Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Al-Furqan:74) akhifaizul Blogging Portal


Monday, May 31, 2004

Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga

In The Name of Allah The Most Gracious Most Mercifull

Hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu yang diperolehi dari yahoogroups ..

insya-Allah,sama kita baiki, baik Muslimin atau khususnya pada Muslimat

Wanita ibarat bunga...

cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...

kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..

Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...

Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati,

ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun." (An-Nisa' : 124)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : "Perhiasan yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

:::::Wanita Menurut Perspektif Islam:::::::::

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Rasulullah Salallahu'laihi wassalam (S.A.W) juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yangbermaksud :

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi)

Rasulullah (S.A.W) telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." (HR Al-Bukhari dan Muslim.)

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka.

Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Sumber : Yahoogroups epmram

HOME


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

Sunday, May 30, 2004

Kedermawanan Imam Syafie

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

 

Ibu Imam Syafie tidak sempat melihat anaknya kembali ke Makkah, setelah merelakan anaknya mengembara mencari ilmu sebanyak‑banyaknya. Bertahun‑tuhun ibu Imam Syafie itu tidak berjumpa dengan anaknya yang sudah menjadi ulama' besar dan memegang beberapa jawatan penting di rantau orang. Kemudian ajalnya telah dekat. Ibu Imam Syafie berwasiat: "Apabila Muhammad bin ldris (Imam Syafie), datang dengan membawa harta kekayaan, beritahukan kepadanya agar harta itu diagih‑agihkan kepada sernua kaum kerabatnya yang kekurangan.

 

Setelah beberapa tahun ibunya wafat, Syafie pun balik ke Makkah dari pengembaraannya mencari ilmu. Di samping itu ia banyak membawa wang yang diperolehinya dari hasil kerja‑kerjanya selama ini.

 

Sebelum balik ke kota Makkah, Imam Syafie berhenti dan mendirikan khemah di luar kota. Orang ramai berpusu-pusu datang ke perkhemahan Imam Syafie. Maka Imam Syafie pun membahagi‑bahagikan wang yang dibawanya dari Iraq kepada fakir miskin yang datang berpusu‑pusu itu demi memenuhi wasiat ibunya. Maka habislah wang emas dan perak Imam Syafie yang banyak itu. Beliau memasuki kota Makkah dengan poket kosong, seperti dulu ketika. mulamula keluar dari Makkah untuk menuntut ilmu.

 

Suatu ketika Imam Syafie mendapat jawatan penting sebagai Setiausaha Gabenor di negeri Yaman. Setelah berkhidmat beberapa lama, beliau menerima gaji sebanyak sepuluh ribu dinar. Pada suatu hari beliau meninggalkan kota dengan membawa bersamanya wang sepuluh ribu dinar itu. Ketika beliau berhenti untuk menghilangkan penat di suatu tempat, tiba‑tiba datanglah beberapa orang miskin di tempat itu. Maka Imam Syafiepun mensedekahkan sebahagian dari wangnya dan orang miskinpun beredar. Tidak berapa lama kemudian datanglah sekumpulan orang miskin menghampiri Iman Syafie, maka beliaupun membahagibahagikan baki wangnya. Setelah kumpulan orang miskin itu beredar, datanglah sekumpulan orang miskin yang lain dan Syafiepun bersedekah kepada mereka. Begitulah seterusnya orang miskin silih berganti datang ke khernah Imam Syafie hingga akhirnya habislah wang beliau.

 

Pernah Imam Syafie berjumpa Khalifah Harun Ar-Rasyid di istana. Sebelum Imam Syafie pulang Khalifah menghadiahkan wang seribu dinar dan beliaupun menerimanya dengan baik."Sungguh engkau sangat bijaksana, mudah‑mudahan Allah memusnahkan musuh‑musuh engkau dan selamatlah engkau dari bahaya," kata Imam Syafie mendo'akan khalifah.

 

Apakah yang dibuat Imam Syafie dengan wang sebanyak itu? Seorang pegawai istana bernama Siraj,mengekori beliau dengan senyap‑senyap dari belakang. Dia ingin mengetahui apa yang di buat Imam Syafii dengan wang yang diterimanya dari khalifah. itu. Rupanya kepada setiap pegawai istana yang ditemuinya, tidak seorangpun pegawai yang dilewatinya melainkan mendapat wang dari Imam Syafii. Apabila beliau melangkah keluar dari kawasan istana, wang itu tinggal sedikit sekali. Tiba‑tiba beliau menoleh ke belakang dan ternampak Siraj berjalan sambil mengintai‑ngintai. Beliaupun memanggil Siraj dan memberikan baki wang dari Khalifah kepadanya. Maka hiabislah wang yang diterima oleh Imam Syafii dari Khalifah ketika itu juga. Belia tidak mengambil walau satu dirham pun.

 

Pada suatu hari, Imam Syafii sedang berjalan‑jalan di pasar. Tiba‑tiba tongkat beliau terjatuh di hadapan seorang tukang kasut. Seorang pelayan tukang kasut bangun dan mengambil tongkat itu dan dilapnya dengan bajunya, kemudian diberi kepada beliau. Untuk membalas budi pelayan itu Imam Syafii mengeluarkan beberapa dinar dari poketnya lalu diberikannya kepada tukang kasut dan berkata: "Terima wang ini untuk pelayanmu itu."

 

Kedermawan Imam Syafii terserlah walaupun beliau berada di mana sahaja. Di suatu pagi Hari Raya Korban, Imam Syafii baru saja balik dari masjid Amr Ibn Ash di Mesir dengan ditemani oleh seorang muridnya yang bernama Al Mazany. Sebaik saja beliau sampai di halaman kediamannya seorang suruhan telah menunggunya dengan membawa sebuah uncang penuh berisi wang.

"Tuan guru, tuan saya mengirim salam kepada tuan guru dan dia juga menyuruh saya menyampaikan barang ini," kata pelayan itu sambil menyerahkan barang amanah dari tuannya.

 

Imam Syafii membawa masuk wang sedekah dari tuan kaya itu ke dalam rumahnya. Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang tamu dari kampung Fustat dengan wajah risau dan sedih seperti memikirkan sesuatu.

 

"Tuan, " kata tamu itu kepada Imam Syafii, "Isteriku pada waktu ini, baru saja melahirkan anak, padahal saya tidak mempunyai sebarang harta. Saya datang ke sini untuk mengharap sesuatu bantuan dari tuan."

 

Dengan tidak berfikir panjang, Imam Syafii terus bangkit dan tempat duduknya dan mengambil wang hadiah dan tuan kaya tadi dan menyerahkannya kesemuanya kepada tamu ­yang meminta bantuan itu.

 

Demikianlah,pemurahnya Imam Syafii terhadap orang‑orang yang ditemuinya dan golongan yang tidak berada.


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

Saturday, May 29, 2004

Alangkah Peliknya .....

In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful

Mungkin ramai yang sudah pernah terbaca apa yang akan ku selitkan dalam ruangan untuk hari ini. Selama ini kubaca untuk kucerna sendiri ..InsyaALLAH kali ini biarlah kita sama-sama mencerna apa yang ditulis oleh penulis yang tak ku kenali ini.. Cukup menarik dan ayat-ayatnya boleh mebuat kita bermuhasabah kita ditahap mana, biarlah kita tidak berada dimana-mana tahap negatif.

Pelik ya bila duit RM 50 kelihatan begitu beasr bila dibawa ke kotak derma Masjid, tetapi begitu kecil jika bila kita bawa ke kedai untuk membeli barang yang bukan keperluan.

Pelik ya 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang.

Pelik ya, tak sampai 30 minit mendengar khutbah jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupon dah ulang 2,3 kali.

Pelik ya dengar iklan jualan murah di dalam tv,rasa tak sabar-sabar nak pergi membeli, tapi bila mendengar azan tak sabar-sabar untuk menukar channel.

Pelik ya, pasar malam yang jauh sanggup pi naik kereta tapi masjid yang dekat tidak mampu untuk dikunjungi.

Pelik ya,susah sungguh untuk merangkai ayat untuk berdoa, tapi betapa mudahnya mencari bahan untuk berbual dengan kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan sepanjang perlawanan bola, tapi betapa bosannya bila imam solat Terawikh bulan Ramadhan bacaanya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah betul untuk menghabiskan membaca al-Qurn walaupun satu halaman, tapi majalah hiburan atau novel best seller 100 halaman boleh dihabiskan.

Pelik ya orang paling berebut paling depan untuk konsert atau perlawanan bolasepak tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya cecepat keluar apabila selesai solat.

Pelik ya, agak sukar untuk kita berdakwah, tapi cukup mudh untuk berbual kosong dan menyebarkan gossip.

