah Bainal Mashalih wal Mafasid (pertimbangan antara kemaslahatan dan kemudharatan) yang didasarkan kepada pemahaman, kajian ilmiah, objektif dan ketelitian teehadap realiti, baik realiti kita mahupun realiti orang lain dengan memanfaafkan semua data, informasi dan kemudahan moden.

5. Fiqh Ikhtilaf (perbezaan pendapat) yang sudah dikenali sejak abad terbaik umat, yakni masa para sahabat, tabi'in dan para Imam mazhab. Perbezaan ilmiah yang terjadi di kalangan mereka tidak pernah menimbulkan impak negatif sama sekali. Kealpaan dalam menekum Fiqh Ikhtilaf menyebabkan kita saling bermusuhan lantaran masalah-masalah kecil atau tanpa sebab sarna sekali.

Sebelurn ini, saudara kita yang mulia, Dr. Thaha Jabir Al-Ulwani telah menulis sebuah buku tentang Adabul Ikhtilaf fil Islam (edisi bahasa Indonesia diterbitkan Oleh Gema Insan Press dengan tajuk Perbezaan Pendapat; Bagaimana Menurut Islam, pent.). Buku tersebut sangat penting untuk dikaji. Manakala buku saya ini merupakan pelengkap bagi buku tersebut. Pembahasannya dikaitkan dengan realiti menyedihkan yang dihadapi oleh pergerakan Islam kontemporari.

Hampir setiap hari saya menerima surat dari pelbagai pelusuk dunia Islam, mengadu tentang para da'i dan aktivis Islam yang tidak menyibukkan diri kecuali dalam menimbulkan perselisihan dan menyebarkan tuduhan kepada para hamba Allah tanpa mempertimbangkan realiti, situasi, keadaan darurat dan "bencana" yang telah melanda masyarakat.

Oleh kerana ketka saya diminta oleh para Ikhwan Panitia Muktamar Pemuda Muslim Arab di Amerika pada tahun 1989 untuk menulis masalah yang sangat penting ini, saya terus menyambutnya dengan senang hati, melihat kepada kepentingannya bagi kebangkitan Islam dan pergerakan Islam. Dengan memohon pertolongan Allah, saya menulis buku ini walaupun di dalam kesibukan tugas yang sentiasa menanti. Semoga Allah menjadikannya sebagai cahaya yang menerangi langkah pergerakan Islam yang sedar dan kebangkitan Islam yang terpimpin. Semoga buku ini bermanfaat bagi penulis dan para pernbacanya serta semua pihak yang memberi sumbangan dalam penerbitan dan penyebarannya.

"Allahumma, Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami cahaya yang akan menerang langkah kami di dalarn kegelapan, ketajaman pandangan yang dapat membezakan di antara hal-hal yang mutasyabihat serta keseimbangan yang akan menerangi kami di persimpangan jalan.

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu." (At Tahrim : 8)

Ad Dauhah,
22 Jamadil Awal 1401 H
20 Disember 1989 M

Dr. Yusuf Qardhawi

--------------------------------------------------------------
“Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hatimu kamu melakukannya.” (Al-Ahzab :5)

Wednesday, January 05, 2005

Duduk ditepi Jalan


Suatu hari Rasulullah SAW menjumpai sekumpulan sahabat yang sedang duduk di pinggir jalan. Baginda kemudian bersabda “ Jauhilah olehmu duduk-duduk di pinggir jalan.” Sahabat menjawab “Wahai Rasulullah kami tidak mendapat jalan lain untuk tempat kami berbincang.” Sabda Baginda SAW, “ Jika kalian enggan meninggalkannya, maka berikanlah hak jalan.” Mereka bertanya, “Apakah yang menjadi hak jalan itu?” Jawab Baginda SAW, “Hak jalan itu ialah memejam mata (mencegah dari memandang yang haram), mencegah gangguan, menjawab salam, amar makruf dan nahi mungkar (H.R Bukhari dan Muslim)

Dari hadith di atas serta beberapa hadith Rasulullah SAW yang lain, dapat kita peroleh pengajaran bahawa sesungguhnya duduk-duduk ditepi jalan itu tidak baik. Sebagaimana yang kerap kita lihat setiap hari dewasa ini. Orang yang duduk-duduk ditepi jalan sangat cenderung untuk mengganggu orang lain ditepian jalan. Biasanya, wanita-wanita menjadi sasaran mereka untuk diganggu, bermula dengan gangguan mental dan seterusnya melarat kepada gangguan fizikal.

