Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Wednesday, July 20, 2005

Tipu harga tiba elak cukai kastam

Alhamdulillah hari kesakitan pada gusiku telah beransur reda sedikit, terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat dan juga adikku yang bersimpati dengan nasibku. Ada yang menghantar YM dan ada juga thro’ SMS dan ada juga thro’ email, syukran jazeelan sahabat-sahabatku.

Alhamdulillah, kiriman ke Oz telah selamat tiba, risau juga kalau-kalau tak sampai, maklumlah kali nie den lotakkan setemnya dibelakang, sbb setemnya sedikit cantik, siap akak kek pos ofis tu cakap nie orang Oz mesti suko dapek setem yang macam nie, adik jangan kupilkan dia satu persatu, adik tampalkan semuanya sekali di belakang envelope. Itulah antara kata-kata akak dipejabat pos yang berurusan denganku ketika proses penghantaran.

Untuk sahabatku di Oz, nanti den jawab email hang, nie pon menulis secara offline, bila ada peluang online malam karang insyaAllah baru upload posting nie.

Hari nie sebenarnya hendak mengpaste satu berita yang terdapat di dalam akhbar Utusan hari ini, bukan isu Rafidah menangis yer, tak do maso den nak ulas isu Rafidah menangis, dan secara jujurnya den ghaso dio dah lamo sangat di atas, bukan den nak suruh dio tinggalkan dunia politik, tapi den ghaso ado paedahnya diberi peluang kepada muka baru.

Antara menteri di kabinet yang palingku kenal sejak kecil adalah Rafidah dan Pak Samy Vellu. Rafidah dek kerana dia seorang wanita yang lama di Kabinet dan si Samy Vellu adalah dek kerana pemimpin India yang paling lama. Dari kecik sampai den bosar muko dua orang nie duk ado di kabinet, samolah kesnya dengan si Mat Isa yang baru-baru nie didapati bersalah. Jika benar dia melakukan kesalahn moga dio insaf dengan apa yang dilakukannya. Mungkin ramai yang tak tahu Puan Seri Hazizah (isteri Mat Isa) mengidap penyakit barah. Berita nie pon den tahu dari bondaku.

Isu tipu harga ‘tiba’ untuk elak cukai kastam adalah satu isu yang nampak tak masuk dek akal.

Anda percaya harga tiba sebuah Subaru Impreza hanya bernilai RM20,000.00, kalau macam tu den pon bulih boli Impreza.

Dulu den tak amik pusing waktu isu ini dibangkitkan oleh pihak media, salah satu sbb den tak amik pusing adalah kerana ketelusan dan kebenaran media di negara kita sebenarnya masih wajar diragui, sebagai contohnya sesiapa yang baca akhbar NST hari ini akan tahu apa yang ku maksudkan.

Media mungkin berusaha menulis berdasarkan fakta, tetapi kadang-kala jika fakta tidak dapat dikumpul, keberangkalian untuk mengadakan fakta atau menulis sesuatu yang bertentangan dengan fakta akan timbul. Contoh yang paling mudah adalah kedudukan Datuk Azzuddin di dalam syarikat milik Datuk Syed Azman, Weststar Motorsport yang diperjelaskan oleh Datuk Syed Azman hari ini di dalam akhbar NST ari ini.

Tapi isu menipu harga tiba yang dibangkitkan ini membuatkan diriku terasa sedikit percaya dengan fakta yang dikeluarkan oleh saudara Amran Ahmad. Dalam laporannya hari ini ada diletakkan gambar sekali berhubung isu menipu harga tiba kereta ini.

Diletakkan gambar declaration form dari pihak KDRM membuatkan diriku sedikit percaya dan berterima kasih kepada penulis kerana mendedahkan kebenaran.

Sebenarnya isu pemalsuan harga tiba kereta ini bukan bulih dilakukan oleh calang-calang orang. Bukan semua orang bulih membuat pegawai-pegawai KDRM diam seribu bahasa. Ini sebenarnya jenayah high profile yang mampu dilindungi dengan baik. Tapi bak kata pepatah melayu glokal ( :D ) “Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.” Di sini dipastekan berita mengenai berita tersebut.

Tipu harga tiba elak cukai kastam
Oleh: AMRAN AHMAD
KUALA LUMPUR 19 Julai - Bayangkan sebuah kereta berprestasi tinggi Subaru Impreza berharga RM201,000 di pasaran tempatan didaftarkan dengan harga tiba di pelabuhan hanya RM20,000.

Benarkah hanya RM20,000? Jika harganya begitu kenapa harga yang dijual kepada pengguna setinggi itu?

Apakah pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tidak sedar hal itu?

Itu baru kereta Subaru Impreza, bagaimana pula dengan kereta Mini Cooper terpakai keluaran BMW.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati di borang Permit Import (AP) JK69 tertera harga tiba Mini Cooper itu hanya RM16,000 sedangkan model itu dijual pada harga antara RM140,000 hingga RM190,000 seunit di pasaran tempatan.

Jika itulah harganya yang tertera di dalam borang AP itu, mungkin semua rakyat Malaysia akan dapat merasa memandu kereta-kereta mewah kegemaran mereka.

Tetapi harga tiba itu hanyalah satu `penipuan' yang dilakukan oleh pengimport (pemegang AP) untuk mengabui mata pihak Kastam supaya mengenakan cukai yang rendah berdasarkan pengisytiharan harga tiba itu.

Menurut pendedahan eksklusif Utusan Malaysia 2 Jun lalu, kerajaan telah kerugian RM1 bilion setahun akibat penyelewengan itu. Penyelewengan ini dilakukan oleh pemegang-pemegang AP ini - yang membuat untung berjuta-juta ringgit dan menafikan hak rakyat lain untuk menikmati cukai yang sepatutnya dibayar mereka.