Pelik ya, kita boleh mengirim ribuan jenaka dan surat berantai dalam email, tapi bila mengirim yang berkaitan agama kita berfikir dua,tiga kali. Takut-takut orang mengatakan, macam alim sangat….

Pelikkan kita ?

Tepuk dada tanyalah iman..

HOME

Friday, May 28, 2004

Thank You Allah

In The Name of Allah Most Gracious Most Mercifull

alhamdulillah .......
Hari ini merupakan hari yang agak hectic juga bagi diriku .... tetapi penuh dengan kegembiraan.Aku bersyukur pada Mu Ya Rabb.
Terpaksa berkejar ke Kapar Power Plant (Tenaga Nasional Generation Berhad).....
Dan terpaksa bekejar ke beberapa lokasi Shah Alam..

Perjalanan ke Kapar Power Plant yang mengambil masa lebih kurang hampir sejam ku lalui sebelum solat Jumaat .....
alhamdulillah sampai lebih kurang dalam pukul 1150.....
walaupun aku sampai ke destinasi, tetapi aku hampir kecewa kerana urusan ku di sana bakal gagal ....
aku dimaklumkan urusan hanya dijalankan sehingga jam 12 tengahhari .... dan ofis kami hanya akan dibuka pada hari Isnin ...
diriku beristighfar panjang ..... tak dapat nak digambarkan kekecewaan hatiku masa akak receptionist itu memberitahuku ...
Perjalanan yang jauh berkesudahan dengan kekecewaan .....
dalam minda ku hanya berfikir ... apakah jawapan yang bakal kuberikan kepada boss ku di office kelak ...
Perjalanan yang tidak membawa hasil dan membazir ....

Subhanallah .... akak receptionist tu memang lah teramat baik ....
dia dengan rela hati membantu ku menyelesaikan tugasan ku ....
aku ditugaskan ke sana untuk mengambil tender untuk fire fighting .... yang mana lawatan tapaknya akan dijalankan pada 8 june 2004
aku tersangat lah berterima kasih dengan akak receptionist tu .....
Aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan padaku ....
alhamdulillah urusan ku dipermudahkanNya walaupon pada mulanya ia tampak macam impossible untuk aku menyelesaikan tugasan ku hari ini. Bantuan yang diberikan oleh akak receptionist itu amat kuhargai.

Kegembiraan yang kedua menyusul sewaktu perjalanan pulangku......
aku dikejutkan dengan panggilan seorang sahabat yang sama2 belajar di Uniten dan Kolej Mara Banting ...
Pada mulanya ianya merupakan perbualan biasa sahaja ...sekadar bertanya khabar dan urusan kerja masing-masing ....
perbualan singkat di dalam kereta membuat diriku rasa gembira .....
apa yang membuat aku gembira ialah hasrat sahabatku ini untuk menambahkan lagi koleksi sijilnya...
aku bersyukur sangat kerana bertambah lagi seorang sahabat ku yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ...
secara tidak langsungnya bertambah lah bilangan umat Islam khususnya melayu yang mempunyai ilmu pengetahuan ... insyaALLAH..
di dalam perbualan ringkas itu diriku membuat beberapa cadangan untuk sahabat ku .... dan insyaALLAH mungkin kami akan berbincang lagi ..

akhir coretan .....
Kita hanya mampu merancang, sesungguhnya Allah yang menentukannya .....
Biar pun tampak impossible dengan izin Allah ia akan menjadi possible ....

HOME

Monday, May 24, 2004

Kemahsyuran satu ujian .....

In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Pada umumnya manusia akan berasa bangga, puas hati apabila dirinya memperolehi kejayaan, tidak kira samada kejayaan itu berupa harta kekayaan atau pun berupa prestasi, darjat atau pangkat. Kejayaan berupa prestasi umpamanya ialah kejayaan dalam peperiksaan atau kejayaan meraih gelaran yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai contohnya golongan profesional seperti doktor, profesor, atau sebagainya. Ini juga teermasuk golongan agama yang mendapat status sosial yang dihormati oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, tanggapan masyarakat terhadap golongan-golongan ini juga ada pelbagai, ada yang memuji dan meyanjung golongan ini kesan dari kecermelangan dan keperibadian mereka yang cemerlang dan ada juga golongan yang tidak bersependapat dengan golongan ini malahan ada yang lebih teruk dari itu sehingga sanggup melemparkan cacian, kecaman dan mencela terhadap golongan ini lantaran atas sebab-sebab mereka sendiri berlandaskan perbezaan pandangan masyarakat. Apapun tanggapan masyarakat terhadap golongan yang berjaya dan cemerlang ini adalah tanggapan mereka sendiri.(gol yang memberi pandangan) Ianya tidak menjadi satu bebanan kepada golongan yang dikurniakan kecermerlangan oleh Allah ini.

Apa yang penting ialah bagaimana menentukan sikap sekiranya Allah swt mentakdirkan kita sebagai orang yang berjaya dan cemerlang sehingga terkenal dan mahsyur yang mendapat pujian daripada masyrakat. Begitu juga sebaliknya, bagaimana kita mengawal perasaan dan menata hati sekiranya terdapat segolongan masyarakat yang mengecam, mencaci dan mencela kita. Hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan. Kaya, miskin, gagal, berjaya, pandai, jahil, cantik, hodoh, semuanya tidak terlepas dari menghadapi sunatullah ini, yakni ujian dan dugaan yang telah ditentukan oleh Allah sejak dari Azali lagi. Dalam hal ini manusia di dalam menghadapi orang yang memuji dan mencela kepadanya terbahagi kepada 4 keadaan

Orang tersebut merasa besar hati dengan penuh gembira apabila ada orang memujinya. Ia akan mengucapkan terima kasih kepada pemujinya. Sebaliknya jika dirinya dikecam dan dicaci ia sangat marah dan hatinya mereasa begitu sakit. Di dalam hati kecilnyaia ingin membalas dendam terhadap pencelanya dengan balasan setimpal. Inilah keadaan majoriti manusia dewasa ini, iaitu yang terdapat di dalam diri orang awam yang belum mampu mengendalikan nafsu dan mengawal hati dari berbagai jenis penyakit hati.
Golongan yang kedua pula ialah yang mana pada dasarnya gembira apabila diberi pujian namun cukup disembunyikan di dalam hati. Sementara itu ia mengigit jari dan lidahnya kelu dari mengucapkan terima kasih dan pada zahirnya ia berpura-pura menyorokkan apa yang ada di dalam hatinya. Demikian juga perilakunya apabila dia menerima kecaman. Ia sangat marah dan sakit hati, namun pada zahirnya ia menampakkan seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku. Keadaan begini merupakan satu kekurangan dalam diri manusia pada hari ini. Bagaimanapun ia adalah lebih baik dari yang pertama tadi. Kerana ada sedikit usaha kearah kesempurnaan.

Peringkat ketiga adalah tahap permulaan dari darjat kesempurnaan. Keadaan ini dimaksudkan bahawa seseorang itu sama sahaja samaada jika dipuji atau dikecam. Dia juga tidak marah dan dengki terhada orang yang negecamnya dan tidak juga berterima kasih kepada penyanjungnya. Dengan kata lain orang seperti ini tidak gembira dan besar hati jika dipuji dan tidak marah serta kecewa jika mendapat kecaman dan cacian. Demi kebaikan diri sendiri, adalah ada baiknya sekiranya seseorang berusaha untuk menguji dirinya di dalam beribadah dengan melakukan muhasabah diri. Contohnya ketika ia mendapat satu pujian kerana melakukan satu kebaikan terhadapa masyarakat atau satu pujian kerana melakukan ibadah, adakah hatinya akan kembang kerana bangga dan gembira? Untuk mengetahui ini sebaiknya ia meneliti adakan amal baik yang telah dilakukan tersebut hanya buat sementara waktu ataupun bertambah rajin ataupun cenderung untuk istiqamah? Jika amalnya tersebut setelah mendapat pujian tetap istiqamah bahkan bertambah maka bererti pada dirinya ada tanda-tanda peningkatan ke arah tahap yang lebih sempurna. Tetapi jika ianya hanya temporary bererti iatah terpedaya oleh tipu daya syaitan.

Dan yang keempat yang mana seseorang itu berjaya menduduki tingkat kesempurnaan. Orang yang sangat benci terhadap pujian. Sementara itu ia benar-benar suka terhadap sebarang celaan dan kecaman, kerana ia yakin bahawa si pencela tersebut telah menunjukkan kekurangan dan kelemahan yang ada di dalam dirinya yang akan membawa dirinya ke arah keadaan yang lebih baik bagi dirinya.

Bagi memotivasikan kepada diri sendiri agar dapat menjadi golongan seperti golongan yang keempat, marilah kita menghayati hadith ini .