Fenomena ini rupanya telah wujud sejak dahulu lagi, sehinggakan Rasulullah SAW melarang umatnya duduk-duduk ditepian jalan. Jika ada tempat yang lebih baik, pindahlah ke tempat tersebut. Jika tiada tempat lain, bolehlah duduk di situ dengan bersyarat. Sebahagian dari syarat yang dihimpunkan daripada beberapa hadith adalah.

- Menunduk pandangan. Makna menunduk pandangan adalah mengalihkan pandangan dari sesuatu yang haram dipandang, misalnya memandang perempuan yang sedang lalu.
- Tidak mengganggu orang lain yang sedang lalu, samada dengan perkataan atau perbuatan.
- Melaksanakan amar makruf. Misalnya, menolong orang yang terkena musibah.
- Melakukan nahi mungkar.
- Mendu’akan orang yang bersin.
- Menjawab salam orang yang lalu dan memberi salam pada mereka.
- Membantu menaikkan barangan ke atas tunggangan.
- Menolong orang yang lemah.
- Menunjukkan jalan ibnu sabil.
- Sentiasa mengingati Allah sehingga mereka tidak dilupakan dan disibukkan dengan permasalahan yang berlaku diperjalanan.
- Menghilangkan gangguan yang ada dijalanan.
- Tidak membuang sesuatu yang boleh menganggu orang yang menggunakan jalan berkenaan.

Demikianlah sempurnanya ajaran Islam yang syumul, adab dijalanan juga ada panduannya. Dengan adab itu ada orang yang kelak beroleh pahala dari perbuatannya dijalanan, dan sebaliknya ada juga manusia yang beroleh dosa diperjalanan.

--------------------------------------------------------------
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-rang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal didalamnya (Al-Baqarah:257)

Tuesday, January 04, 2005

QuickBird Imagery


Alhamdulillah, semalam dapat email nie dari seorang coursemate thro' email. Sekadar ingin berkongsi untuk peristiwa yang melanda ketika ini.

Sila right klik disini dan pilih save target as untuk melihat file pdf yang saya maksudkan.

SubhanaAllah...In a second. Betapa kerdilnya kita. Marilah kita membantu mereka yang memerlukannya seikhlas mungkin.

--------------------------------------------------------------
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Kahfi:45)

Antara Duit Kopi dan Daging Khinzir


Hari ini sekadar ingin berkongsi artikel tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam Majalah I Januari 2005. Gejala rasuah yang menular dalam masyrakat kita sebenarnya berpunca dari diri kita sendiri. Bagi sesiapa yang belum memiliki Majalah I Januari 2005 bolehlah mendapatkannya dipasaran. Dapatkan segera sementara stok masih banyak.

ORANG Melayu Islam sangat membenci khinzir-babi. Usahkan memakannya, terhidu baunya pun sudah meloyakan. Tapi benarkah orang Melayu-Islam membenci babi atas dasar iman. Maksudnya, atas dasar beriman dan patuh kepada Allah yang mengharamkannya? Atau tindakan itu hanya kerana adat kebiasaan semata mata oleh kerana datuk, nenek moyang kita memang tidak memakan babi dan membencinya maka kita pun turut membenci dan jijikannya?

Persoalan ini menarik difikirkan justeru ada perkara. haram yang lain, yang tidak dipandang jijik sejijik babi. Misalnya, kita dapati ramai orang Melayu yang tergamak memakan rasuah (yang hakikatnya lebih jijik dan buruk akibatnya berbanding memakan babi). Kenapa sesetengah umat Islam nampaknya tidak membenci rasuah seperti mana mereka membenci babi? Mungkinkah kerana duit rasuah tidak berbau? Ah, mungkin sebab itu agaknya, wang rasuah ditukar namanya-menjadi 'duit kopi'. Semacam riba juga yang mendapat nama indahnya, wang bunga. Terasa cantik, sedap dan terhormat mungkin.