Fuyooo, jumlah RM 1 billion nie adalah 1/9 dari harga subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan nie. Baik bagi subsidi minyak kek kito nie semua.

Satu lagi contoh yang diperoleh oleh Utusan Malaysia ialah, harga tiba bagi sebuah model kereta Mercedes-Benz ialah RM11,000 sahaja, sedangkan harga kereta itu sebenarnya bernilai ratusan ribu ringgit. Utusan Malaysia juga difahamkan, KDRM pula terpaksa menerima perisytiharan harga tiba yang rendah walaupun tahu harga sebenar dalam pasaran kerana ia didakwa sebagai mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Biar betul harga Mercedes-Benz bila tiba di pelabuhan hanya RM11,000.00.

Menurut syarat-syarat WTO, KDRM perlu membuat pengiraan duti import berdasarkan perisytiharan harga tiba yang dibuat oleh para pengimport kereta dan bukannya harga pasaran sebenar global.

Hari ini (19 Julai), semua akhbar tempatan mengumumkan bahawa Tan Sri Nasimuddin SM Amin, Datuk Syed Azman Syed Ibrahim, Datuk Mohd. Haniff Abdul Aziz dan Datuk Azzuddin Ahmad, sesama mereka telah diberikan lebih 25,000 permit import (AP) untuk mengimport kereta mewah pada tahun ini.

Menurut satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan semalam, daripada jumlah itu, Syed Azman, Mohd. Haniff dan Azzuddin menerima sejumlah 16,214 AP menerusi beberapa syarikat manakala Nasimuddin, Pengarah Urusan Naza Motor Group, memegang 9,412 AP kebanyakannya menerusi Naza Kia Sdn. Bhd.

Senarai meliputi 67,158 AP itu bagi tahun ini, dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ekoran timbulnya kontroversi mengenai pemberian AP.

Ini merupakan pertama kali nama penerima AP diumumkan walaupun sebelum ini para pemimpin kerajaan berkata dasar untuk tidak menghebahkan nama mereka dikekalkan.

Sementara, sumber terdekat berkata, empat nama teratas yang disenaraikan sebagai pemegang AP terbanyak hari ini merupakan antara beberapa syarikat yang sedang disoal siasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

``Salah seorang daripada empat pemegang AP ini juga adalah antara mereka yang berada dalam senarai paling atas KDRM sebagai pengimport yang paling banyak melakukan penyelewengan harga tiba melibatkan ribuan kenderaan dari Korea Selatan dan Eropah,'' dakwa beliau.

Mari kita lihat siapa yang terlibat selepas ini, mungkin ramai yang bulih mengagak siapakah beliau. Tapi jangan terus dipersalahkan si dia yang terlibat, biar mereka selidik dulu apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh si dia.

Nota Kaki
Teringat satu ketika dulu kereta ayahandaku yang ditarik oleh KDRM dek kerana tiada AP, sedih betul den nengok, kesian tengok abah, bukan ditarik kerna tak bayar tapi ditarik kerana kereta tiada AP.

Tapi abah memang cool, di saat den gelabah dan kesian nengok dio, dio bulih jawab, dah bukan rezeki kita kali nie, mana tahu di masa depan ada rezeki lebih kita beli yang lain. Den betul-betul puji abah dalam bab tu, bulih bersabar. Dahlah kena tipu kereta tak da AP, lepas tu ditarik KDRM dan dalam tempoh setahun kereta ditarik, bayaran bulanan mesti diteruskan. Alhamdulillah hanya setahun bayar buta, lepas tu bank kata tak payah bayar, itupon setelah berapa kali poie bawak kes jumpa lawyer. Dan sampai la nie abah masih berusaha membuktikan dia tak bersalah dan kalau bulih nak balik kereta tu, tapi usaha dia tidak lah secara total kerana dia ada banyak komitmen lain.

Yang den peliknya tu, macam mana bank bulih approved loan for unapproved car, musykil betol lah den, mungkin bank ditipu oleh pengedar merupakan satu kemungkinan. Tapi bank sepatutnya berupaya memastikan perkara ditipu oleh pengedar tidak berlaku. Sepatutnya pihak bank memastikan ada pegawainya yang turun padang untuk melihat keadaan kereta berkenaan dan menjalankan siasatan berkenaan status kereta itu sebelum dijual kepada pembeli.

Ada orang cakap, bank mana ada masa untuk semua tu, nak employ orang kerja dalam bidang yang bukan dari latar belakang perbankkan untuk memeriksa perkara-perkara remeh agak pelik dan menyusahkan mereka. Tapi percaya tak kalau aku cakap ada seorang sahabat aku yang berkelulusan kejuruteraan bekerja di Bank? Sebagai apa? Sebagai orang yang menilai sesuatu kertas kerja kejuruteraan jika ada individu atau syarikat yang berhajat meminjam modal dari Bank.

Wallahu ‘alam .

--------------------------------------------------------------
“Dan bukanlah harta benda kamu dan anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami, walaupun sedikit; tetapi hanya orang yang beriman dan beramal soleh – mereka inilah yang akan beroleh balasan apa yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka kerjakan, manakala mereka pula ditempatkan dalam mahligai yang tinggi dalam keadaan aman” ( Saba’ : 37 )

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

memang la harga tu rendah bro, tapi kos pengurusan, baikpulih semula, fuc kos itu ini tu sebab harga meningkat. Ada baiknya sebelum nak blog pasal isu ni biarlah ada pengetahuan baru bleh cerita bro..

P/S: Kebanyakkan pemilik AP cam gampang! kayakan diri dia jer.. hak puih

17/1/15 20:42  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home