"Kepala dari merendahkan diri itu adalah sekiranya anda benci jika dikatakan ia telah berbuat kebaikan dan bertaqwa."
HOME

Saturday, May 22, 2004

Halawatul Emaan .....

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Halawatul emaan atau dengan bahasa mudahnya kemanisan iman.
"Ada tiga perkara untuk mendapat kemanisan iman; iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya; mencintai seseorang kerana Allah; dan yang ketiga benci kembali kepada kufur serupa dengan bencinya dia dicampakkan kedalam api neraka (HR Bukhari & Muslim)" Tiga perkara ini telah dijelaskan oleh Baginda saw dalam proses untuk mencapai kemanisan iman. Nikmat yang paling besar dalam hidup kita sebagai hambaNya ialah nikmat Islam dan Iman. Tetapi untuk mencapai kemanisan iman kita perlulah berusaha kearahnya. Tiada yang datang bergolek di dalam dunia yang fana ini, semuanya harus diusahakan dengan bersungguh-sungguh, sabar dan istiqamah dalam mencari kerdhaanNya..

Cintakan Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara. Salah satu contohnya ialah melakukan segala suruhanNya dan sunnahnya serta meninggalkan segala laranganNya walaupon sesuatu itu pada pandangan kita baik untuk diri kita jika ianya telah menjadi satu larangan Allah maka hendaklah kita menjauhkannya dan menanamkan keazaman serta rasa takut untuk melakukan larangan (maksiat) tersebut. Setiap suruhan Allah itu pasti ada hikmahnya yang kita sebagai insan kerdil ini tidak nampak atau tidak berupaya untuk memikirkannya.Ini adalah salah satu contoh yang dapat diterjemahkan bagaimana kita boleh merasakan rasa cinta padaNya dan RasulNya

Mencintai seseorang kerana Allah. Perasaan cinta ini bukan hanya hadir pada individu yang berlainan jenis sahaja. Cinta sesama jantina juga boleh berlaku. Kita lihat bagaimana sahabat-sahabat begitu mencintai Rasullah SAW. Mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga Rasulullah SAW . Dalam konteks masyarakat kita hari ini, menyintai seseorang kerana Allah dapat diterjemahkan dengan pelbagai cara juga. Jika kita cintakan seseorang kerana ilmunya yang boleh membawa kita lebih hampir kepada Pencipta kita, itu juga boleh dikategorikan menyintai seseorang kerana Allah. Menyintai kedua ibubapa kita adalah cinta kerana Allah. Kita cintakan jamaah kita dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, itu juga merupakan cinta kerana Allah. Perkara yang terakhir yang dinyatakan di dalam hadith di atas ialah benci kembali kepada kufur seperti ia benci dia dicampakkan kedalam api neraka.

Perasaan benci melakukan maksiat kerana takut akan pembalasan Allah di Yaumil Qiyamah. Seorang ahli maksiat pada suatu ketika dahulu, kemudian bertaubat dengan taufiq dan hidayahNya akan berasa takut untuk kembali kepada kemaksiatan yang pernah dilakukannya pada masa lampau malahan berasa takut jika taubatnya tidak diterima oleh Allah

Terdapat beberapa tanda yang dapat dilihat dalam diri seseorang yang mencapai kemanisan iman atau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menikmati kemanisan iman. Yang pertama yang dapat diperhatikan ialah dirinya cenderung untuk mencari keredhaan Allah. Cenderung di sini bermaksud setiap perbuatan yang dilakukannya tidak kira sama ada dari segi rohani atau zahirnya dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Yang kedua ialah lahir rasa lazat beribadah. Perasaan ini hadir dengan izinNya dalam diri insan yang terpilih. Hatinya selalu terpaut untuk melaksanakan ibadah, berusaha menambahkan ibadah-ibadah nawafilnya. Sebagai contoh, individu itu setiap hari membaca al-Quran, jika sehari dia tidak berupaya membaca al-Quran dirinya akan berasa sedih, individu ini akan berusaha untuk terus istiqamah dalam usaha untuk membaca kalamullah walaubagaimana sibuk sekalipon. Dan yang terakhir yang dapat saya perolehi ialah lahir rasa ingin berjihad kerana Allah. Berjihad menegakkan Islam, berjihad menegakkan hukum-hukum Allah, berjihad menentang kekejaman, berjihad menentang kezaliman dan antara yang penting ialah berjihad menentang musuh dalaman (hawa nafsu).

Kemanisan Iman juga boleh jauh dari individu muslim disebabkan oleh 2 faktor. Kita sebagai seorang muslim harus berasa takut dan berdoa agar perkara ini tidak berlaku dalam kehidupan kita. Perkara yang pertama ialah tidak bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman (I2). Seperti dinyatakan tadi, nikmat Islam dan Iman inilah nikmat yang paling besar Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya. Apabila disebut istilah nikmat, sudah pastilah ianya sesuatu yang kita suka dan kita hargai. Tetapi jika kita tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah ini mungkin ianya akan menjauhi dari diri kita. Sebagai seorang muslim kita seharusnya bersyukur dengan nikmat terbesar kurniaan Allah ini.

Dan yang kedua ialah tiada rasa takut jika nikmat Islam dan Iman (I2) ini ditarik dari diri kita. Perasaan takut harus hadir. Bayangkan jika nikmat terbesar kita ditarik oleh Allah. Allah berhak untuk menariknya. Ianya merupakan kurniaan Allah. Jika harta kekayaan kita ditarik oleh Allah kita sudah merasa risau, inikan pula nikmat terbesar kurniaan Allah.

Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berusaha meenggapai kemanisan Iman. Wallahu ‘alam

HOME

Friday, May 21, 2004

Tawadhu'

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Tawadhu' atau dalam bahasa melayunya merendah diri adalah antara satu sifat terpuji yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu muslim. Pengertian merendah diri di sini bukanlah satu perasaan merendah diri yang yang menjadikan seseorang itu terhina dan terpinggir dalam masyarakat sekeliling.

Maksud tawadhu' di sini adalah mengambil jalan tengah iaitu sederhana di antara 2 perkara yang membinasakan. Iaitu antara melebih-lebihkan diri sendiri sehingga wujud satu perasaan sombong dalam individu itu dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan atau kehinaan. Tawadhu’ juga boleh diertikan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada individu lan yang sememangnya berhak menerimanya.

Kelebihan sifat Tawadhu’
Terdapat banyak faedah dan kelebihan disebalik sikap tawadhu’. Di dalamnya terdapat rahsia yang boleh menjadikan individu lebih dihormati oleh individu lain dan diredhai oleh Allah. Di anatara beberapa rahsia tersebut adalah seperti yang dijelaskan di dalam hadith ini ;
" Allah SWT tiada menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorangpun yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Muslim dari Abu Hurairah)
Mafhum hadith di atas adalah bahawa orang yang mempunyai jiwa pemaaf akan dimuliakan oleh Allah dan seseorang yang bersikap tawadhu’ maka Allah akan menganugerahkannya kehormatan dan maruah diri yang luhur. Imam al-Baihaqi meriwayatkan bahawa setiap insan itu sentiasa dalam dua kawalan malaikat. Pada orang itu diperuntukkan 2 cemeti yang dipegang oleh 2 malaikat di atas. Jika orang tadi meninggikan dan menyombongkan dirinya maka 2 malaikat itu menarik cemeti tesebut sambil berdoa "Wahai Allah Tuhanku, rendahkanlah dan hinalah dia" dan jika dia bersikap tawadhu’ malaikat pon berdoa". Tawadhu' adalah salah satu dari empat kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba yang dicintaiNYA.

"Empat perkara tiaada diberikan Allah kecuali kepada hamba yang dicintaiNYA. Iaiitu diam dan itu adalah permulaan ibadah, tawakkal kepada Allah, merendahkan diri dan berlaku zuhud di dalam dunia" (HR at-Tabrani dan al-Hakim dari Anas r.a dan menurut Hakim isnadnya adalah sahih)" Tawadhu' itu tiada menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka bersikaplah rendah diri nescaya Allah akan mencurahkan rahmat keatas dirimu" (HR al-Ashfahani)

Jelaslah kepada kita semua tawadhu’ adalah sangat dituntut namun biarlah ia kena pada tempatnya dan ada batas-batasannya. Al-Fudail ‘Iyadh ra ditanya tentang tawadhu’ , maka ia menjawab " Sikap tawadhu’ ialah bahawa engkau tunduk kepada kebenaran dan engkau mematuhinya. Jikalau engkau dengar kebenaran itu dari budak kecil nescaya kamu akan mendengar dan mentaatinya, bahkan jika engkau dengar dari orang jahil pun maka engkau tetap mendengarnya."