Kenapa orang makan rasuah? Kerana miskin. Tidak, ada orang yang sudah kaya tetapi masih melakukan rasuah. Orang kaya yang miskin jiwa ini melakukan rasuah bertaraf mega, juta juta, berbilion bilion. Mungkin kerana jahil? Aneh, cerdik pandai juga tidak terkecuali daripada rasuah. Kata orang, 'white collar crimes' jenayah kolar putih. Habis, kerana apa? Mungkin kerana terdesak? Tidak juga, kerana ada orang yang lebih terdesak daripada perasuah tetapi masih tidak tergamak melakukan kerja terkutuk itu.

Rasuah sebenarnya disebabkan sifat tamak, mementingkan diri dan tidak amanah dalam diri manusia. Tidak kira seseorang itu kaya atau miskin, bijak atau jahil, tenang atau terdesak, bila ada sahaja sifat tamak, pentingkan diri dan tidak amanah, maka dia berpotensi untuk melakukan rasuah. Rasuah sebenarnya bermula dan berlaku dari dalam diri bukan dari faktor persekitaran atau luaran. Faktor luaran hanya membantu sahaja setelah 'benih' rasuah subur dari dalam diri seseorang.

Desakan Nafsu

Malangnya apabila nafsu terlalu rakus, iman akan menjadi lemah. Hati tanpa iman akan mudah dikuasai oleh nafsu. Begitu juga akal. Akan tewas apabila dihasut oleh kebuasan nafsu. Hati lemah, apabila hilang iman. Akal lemah apabila ilmu berkurang. Ketika itu nafsu akan menggantikan tempat hati sebagai raja dan menjadikan akal umpama bendahara (penasihat) yang tunduk pada kehendak jahatnya. Pendek kata, manusia yang melakukan rasuah ialah manusia yang lemah imannya, rakus nafsunya dan lemah pertimbangan akalnya.

Untuk itu tidak ada jalan lain untuk menundukkan kebuasan nafsu melainkan dengan menguatkan iman. Memang, ilmu pada akal perlu ditambah juga tetapi penambahan ilmu tidak boleh mengatasi kepentingan menambah iman di dalam hati seseorang. Sudah banyak ilmu tentang keburukan rasuah 'didendangkan' tetapi tanpa iman semuanya akan sia sia sahaia. Bukankah 'kemahuan' yang bertapak di hati lebih kuat kuasanya berbanding 'pengetahuan' yang bertunjang di akal?

Kemudian kita bertanya, iman itu apa? Iman itu adalah keyakinan terhadap Allah. Yakin yang Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha membalas atas segala kejahatan yang dilakukan. Secara sembunyi atau terang-terangan, Apabila lemah iman, maka lemahlah keyakinan seseorang terhadap Allah. Mereka ini cuma 'tahu' Allah Maha Melihat, Allah Maha Mengetahui, tetapi tidak merasa Allah Maha Melihat dan Allah Maha Mengetahui.

Tahu Allah melihat hanya bertapak pada akal, tetapi merasai Allah melihat bertunjang pada hati. Jika hanya akal yang mengetahui tetapi hati belum merasai maka iman seseorang belum sempurna. Justeru sangat jauh bezanya antara orang yang beriman dengan yang tidak. Oleh itu, orang yang hanya tahu Allah Maha Melihat masih tergamak untuk melakukan rasuah dan lain lain kejahatan kerana belum benar-benar merasai Allah Maha Melihat.

Orang yang lemah iman, hanya baik di depan orang. Apabila diri dipagari undang-undang dan pengawasan manusia, dia tidak akan melakukan kejahatan. Tetapi jika di belakang orang, dia sanggup melakukan apa sahaja. Apa kira, orang tak narnpak! Tetapi jika seseorang itu merasai Allah Maha Melihat, dia tidak akan melakukan rasuah sama ada di belakang ataupun di hadapan orang. Terang-terangan atau tersembunyi. Walau mata manusia ticlak melihat, tetapi mampukah menutup pandangan Allah?