Qatadah bin Da’amah al-Basori berkata " Sesiapa yang dikurniakan harta atau kecantikan atau pujian atau ilmu kemudian ia tidak bersikap rendah diri nescaya hal itu membuatnya binasa di hari kiamat kelak"

Urwah b al-Warad berkata " Tawadhu’ itu adalah satu alat untuk memancing kemuliaan.Ingatlah bahawa tiap-tiap kenikmatan itu mendatangkan kedengkian orang lain kecuali tawadhu’

Abu Ali al-Jauzani berkata " Sesungguhnya diri itu hancur kerana sombong, tamak dan dengki hati. Kerana itu sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi binasa nescaya ia tidak akan dapat menerima sifat tawadhu’, tertutup dari sebarang nasihat dan enggan dengan cara zuhud. Dan barangsiapa yang Allah kehendaki dirinya kebaikan maka ia akan lembut (iaitu dengan rendah hati menerima tiga perkara di atas). Oleh yang demikian jika dalam dirinya berkobar perasaan sombong maka dengan serta-merta ia padamkan dengan sifat tawadhu’. Jika lahir rasa dengki pada dirinya, nescaya diketauinya dengan beberapa nasihat sehingga ia memperolehi taufiq Allah. Dan jika timbul rasa tamak maka dilawan dengan semangat hidup zuhud."

adaptasi dari karya Abu Mazaayaa al-Hafiz

HOME

Monday, May 17, 2004

Nail in The fence

In the Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

There once was a little boy who had a bad temper. His Father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence. The first day the boy had driven 37 nails into the fence.
Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper.

The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone. The father took his son by the hand and led him to the fence. He said, "You have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same.
When you say things in anger, they leave a scar just like this one. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say I'm sorry, the wound is still there. " A verbal wound is as bad as a physical one.

Friends are very rare jewels, indeed. They make you smile and encourage you to succeed. They lend an ear, they share words of praise and they always want to open their hearts to us."

Friday, May 14, 2004

Terpengaruh dengan budaya Barat enggan Kahwin

KUALA LUMPUR 13 Mei - Persatuan Jemaah Islah Malaysia (JIM) mendakwa penurunan kadar perkahwinan di kalangan umat Islam disebabkan terpengaruh dengan budaya Barat yang mengetepikan tuntutan perkahwinan dan memilih untuk bersekedudukan.Ketua Wanita JIM, Dr. Harlina Halizah Siraj berkata demikian kerana statistik pendaftaran 'anak tidak sah taraf (luar nikah) meningkat antara tempoh yang didakwa berlaku penurunan perkahwinan.Malaysia difahamkan antara tempoh 1999 hingga 2001 jumlah kelahiran 'anak tidak sah taraf ialah 53,309 orang.

Satu angka yang agak memeranjatkan bila dibaca.

"Peningkatan kelahiran bayi tersebut dengan penurunan kadar perkahwinan perlu dilihat sebagai 'bencana' yang melanda masyarakat Islam sekarang."Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia turut menyebabkan perkahwinan sudah tidak popular lagi," katanya ketika dibubungi di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid mengenai penurunan kadar perkahwinan orang Islam sejak tahun 1998 hingga 2002.

Bencana ini merupakan satu bencana yang menakutkan kita semua. Keberaniaan melanggar perintah Allah bakal mengundang kemurkaan Allah. Keseronoka yang dicari sebenarnya bukanlah kebahagian yang sebenarnya. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim agar sentiasa patuh akan perintah Allah.

Dr. Harlina Halizah Siraj menggesa semua badan dan initftusi Islam bangun! dan segera menangani masalah ini bagi membendung gejala sosial di kalangan masyarakat Islam. Paling penting, katanya, pihak berkuasa terbabit perlu menjalankan kajian menyeluruh dan mencari punca berlaku peningkatan jumlah bayi ‘tidak sah taraf.’
"Ini penting kerana sudah tentu kita tidak mahu umat Islam di Malaysia nanti majoritinya terdiri di kalangan anak 'tidak sah taraf," ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fatimah Yusoff pula mahu golongan wanita dan lelaki Melayu mengetepikan ego masing-masing dalam memilih pasangan demi kepentingan Islam. Menurut beliau, perkahwinan dalam Islam bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan nafsu sebaliknya ia adalah bagi mengembangkan umat Islam.Bagaimanapun, katanya, perkahwinan di zaman ini kurang sambutan disebabkan faktor kemanusiaan.Katanya, banyak orang khususnya wanita yang berpendidikan tinggi tidak mahu. menerima pasangan yang tidak setaraf.

"Namun sikap ego umat Islam ini sebenarnya merugikan diri sendiri, negara dan agama kerana tanpa perkahwinan, umat Islam tidak dapat berkembang," ujarnya.

Pelik tapi benar .... artikel nie tak terdapat dalam Utusan Online, tapi ada di akhbarnya (diruangan yg agak kecil) ........ Adakah kerana artikel ini mengutarakan pandangan Dr Harlina ianya tak terdapat didalam utusan online?

HOME

Wednesday, May 12, 2004

Majalah Mengarut .....

In the Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Al-Islam keluaran mei 2004 semakin melampau!!!! Ada sahaja isu yang tidak sepatutnya (menyesatkan) diketengahkan kepada masyarakat ….
Isu terkini yang diketengahkan oleh majalah ini ialah “Nabi Isa a.s tidak akan turun menjelang qiamat”….. Mungkin isu ini diketengahkan oleh penerbit majalah ini berikutan terhasilnya filem arahan mel gibson yang berjudul The passion of Christ ( tak berapa pasti judul sebenarnya, rasanya macam dah betol )….

Kenapakah majalah seperti ini dibiarkan sahaja di pasaran ? Secara jujur nya diri ini terasa amat kecewa dengan majalah ini ….
Terlalu kecewa …sy yakin ramai di antara kita yang terasa sedemikian ….
Dari satu isu ke satu isu yang bertentangan dengan aqidah kita sebagai umat Islam diketengahkan oleh majalah ini …. Sudah habis modalkah penulis dalam usaha untuk menjual majalah mereka ….

Cuba kita bayangkan, andai kata terdapat segelintir masyarakat Islam di negara ini yang menjadikan majalah ini sebagai sumber rujukan dalam menghayati Islam…..
Bayangkan betapa aqidah segelintir masyarakat ini boleh goyah …malahan hancur ….hanya disebabkan menyerap dan mencerna apa yang diperolehi dari majalah ini …. Astaghfirullah …. Moga-moga kita dilindungi oleh Allah dari dakyah2 yang menyesatkan ini …..
Menjadi satu tanda tanya … Bagaimana majalah seperti ini masih dibenarkan penerbitannya …. Bilakah pihak-pihak yang bertanggungjawab akan bertindak? …. Adakah pihak yang bertanggungjawab akan terus membiarkan segala pendakwaan yang menyeleweng dari ajaran Islam yang syumul ini terus dinodai oleh orang-orang yang tidak ariff dalam bidang ini ….. Adakah pihak-pihak yang bertanggungjawab akan terus bersengkokol dengan pihak majalah ini ?

Dari segi sejarah, pihak bertanggungjawab memang mempunyai kredabiliti untuk mengharamkan penerbitan majalah seperti ini. Berapa banyak majalah-majalah dan buku-buku yang telah diharamkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Adakah pihak bertanggungjawab mahu melihat lebih ramai lagi individu yang berkemampuan dalam proses memutar-belitkan fakta terus tumbuh bak cendawan. Bagi diri ku cukuplah ! cukup lah ! cukup lah! Lagi ramai golongan ini tumbuh semakin banyaklah kesan buruknya yang bakal menimpa masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat yang beragama Islam.

Bagi diriku majalah seperti ini ku kategorikan “majalah tepi jalan”… tidak layak ianya digelar majalah berbentuk ilmiah ….
Dan rata-rata sahabat-sahabat ku, rakan-rakan ku, kawan-kawan ku, saudara mara ku juga mengkategorikan majalah ini tidak sesuai unuk dibaca ….
Moto nye yang agak kasar … jika tidak silap ku “ Jika tidak mahu berfikir jangan membaca Al-Islam “ agak keterlaluan ….
Adakah dengan membaca majalah ini sahaja kita disaranka berfikir … Sudah pasti tidak jawapan nya .. apa jua makalah yang kita baca menuntut kita untuk berfikir … bukan sekadar berfikir malahan berfikir secara waras, kritis dan rasional untuk dpertimbangkan samaada ia bersesuaian dengan syariat Islam atau tidak …..
Malahan dalam apa jua tindakan yang kita lakukan kita disarankan agar berfikir …
“Dia menundukkan untukmu apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang dibumi semuanya (sebagai kurnia) daripadaNYA. Sesungguhnya pada demikian itu beberapa ayat (keterangan) bagi kaum yang mahu berfikir” (al-Jaatsiyah: 13)
Majalah ini pon hanya sempat ku belek2 ditepi kaki lima sebuah kedai sementara menanti bonda dan adikku membeli barang-barang keperluan mereka…
Sempat kubaca apa yang ditulis oleh seorang penulis yang tulisan nya mampu membuat kan diriku beristighfar panjang ….
Penulis mendakwa Nabi Isa a.s tidak akan turun semula untuk membawa sinar Islam semula di atas bumi Allah ini …..
Jika hendak ku tulis memang agak panjang …
Cubalah sesiapa yg teringin membaca nya kedai-kedai buku …

Apa yang paling menyedihkan ku diakhir artikel membentangkan hujah-hujahnya menentang bahwa Nabi Isa a.s akan diturun semula ke bumi … penulis sempat pula membincangkan isu Isra’ Mikraj dalam satu perenggan pendek ….

Perenggan pendek inilah yang membuat diriku sedih sgt …..
Penulis menyatakan bahawa peristiwa Isra’ Mikraj hanya berlaku pada rohani Rasullah saw sahaja ….. Tidak pada jasad nya ….
Sedangkan para mufassirin dan ulama’-ulama ‘ kebanyakannya telah menyepakati bahawa peristiwa Isra’ Mikraj itu berlaku pada jasad dan rohani Rasullah saw
“Maha Suci (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilngnya, supaya Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat(tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(al-Isra’:1)
Tiada suatu pun yang mustahi bagi Allah untuk mengIsra’ kan Baginda saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa… dan bukan lah suatu yang mustahil Baginda saw di Mikrajkan ke langit ….
Peristiwa Isra’ dan Mikraj ini merupakan aqidah kita sebagai umat Islam …
Kita sebagai hamba Allah tidak layak mempersoalkan apa yang dilakukan olehNYA…
Tidak semua perkara boleh diterangkan melalui pemerhatian,sains,fakta …. Tapi boleh diyakini dengan hati ….
Malahan cebisan ilmu sains yang Allah pinjamkan kepada kita manusia didunia ini pon terdapat perkara yang tidak dapat kita huraikan atau kita perhatikan……
Ini kan pula ilmu Allah yang Maha Luas …. Mana mungkin manusia menggapainya …
Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.(al-Kahfi :109)
Cuma hati ini terdetik ….
Mengapakan sampai begitu beani penulis mempertikaikan peristiwa Isra’ Mikraj dan kedatangan semula Nabi Isa a.s ….

Hatiku hanya mampu menitipkan doa agar penulis beroleh taufik dan hidayah daripada Allah agar …. Ameenn

Dan jika keadaan ini berterusan diriku berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan ke atas majalah ini …..

Sudah terlalu banyak sangat isu yang menyakitkan hati kita sebagai umat Islam diketengahkan oleh majalah ini …
Aurat wanita …… tiada azab kubur …. Dan yang terbaru adalah isu bulan mei ….

Teringin rasanya mengungkap tulisan ust Pahrol dalam majalah I bulan ini yang mana tumpuan utamanya berkisar Sikap pendakwah terhadap pemerintah di pasaran untuk dikongsi besama …..

Ahli agama dalam UMNO dan kerajaan (pihak bertanggungjawab) juga diharap dapat memadamkan polemik-polemik yang tidak perlu dan telah lama selesai seperti kewajipan menutup aurat, adanya azab kubur dan isu-isu yang seumpamanya. Justifikasi yang kononnya yang mewajarkan isu begini ditimbulkan untuk membuka ruang minda dan horizon pemikiran adalah tidak releven. Jika benar perkara-perkara ini bersifat pinggiran ataupon khilafiah maka apakah rasionalnya isu ini dibangkitkan? Bukankah perkara-perkara yang lebih releven umpamanya bagaimana menyepadukan pembangunan rohani dan material, aplikasi bioteknologi menurut perspektif Islam, penggunaan dinar emas dalam pasaran kewangan Islan dan global, itu yang dibahaskan secara komprehensif? Bukankan perkara-perkara baru yang bersifat ke hadapan ini jauh lebih penting diketengahkan berbanding isu-isu yang telah lama selesayi tapi ditimbulkan semula hanya untuk memuaskan ego keintelektualan?

Sy yakin ramai diantara kita setuju dengan apa yg diutarakan oleh Us Pahrol. Secara peribadinya ana memang tertarik dengan apa yg diutarakan oleh us Pahrol.

Wallahu ‘alam ….

HOME

Sunday, May 09, 2004

Keutamaan Ibu

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

KEDUDUKAN kaum ibu sungguh mulia di sisi agama. Ibu ibarat penawar yang mampu membentuk keperibadian anak, di samping berperanan menguruskan dan membina keluarga yang lebih cemerlang.

Banyak hadis dan ayat al-Quran yang menerangkan mengenai keistimewaan ibu. Antaranya firman Allah yang bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)” [Luqman : 14.]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." [al-Ahqaaf : 15]

Selain itu, ibu adalah kalangan wanita yang dimuliakan dan penghormatan mereka diceritakan dalam al-Quran seperti mana firman Allah yang bermaksud:
"Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya) dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)." – (Surah Al-Qasas, ayat 13).

Rahmat Allah kepada ibu amat besar sebagaimana diberikan kepada ibu Musa sekeluarga yang dihormati seluruh penduduk negara walaupun hanya sebagai pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa).

Pengorbanan ibu tidak dapat dinilai dengan sebarang tolok pengukur yang ada, tidak kiralah tolok pengukur itu secanggih mana pon ciptaannya sudah pasti nilai seorang ibu tidak mungkin diuku., kasih sayang ibu melebihi nilai segala pengorbanan seperti ditunjukkan Siti Hajar, bonda Nabi Ismail, yang tabah dan sabar mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya.

Sempena memperingati pengorbanan ibu bersemangat kental itu, perjalanan ulang alik antara Bukit Safa dan Marwah yang dilalui Siti Hajar disyariatkan dalam ibadah haji dan umrah.

Dalil ini menjadi bukti yang nyata akan pengiktirafan Allah kepada wanita bergelar ibu hingga usaha yang dilakukan atas dasar tanggungjawab serta kasih sayang disyariatkan dalam salah satu daripada rukun Islam kelima.

Abu Hurairah narrated that a man asked Holy Prophet (s.a.w): “Who is most worthy of my good treatment? He answered: Your Mother. The man asked: Who comes next? And he answered: Your mother. The man then asked again: Who comes next? And he answered: Your mother. The man then inquired a fourth time, and he answered: Your father. (Bukhari and Muslim)

Imam al-Qurtubi menyatakan, jika berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anaknya, maka ibu yang lebih berhak diutamakan.

Malah dalam keadaan tertentu, ganjaran menghormati ibu lebih baik daripada berjihad pada jalan Allah.

Hal ini boleh diamati dalam hadis yang mengisahkan mengenai hasrat Jahimah yang mahu berjihad sedangkan pada ketika itu, ibunya sedang sakit.

Daripada Mu’awiyah bin Jahimah As-Salami katanya bahawa Jahimah datang kepada Rasulullah, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi berperang dan aku sekarang datang minta nasihat kepada tuan.” Baginda bertanya: “Apakah kamu masih mempunyai ibu?” Dia menjawab: “Masih.” Baginda bersabda: “Uruslah dia, kerana syurga di bawah kedua-dua kakinya.” – (Hadis riwayat Nasa’i, Ahmad dan Ibnu Majah).

Rasulullah memahami keinginan Jahimah untuk pergi berperang dan pada masa sama mengetahui ibu Jahimah sakit dan perlukan penjagaan.

Namun, Baginda memerintahkannya mengurus ibunya kerana dengan mengurus ibunya, dia akan mendapatkan balasan syurga.

Dalam pada itu, hadis ini turut menerangkan mengenai keistimewaan yang Allah berikan kepada ibu. Ibu diibaratkan pemegang kunci syurga kepada anak-anaknya.

Maknanya, jika anak berbakti kepada ibunya sesuai dengan tuntutan Islam, maka sesungguhnya Allah akan memudahkan mereka masuk ke syurga.

Namun, jika anak menderhaka kepada ibunya, pintu syurga menjadi sukar untuk mereka. Penghormatan tinggi ini hanya menjadi hak seorang ibu dan tidak menjadi hak seorang bapa.

Ini membuktikan bahawa Islam benar-benar mengangkat martabat dan darjat wanita, memperlakukannya begitu terhormat hingga dijadikan penentu bagi anak-anaknya untuk memasuki syurga atau sebaliknya.