Malangnya, pendekatan iman ini bagi sesetengah pihak masih dianggap kolot. Bercakap tentang rasuah, selalunya dipisahkan dengan soal ketuhanan dan keimanan. Pendekatan 'software' ini dianggap personal, berbanding pendekatan 'hardware' yang bersifat peraturan dan mengenakan undang-undang yang ketat dan keras. Bukan menafikan perlunya undang-undang untuk membanteras rasuah tetapi itu bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang muktamad. Lihatlah betapa kerasnya undang-undang untuk pengedar dadah, hukuman mati mandatori... tetapi masih ramai yang berani mengedar dadah.

Antara Hukuman dan Didikan

Begitu juga dengan hukuman terhadap orang yang rasuah, walau bagaimana berat pun namun masih ada yang berani melakukannya. Ini bukan menafikan keberkesanan undang-undang secara total (kita tetap perlukan undang-undang yang keras sebagai hukuman dan peringatan), tetapi langkah itu merupakan hukuman dari luar (outside in). Sedangkan apa yang perlu lebih ditekankan ialah langkah pencegahan dari dalam (inside out).

Kita tidak boleh mengharapkan kepada undang-undang dan hukuman semata-mata. Kadangkala kita sudah ada undang-undang yang keras, tetapi masalahnya sukar pula untuk dikuatkuasakan. Sinisnya, sering terjadi 'pemantau' rasuah pun terkadang perlukan pemantauan. Bak sini kata lagu Allahyarham P. Ramlee, "al hasil, balik asal.... Itu pasal tak hasil."

Apabila manusia mencipta undang-undang, maka manusia sentiasa ada cara. untuk mengatasi atau melepasi undang-undang itu. Sebab itu di sesetengah negara, rasuah di kalangan orang bawahan 'ikan bilis' sahaja yang dapat ditangani, tetapi rasuah di kalangan orang atasan 'jerung jerung' dapat memboloskan diri. Jadi, langkah terbaik ialah melalui pendidikan, kesedaran dan bimbingan yang berterusan dan bermula dari peringkat muda lagi.

Tegasnya, kita perlu mengatasi sebab-sebab berlakunya rasuah. Seperti yang telah ditegaskan sebelumnya, rasuah berlaku kerana sifat tamak manusia yang tidak terasa kehadiran Allah yang Maha Melihat dalam hidupnya. Maka untuk itu, cara terbaik mengatasi rasuah ialah dengan melaksanakan program kesedaran, pendidikan dan kepimpinan yang berterusan terhadap masyarakat. Terutamanya untuk generasi muda.

Awal-awal lagi perlu ditanamkan rasa beriman kepada Allah melalui pendidikan formal dan informal. Awal agama mengenal Allah. Kemudian ajak remaja menghayati rasa beriman itu dalam kehidupan sehari-hari. Beri bimbingan dan pimpinan selalu kepada golongan remaja. Isi dan rangka program ke arah pemantapan iman menerusi kaedah-kaedah yang sesuai dengan jiwa mereka yang dinamik, aktif dan'adventureous'.

Perbuatan rasuah berlaku sejak kecil. Ini kerana sifat tamak, pentingkan diri dan tidak amanah berlaku sejak muda lagi. Oleh itu usaha membanteras rasuah perlu dimulakan di peringkat kanak kanak dan remaja. Benteras keburukan supaya jangan jadi kebiasaan. Kata pepatah Arab, mendidik sewaktu kecil bagai melukis di atas batu. Mendidik sewaktu dewasa bagai melukis di atas air. Maksudnya, bukan mudah kita hendak melatih diri kita melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan apabila sudah meningkat usia.

Oleh itu penting sekali membuang atau mengikis sikap tamak dalam hati remaja. Cuba tanam kesedaran bahawa sikap tamak yang membawa kepada rasuah tidak akan menguntungkan kita. Orang tamak selalu rugi. Apabila kita cuba mengambil sesuatu yang bukan hak kita, kita sebenarnya mengundang kecelakaan. Memang, kita mungkin mendapat apa yang kita inginkan, duit, harta, keseronokan dan sebagainya... tetapi kita tidak akan temui ketenangan dan kebahagiaan.

Sekiranya, ditakdirkan kita tidak mendapat kerja yang baik. Mungkin sekadar buruh, pembantu pejabat atau tukang sapu. Namun carilah rezeki dengan cara yang baik, walaupun ditakdirkan kita mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit. Tambahkan usaha, agar yang sedikit itu bertambah secara bertahap-tahap. Kata orang, jangan cuba menaiki tangga dengan cara melompat.