Bagaimanapun, kini masih ada di kalangan umat Islam yang tidak menghormati ibu, Mereka mengabaikan hak dan tanggungjawab sebenar terhadap ibu. Ibu dibiarkan tinggal di rumah orang-orang tua, tidak diberikan sebarang perhatian dan lebih malang lagi, ada yang sanggup menghina, menderhaka dan memusuhi ibu sendiri.

Sikap sebegini sebenarnya sudah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda mengenai tanda-tanda hari kiamat.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, Baginda menjelaskan bahawa pada akhir zaman nanti, ibu akan melahirkan tuannya, bukannya anak yang patuh dan mentaatinya.

Sepatutnya, anak hari ini menjadikan Uweis al-Qarni, sahabat yang taat dan kasih kepada ibu sebagai ikutan dalam kehidupan seharian.

Uwais diberi jaminan oleh Rasulullah dengan balasan syurga. Dalam riwayat dinyatakan bahawa pada usia muda, Uweis bekerja sebagai pengembala. Dalam kesibukan mencari rezeki, Uweis tidak pernah melupakan tanggungjawab menjaga ibunya yang sudah tua dan lumpuh.

Oleh kerana betapa tingginya martabat ibu, maka ibu sendiri perlulah memiliki keperibadian yang baik seperti mana yang dianjurkan Islam.

Ibu perlulah tahu apakah tanggungjawab mereka kepada anak. Tanggungjawab itu bukan hanya tanggungjawab menjaga makanan dan pakaian semata-mata, tetapi perlulah menyedari tanggungjawab mendidik anak dengan didikan moral serta agama yang sempurna.

Tidak wajar kiranya anak-anak hanya disajikan pelbagai kemewahan dan kesenangan, sebaliknya dalam pada masa sama hendaklah diberikan didikan keagamaan.

Budaya mendera, menyumpah dan mendoakan sesuatu yang tidak baik kepada anak juga perlulah dielakkan demi memastikan anak benar-benar memuliakan ibunya.

Dalam pada itu, bapa hendaklah sama-sama bertanggungjawab membesar, memelihara dan mendidik anak dengan sempurna.

Tidak patut jika hanya ibu yang bersungguh-sungguh mendidik anak, tetapi bapa hanya berpeluk tubuh dan melepaskan tanggungjawab itu hanya kepada isterinya.

Bapa hendaklah memberikan teladan mulia selaku ketua keluarga kepada seluruh ahlinya seperti mana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu pemberian yang diberi seorang ayah kepada anaknya lebih utama daripada mengajarnya adab yang mulia.” – (Hadis riwayat at-Tarmizi).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dipertanggungjawabkan terhadap anaknya; dan khadam diamanahkan terhadap harta tuannya dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Lakukanlah perbuatan yang menyenangkan hati ibu semasa ibu masih hidup dan berdoalah kepada ibu selepas meninggal dunia.

Moga-moga dengan berbuat demikian hidup kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan menjadi manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat.

Oleh Mohd Yusof Sulaiman dan Hasliza Hassan

HOME

Friday, May 07, 2004

Mengenal Sifat ego

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin. Walaupon ianya merupakan suatu perkara yang sukar untuk diubati, ianyatidak bermakna ia tidak boleh diubati. Dengan keazaman yang tinggi dan bersubgguh, insyaAllah penyakit ini boleh diubati.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetapi dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.

3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT

HOME

Tuesday, May 04, 2004

Usul 20 as-Syahid Imam Hassan al-Banna

Ramai di antara kita yang pernah menghadiri usrah/kelas/kuliah/ceramah yang membincangkan tentang Usul 20 as-syahid Imam Hassan al-Banna…..

Dalam minggu lepas di dalam forum islah-net ada beberapa shbt2 yang menyuarakan keinginan untuk mengetahui secara detail tentang usul 20 (usyul isyreen) …..

insyaAllah di sini diriku akan mencuba menyenaraikan usul 20 beliau.....
a brief one …….
Due to time constraint I could not publish the whole pengisian …
insyaALLAH, I will state the 'usul' briefly …..
Terima kasih ana ucapkan pada sahabat yang memberi ana bahan rujukan ini ….. Moga Allah mempermudahkan urusan mu ... ameen ...tq .... syukran jazeelan ......

Usul 1
Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah) Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Di dalam usul pertama inilah yang bulih dikatakan agak panjang penerangannya ..

Terdapat 19 perkara yang diketengah oleh Imam Hassan al-Banna.
1. Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan
2. Islam adalah negara
3. Islam adalah tanahair
4. Islam adalah umat
5. Islam adalah Akhlak
6. Islam adalah kekuatan
7. Islam adalah Rahmat
8. Islam adalah keadilan
9. Islam adalah pengetahuan
10. Islam adalah undang-undang
11. Islam adalah Ilmu
12. Islam adalah kehakiman
13. Islam adalah kebendaan dan harta
14. Islam adalah Jihad
15. Islam adalah dakwah
16. Islam adalah ketenteraan
17. Islam adalah gagasan (fikrah)
18. Islam adalah akidah yang benar
19.Islam adalah ibadat yang sah

All this thing shows the beauty of Islam, 'Islam The Way of Life' …. SYUMUL..
Maka tidak hairanlah beliau meletakkan usul ini di tangga yang pertama ….
Setiap dari 19 perkara itu terdapat keterangan, tetapi diri ku tidak mampu untuk menulis nya buat masa ini ….

Usul 2
Bagi seorang Muslim, al-Quran dan Hadis menjadi sumber untuk mengetahui hukuk-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa arab dgn tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui perawi-perawi yang dipercayai.

Usul 3
Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh ALLAH ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNYA. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak menjadi dalil kepada hokum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat tidak bertentangan dengan hokum dan nas syariat.

Usul 4
Jampi, mentera mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi daripada ayat-ayat al-Quran atau jampi-jampi yang diterima daripada Rasulullah SAW

Usul 5
Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi boleh ditafsirkan dengan pengertian lain;demikian juga dengan pendapatnya berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima serta diamalkan sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan dapat.
Taabud(pengabdian) menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat pada rahsia, hikmah dan tujuan ibadah tersebut

Usul 6
Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali kata-kata Rasullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solehin (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith. Jika tidak, al-Quran dan hadithlah yang menjadi ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang telah mereka kemukakan.

Usul 7
Seseorang muslim yang ilmunya belum mencapai tahap nazar ( boleh mengeluarkan hukum dari dalil) dalam hukum-hukum furuk ( cabang), sayugia beliau mengikut mana-mana imam. Disamping ikutannya itu, adalah lebih baik beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Dia hendaklah memberi tunjuk ajar berserta dengan dalil-dalil imamnya. Dia hendaklah menrima tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberi tunjuk ajar itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau berada di dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau menyempurnakan ilmunya sehingga mencapai tahap nazar.

Usul 8
Perselisihan pendapat dalam cabang hukum fiqh tidak boleh menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan. Kerana setiap orang yang berijtihad diberi pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan dan lain-lain) dalam masalah khilaf, jika bertujuan mencari hakikat kebenaran. Namun dengan syarat perbincangan itu adalah atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah . Ia juga hendaklah diasaskan atas dasar kerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat serta tidak terseret kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

Usul 9
Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan ( tidak membuahan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberatkan sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh membincangkan cabang-cabang hukum yang belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat al-Quran yang tidak dapat dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan sahabat Rasulullah SAW atau membincangkan pendapat para sahabat, Para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai sahabat, Mereka diganjari dengan niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar.

Usul 10
Mengenal Allah, mentauhidkan dan membersihkanNYA dari ada sesuatu yang menyekutuiNYA adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat-ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulama dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang diterima pakai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Firman Allah ”Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semua nya itu datang dari Tuhan.” ali-Imran : 7

Usul 11
Semua bidaah yang dilakukan dalam Islam tanpa sandaran asal dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya samaada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib dihapuskan. Ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk daripada bidaan itu sendiri.

Usul 12
Bidaah yang dilakukan dengan menambah, mengurangkan dan terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilaf. Setiap orang mempunyai pendapat tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil


Usul 13
Mencintai para solehin dan memuji-memuji mereka berdasarkan amal-amal soleh yang merekalakukan adalah sebahagian daripada taqarub kepada Allah. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam FirmanNYA yang maksudnya
”Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa ” (Yunus:63)

Usul 14
Menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah mengikuti cara yang diterima daripada Rasulullah SAW. Tetapi meminta pertolongan daripada si mati walaubagaimana bentuk sekalipun, menyeru mereka agar mereka memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh dari dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambui, meneranginya dgn lampu dan memperluaskannya, bersumpah dengan nama selain dari Allah dan perkara-perkara seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut melainkan untuk menutup punca-punca kemungkaran.

Usul 15
Doa yang dilakukan secara bertawassul kepada Allah melalui makhlukNYA, termasuk dalam masalah khilaf pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah khilaf.

Usul 16
Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna lafaz-lafaz syariat yang hakiki, malah kita wajib menentukan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita hendaklah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan sahaja. Kita hendaklah berwaspada daripada tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Yang diambil kira ialah hakikat sesuatu benda, bukan nama yang diberikan.

Usul 17
Aqidah adalah asas kepada amal. Amal hati ialah lebih penting berbanding amal anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini adalah dituntut syariat, sekalipun taraf tuntutan berbeza.

Usul 18
Islam membebaskan aqal. Ia menggalakkan agar mengamati kejadian alam sekeliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulama. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah merupakan barang yang hilang dari seseorang mukmin, di mana saja ia menemuinya, beliaulah yang lebih berhaq memilikinya.

Usul 19
Kadangkala masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh aqal, namun demikian syariat dan aqal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang dzanni (belum putus) dari sudut aqal dan syariat haruslah duitafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syriat dan akal dalam suatu masalah itu masih dzanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

Usul 20
Kita tidak mengkafir seseorang muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya. Sedangkan dia telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya, iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardhukan kepadanya. Kecuali beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, mendustakan lafaz dan pengertian al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa arab atau beliau melakukan perbuatan yang biasa tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain daripada kekufuran.


insyaALLAH dikesempatan akan datang sy akan cuba masukkan keterangan bagi setiap usul.
Untuk membaca sedikit sejarah as-syahid Hassan al-Banna klik disini . Ucapan terima kasih to my little sister yg tolong retype artikel tersebut .... syukran jaja......baca jgn tak baca, It was touching .........especially the final part...Tq sahabat .....

Monday, May 03, 2004

Perpaduan

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful

Dalam Sahih Muslim dari Tsaubah r.a diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah membentangkan bumi untukku sehingga aku boleh melihat timur dan barat. Dan sesungguhnya umatku, kekuasaannya akan sampai ke bahagian bumi yang aku lihat itu. Dan aku diberi buah perbendaharaan merah dan putih (emas dan perak), dan sesungguhnya aku minta kepada Rabbku (Tuhanku) untuk umatku agar jangan sampai mereka hancur oleh bencana yang berpanjangan dan jangan sampai Allah menjadikan musuh yang bukan Islam menguasai dan menghancurkan umatku itu, sehinggalah musuh itu dapat menghancurkan kekuatan sebenar umat Islam. Dan sesungguhnya Rabb-ku berfirman: "Hai Muhammad, kalau Aku sudah memutuskan suatu keputusan, maka keputusan itu tidak boleh dibatalkan. Dan sesungguhnya Aku telah memberimu untuk umatmu, bahawa Aku tidak akan menghancurkan mereka dengan bencana kelaparan yang berpanjangan dan Aku tidak akan membuat musuh mereka menguasai mereka sekalipun musuh-musuh itu berhimpun seluruh dunia menghadapi mereka, kecuali timbul pertentangan di antara mereka sendiri sehinggalah terjadi usaha saling hancur-menghancurkan dan saling tawan-menawan di antara mereka." (Hadis Al-Barquni di dalam kitab Sahihnya)
Hadis tersebut telah terbukti kebenarannya. Kekuasaan Islam pada zaman kegemilangannya meluas sehingga ke Sepanyol di sebelah barat dan ke Filipina di sebelah timur. Ketika itu Islam mencapai kemajuan dan kemakmuran. Dan Allah SWT juga mengabulkan doa Nabi, tidak ada satu pun kekuatan di luar Islam yang mampu mengalahkan umat Islam, walaupun mereka menghimpun kekuatan mereka dalam himpunan yang gagah dan perkasa pada zahirnya.

Namun pada penghujung hadis berkenaan, Allah SWT menjelaskan bahawa umat Islam akan dikalahkan oleh musuh sekiranya urnat Islam tidak bersatu. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini. Musuh Islam kini bukan sahaja mengalahkan umat Islam, malah menguasai dan menjajah mereka.

Jika hari ini kekuatan musuh Islam nampak luar biasa, sehingga Amerika Syarikat, Israel, Inggeris dan sekutu-sekutunya dengan sombongnya menghancurkan negara-negara Islam dan membunuh Umat Islam, tanpa berlakunya penentangan yang berkesan daripada umat Islam, hal itu bukanlah disebabkan kekuatan mereka yang luar biasa. Mereka nampak kuat disebabkan umat Islam tidak bersatu. Umat Islam masih lebih mengutamakan kumpulan, aliran, suku, dan urusan keduniaannya daripada mengutamakan agama dan perpaduan.

Sekiranya seluruh umat Islam bersatu di bawah tali agama Allah

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.” (Surah ali-Imran : 103),
Mempersiapkan kekuatan dan meningkatkan kernampuan

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah al-Anfal:60)
sabar menghadapi musuh

”Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”(Surah al-Anfal:45-46),

nescaya mereka akan beroleh kemenangan.

Sunday, May 02, 2004

Menanam Rasa Tauhid Perjuangan Yang Tak Selesai-selesai

Oleh : Ust Pahrol Mohamad Joui

“Dia dah selesai ilmu fardhu ain pada umurnya 10 tahun! 2 kali khatam Quran. Tak sangka jadi begini.”sambil mengeleng-gelengkan kepala. Wajahnya muram. Apa tidaknya, anaknya telah digantung persekolahn. Masalah disiplin.

"Jangan sedih sangat bang, ada masa lagi untuk diperbetulkannya. Dia baru berumur 15 tahun,” pujuk saya.

"Dah 15 tahun... itulah yang buat saya lebih risau. Dah akil baligh dia sepatutnya makin baik, tetapi sebaliknya pula terjadi."

“Saya dapat rasa kebimbangan abang tu. Jadi apa perancangan abang?" tanya saya simpati.

"Nilah jumpa awak. Nak minta pandangan. Berdepan dengan anak sendiri perlu sulohan multi-dimensi. Kekadang benda yang dab terlalu dekat, tak nampak lagi dek kita," akuinya terus terang.

Selesai Fardu Ain?

Saya terdiam. Kami dah macam adik-beradik. Dia pakar dalam bidang pendidikan. Mungkin kerana fikiran yang sealiran, selalulah kami bertukar-tukar pandangan. Kekadang soal kertas kerja, 'presentation paper' dan sebagainya. Tapi kali ini lebih serius. Soal anak sendiri. Ini bukan teori lagi. Masalah sudah menganga di depan mata.

”Apa maksud selesai fardu ain tu?" tanya saya, mengorak langkah pemikiran.

”Selesai pembelajarannya. Dalam mengenalkan Allah misalnya, anak saya dah kenal 99 nama Allah. Dah belajar sifat 20 dengan dalil naqli dan aqlinya sekali. Jadi persoalan tauhidnya dah selesai."

'Tauhid tidak semudah itu bang... dari segi ilmu, okeylah. Tapi bagaimana soal penghayatan, penitipan yang akhirnya membuahkan kelakuan?"

" Maksud awak soal pendidikan tauhid, bukan pelajaran tauhid?" balasnya kembali. Saya mengangguk dan terus menyambung, "Bukan itu sahaja tetapi yang paling penting bagaimanakah cara kita menanamkan rasa tauhid itu ke dalam diri anak kita?"

"Saya bercakap soal isi, soal 'content'... Awak bercakap soal pendekatan, soal 'container' begitu? Bila pula soal peiidekatan lebih penting dari soal isi?" joloknya tiba-tiba. Saya dah biasa begitu. Corak berhujahnya memang agak agresif.

"Sejak kita tahu betapa pentingnya cara menyuiap nasi yang tepat ke dalam mulut. Nasi memang penting, tetapi kalau cara menyuapnya tak tepat... ,miss soru' juga!" usik saya. (subhanallah …..very…..nice analogi)

"Itu analogi. Saya nak fakta."

"Al-Quran mengajar begitu.Allah memperkenalkan diriNya mengikut cara yang begitu sistematik dan berkesan," balas saya.

‘Saya tidak faham... terus-terang saya akui. Cuba jelaskan," pintanya perlahan. Sikap inilah Yang menyebabkan saya menghormatinya sejak dulu. Bahkan itulah yang menyebabkan kami tetap akrab.

"Menerusi al-Quran, Allah tidak memperkenalkan namaNya dahulu. Allah terlebih dahulu mengajak manusia memikirkan siapa yang menjadikan alam ini. Siapa yang menjadikan matahari? Siapa yang mengatur perjalanan planet? Siapa Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan? Menurunkan hujan? Ayat al-Quran tentang itu diturunkan dahulu. Dia Tuhan Yang mengajar, Dia Tuhan Yang menjadikan, menumbulihkan, mengaturkan... dan sebagainya."