Mencari Rezeki yang Berkat

Biar sedikit, tetapi halal dan berkat. Itu lebih baik, daripada banyak tetapi haram dan mudarat. Biar halal, walaupun sedikit kerana itu lebih berkat. Justeru pada usia muda semacam inilah kita nak biasakan diri dengan wang dari sumber yang halal... bila dewasa dan mernegang amanah yang lebih tinggi nanti, kita akan terbiasa dengan kejujuran, amanah dan prihatin terhadap keadaan orang lain. Ingatlah, kejahatan bukan kerana keterlanjuran tetapi satu kebiasaan yang telah lama berakar umbi (perkara ini terapply pada semua jenis kemaksiatan dan bukan hanya khusus pada gejala rasuah sahaja). Maka begitu juga dengan kebaikan... ia bukan kebetulan... tetapi satu kebiasaan yang dihasilkan oleh latihan!

Perasuah mungkin beranggapan yang rugi, yang terjejas hanyalah orang yang lain. Sebaliknya dia mendapat keuntungan dan ganjaran. Benarkah begitu? Benarkah kesan buruk rasuah hanya berlaku kepada orang yang menjadi mangsa, tetapi pemberi dan penerimanya tidak terkena? Salah sekali kalau kita beranggapan bahawa orang yang melakukan rasuah mendapat keuntungan. Ya, mungkin keuntungan dalam bentuk segera tetapi tidak lama... dia akan merasai akibat perbuatan dosanya.

Pertama, Allah melaknat orang yang menerima, memberi dan semua orang yang menjadi perantara dalam perbuatan rasuah. Hadis dari Thauban katanya:

"Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya, " (Hadis Riwayat Ahmad & Hakim).

Ini maksud hadis. Jadi bila Allah, Tuhan Pencipta kita telah melaknat, maka mana upaya kita lagi untuk mendapat keberkatan dan ketenangan dalam hidup? Pada waktu itu, wang yang banyak pun tidak berguna. Cuba lihat betapa ramai orang yang kaya, tetapi hidupnya tidak tenang. Hati resah, perasaan tertekan. Diburu oleh rasa berdosa selalu.

Dan wang yang diperoleh secara rasuah tidak akan memberikan kebaikan. Kalau digunakan untuk membeli makanan, makanan yang kita makan itu tidak halal. Sebab sumbernya haram. Jika makanan yang begitu kita makan, hati kita akan gelap. Sebab, hati itu ditempa oleh makanan. Maksud hadis: "Hati itu ditempa oleh makanan."

Apabila hati gelap, ilmu dan iman payah singgah. Sukar betul rasanya untuk memahami, menghayati apalagi hendak mengamalkan kebaikan. Had yang gelap juga mudah terdorong untuk melakukan kejahatan. Daya tahan pada godaan dosa sangat tipis. Mudah sahaja tergoda dan terjerumus melakukan kejahatan. Bila kita melakukan kejahatan, siapa yang susah? Tentu diri sendiri. Ini balasan orang yang melakukan rasuah, walaupun tidak direct tetapi lambat laut akan terkena jua!

Itulah akibat di dunia bagi orang yang rasuah. Dia terdedah pada cengkaman undang-undang dunia. Kalau dia dicekup, terpaksa meringkuk di penjara. Kebebasannya hilang. Nama dan maruahnya jatuh. Rasa malu bukan sahaja dialami oleh dirinya, malah oleh anggota keluarganya. Itu baru hukuman di dunia, belum lagi hukuman di akhirat... jika di akhirat, balasannya neraka. Nauzubillah. Ia dibakar, dibelenggu dan diseksa dalam jangka masa yang lama. Ini suatu yang pasti. Bayangkan, berbaloikah hanya dengan keuntungan yang sedikit dan sementara kita terpaksa menderita dalam jangka masa yang lama?

--------------------------------------------------------------
Kecuali orang yang pernah zalim, kemudian dia menukar dengan kebajikan sesudah kejahatan; maka sesungguhnya Aku adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (An-Naml : 11)