”Jadi Allah belum memperkenalkan nama-Nya?"

“Ya, Allah hanya menjelaskan betapa besarnya kuasa Yang menjadikan segala-galanya itu. Semua Dia, Dia, Dia...”

"Kemudian?" dia bersuara sclepas agak lama mernberi laluan kepada saya.

"Barulah turun surah Al?Ikhlas... Tuhan buat pertamanya menegaskan, Qul huwallah hu Ahad... Katakan, Dialah Allah Tuhan Yang Esa.”

"Apa hikmahnya?"

Itu Kaedah Allah

"Fokus saya bukan hikmah tetapi kaedah. Allah menonjolkan keagunganNya, kebesaran-Nya, kebaikan-Nya, kebijaksanaan-Nya ... barulah disusuli dengan nama-Nya ... Allah!"

" Apa kaitannya dengan masalah anak saya?"

“Itu khusus. Mari kita sambung soal yang umum dulu. Nanti masalah yang khusus akaan tersuluh dengan sendirinya. Boleh?"

Dia mengangguk.

"Sejauh mana kita menggunakan alam ini sebagai bahan pendidikan untuk memperkenalkan Allah dalam pelajaran tauhid kita? Kebanyakan kita terus memperkenalkan secara 'simple'... “Nak, nama Tuhan kita Allah, Dia Hebat, Dia Agung, Dia Besar...' tetapi macam mana nak dirasakan kebesaran dan kehebatan Allah jika alam sejagat ini tidak digunakan sebagai bukti."

"Ada, saya masih ingat ustaz dan ustazah berkata, buktinya wujud Allah, kerana adanya alam ini..."

'Cukupkah hanya itu? Terasakah hebat, besar, agung dan kebesaran Allah hanya dengan kenyataan sebegitu? Kan dalam sastera kita diajar tak cukup sekadar mengatakan 'rumah itu indah' tetapi perlu diperkukuhkan gambaran keindahan itu dengan lebih terperinci agar kila terasa. Misalnya, tiangnya yang berukir, atapnya ang disusun seakanakan berombak-ombak, tangganya, pintunya, tiannlya yang.... dan sebagainya."

"Kalau nak macam tu... ertinya tauhid mesti diajarkan bersama sains! Sains sahaja Yang boleh menggambarkan betapa kompleks tetapi sangat tersusunnya alam ini."

“Yalah, kerana sains akan menyerlahkan lagi sifat Tuhan Yang diwakili oleh 99 nama-Nya itu. Tapi berapa kerat ustaz atau guru sains Yang mampu melakukan semacam itu?

Ilmu Tauhid Yang Berperanan

"Jadi ilmu tauhid anak saya tak selesailah? Fardu ainnya tak selesai?"

"Selesai tu relatif. Kalau 'selesai' diukur sekadar habis mempelajarinya, okeylah. Dan sahlah tu. Tapi jika 'selesai' diukur berdasarkan tauhid tu berperanan dalam hidup... saya kira belum selesai."

Mukanya berkerut. Semacam tak setuju dengan kata saya.

"Nak tahu kaedah kedua cara Allah memperkenalkan diri-Nya?" belok saya menggoda ghairah akalnya.

"Ada lagi?"

‘Allah memperkenalkan dahulu sifat-sifat-Nya Yang lembut, baik, pemurah, penyayang... sebelum memperkenalkan sifat-Nya Yang maha membalas, punya seksa Yang maha pedih dan sebagainya."

"Kenapa?"

"Sebab Allah nak menimbulkan rasa dekat, rasa cinta dan rasa sayang para hamba terhadap diri-Nya. Dengan rasa cinta, sayang itu barulah hamba-Nya merapatkan diri. Datanglah pengabdian dengan rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkan-Nya sifat-sifat Yang menggerunkan seperti Dia memiliki seksa Yang amat pedih, Maha merendahkan, Maha pengancam dan sebagainya. Rasa cinta dulu baru rasa takut..."

"Salah kaedah, walaupun betul isi..." keluhnya lagi.

"Anak mesti dididik dengan rasa cintakan Allah berdasarkan sifat-sitat dan nama-nama-Nya Yang lembut lebih dahulu sebelum rasa takut berasaskan sifat dan nama-nama-Nya Yang keras. Ni tidak, 'Buatlah jahat... nanti Allah humban dalam neraka'. 'Bohong? Lidah kena gunting dengan api!' Tak diterangkan, 'Tengok tu hujan... Wah!! Allah sayang kita. Banyaknya rezeki kita malam ni... ini tanda Allah Pemurah'. Ini cara Yang betul,"

Jika Silap Kaedah

'Betul juga, macam tukang masak. Walaupun bahan-bahan dan resipinya betul tetapi kalau silap kaedah masuk bahan-bahan tu... dalam kuali, rosak..."

"Eh, kata tak mahu analogi. Nak fakta je... "

"Analogi saya menjelaskan fakta. Bukan analogi kosong..."

"Nak dengar kaedah Yang ketiga cara Allah memperkenalkan diri-Nya?"

Kami terus berbual. Perbualan itu nanti akan saya juruskan kepada soal aplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Bagaimana mentauhidkan diri anakanak dalam kehidupan hariannya.

Bayangkan sahabat saya Yang 'pakar' itu pun masili tercari-cari kaedah walaupun sudah pasti tentang isi... Bagaimana pula mereka Yang tak jumpa isi dan tak jumpa kaedah. Dan mungkin ada Yang sudah nampak isi dan kaedah... tetapi kabur soal aplikasinya? Sesungguhnya, mentauhidkan Allah adalah satu perjuangan Yang tak selesai-selesai.

Cuti Panjang ...

In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.

Alhamdulillah …………
Sudah hamper dua minggu diri ini tidak mengupdate weblog ku ……
Alhamdulillah …… dapat jugak hari nie mengekses internet dirumah ….

Sekembali dari puchong untuk menghabiskan cuti bersama family di seremban, diri ini dikejutkan dgn berita dari adikku internet tidak bulih diakses …..
Beristighfar panjang ana …..
Terkejut pon ada …
Geram pon ada …. Tapi apa bulih buat …sabar je lah modal yang ada dalam diriku ….
Ana suspect adsl modem ku ada problem .....
Jangkaan ku sudah hampir tepat ....
Tapi dek kerana telefonis streamyx cakap mungkin ada exchange problem membuat ku tidak ambil pusing untuk cuba menukar modem dgn modem di upis abi ku .....

Alhamdulillah ....
Petang tadi tergerak hatiku untuk mentesting modem di upis abi ku ....
& the results were positive & negative ……
positive …. Sbb mmg betol jangkaan ku modem ku berproblem ….
Yg negative nyer kene cari modem lain lah rasa nya .....
Tp ana rasa mcm bulih tukar .... kerosakan disebabkan oleh apa, tidak diketahui....
Moga2 bulih tukar .....
insyaALLAH my younger brother are coming home from langkawi this Wednesday setelah usai praktikalnya di sana ..... ana harap dapatlah dia menunggu ‘the telekom contractor’ untuk menyelesaikan masalah kami …. insyaALLAH .......

alhamdulillah.........
Cuti panjang .....................
4 hari .....

perjalanan pulang ku ke seremban mengambil masa 2 ½ jam jumaat lalu .....
biasa nya 45 minit, disebabkan kesesakan lalu lintas di highway jadi lah 2 ½ jam .....
biasanya, kalau balik bertolak lepas isya’ ....
tapi last Friday balik lambat sikit untuk elak traffic jam ...
dalam kol 11 baru bertolak …..
Kita hanya mampu merancang, Allah lah yang menentukan segala-galanya ….
Takper lah … stranded in the jam pon tak per … yang penting selamat ….
alhamdulillah sampai juga rumah.... jam 0130 pagi baru sampai ......
semua org dah tidoq …. :D

on first of may …. Ana pi majlis walimah sahabat ana di Muar…
kawan semasa di MRSM serting dulu ….

Dalam 6 biji kereta ke sana .....
Biasa lah ......
Cuti panjang ....... kesesakan lalu lintas masih belom berakhir .....
Kesian shbt2 ku yang bertolak dari lembah klang .....
Bertolak pukul 9 pagi .....
Tapi sampai di restoran jejantas air keroh (gathering point kami)pukul 1300 ......
Dekat 4 jam tu baru sampai ......
Kesian depa .....
Ana ingat ana lah yg paling lambat bila sampai kat air keroh .....
Rupa-rupanya ana lah yg paling awal ....... around 1145 sampai
Ana pi dgn my little sister .... sian dia boring agak nyer dia sorang jer insan under age ….
Nak burak pon tak reti ……
Tq Jaja sbb sudi temankan abg mu .... :D

Alhamdulillah .....
Majlis kawan ana berjalan lancar ......